Satu daripada pengalaman yang paling manis yang anda boleh alami adalah menyusu badan. Menyusu badan membina ikatan kemesraan yang unik antara anda dan bayi. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi kesemua nutrien yang bayi perlukan dalam jumlah yang betul, pada suhu yang betul. Ianya senang di hadam dan di serap dengan dengan berkesan. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.
Oleh kerana ianya lebih ekonomi dan menyenangkan, anda akan menjimatkan masa dan wang. Sama ada anda menyusukan badan selama beberapa minggu atau beberapa bulan, anda memberikannya permulaan yang terbaik dalam kehidupan kerana kajian menunjukkan bahawa bayi menyusu badan lebih pintar dan lebih sihat.
Fakta lain yang menarik adalah ibu yang menyusu badan dapat mengembalikan bentuk badan lebih cepat kerana ia menggunakan lemak tambahan yang disimpan di dalam badan sewaktu kehamilan!
KEAJAIBAN SUSU IBU
Susu ibu sangat unik kerana kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Sebagai contoh, susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah berbeza dengan susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi cukup bulan. Bayi yang diberi susu badan sepenuhnya tidak memerlukan sebarang air, vitamin atau zat besi tambahan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama selepas lahir kerana susu ibu menyediakan kesemua nutrient dan cecair yang bayi perlukan namun haruslah dipastikan tubuh ibu terlebih dahulu sihat dan mendapatkan nutrien yang lengkap dengan keperluan nutrisi ibu yang menyusu badan.
JENIS SUSU & KEBAIKANNYA UNTUK BAYI
JENIS SUSU | WAKTU DIHASILKAN | CIRI-CIRI & FAEDAH |
| Lewat kehamilan sehingga 5 hari selepas kelahiran |
|
| Antara hari ke 5 dan ke 10 |
|
SELEPAS HARI KE 10 | ||
| Selepas hari ke 10 |
|
(1) Susu Hadapan /Foremilk | Di permulaan penyusuan |
|
(2) Susu Belakang/Hind Milk | Di akhir penyusuan |
|
** Laktosa – karbohidrat utama susu, juga dikenali sebagai ‘gula susu’
___________________________________________________________________
Sudah lama saya tidak berkongsi dengan anda melalui blog peribadi saya ini SMS.com. Ramai juga yang bertanya, masih aktif dengan aktiviti Pro BF? Masih aktif bersama Shaklee? Ya, kedua-duanya masih aktif, mungkin kekangan masa membuat saya lebih tertumpu pada perkongsian di Facebook.
Baiklah, di SOSC kami menawarkan rangkaian set penyusuan mengikut keperluan ibu-ibu. Jadi, ibu-ibu mempunyai pilihan untuk memilih set penyusuan yang bersesuaian dengan keperluan dan budget ibu-ibu. Kami di SOSC komited dalam memberi konsultasi baik dari segi pengambilan supplement mahupun berkait dengan penyusuan susu ibu kerana kejayaan anda adalah MATLAMAT kami.
Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya di 013-5810170 atau email: faheem.wardrobe@gmail.com
Susu Ibu Adalah Yang Terbaik! Bersama menjaga amanah Allah SWT dengan memberikan bayi kita hanya yang TERBAIK!
Iffah Anuar
Shaklee ID: 846148