Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Wednesday, November 30, 2011

Ekzema: Mimpi Ngeri Ibu Bapa!

Apa itu ekzema?

eczema

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawatpengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Dipetik dari: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ekzema/

Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!

IffahAnuar

 

Thursday, November 17, 2011

Shaklee My World! Reaching 5(FIVE) FIGURES!!

Shaklee My World!! (04/11/10 -14/11/11) - Reaching 5 FIGURES!!,
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T
Pada 14 Nov yang lalu,  genap 1 tahun 10 hari saya didalam Shaklee Biz… pada hari itu juga saya dapat khabar gembira, BONUS SHAKLEE dan masuk.. syukur tidak terkata. Mendapat pendapatan bulanan 4-5 angka kini bukan lagi mustahil bagi saya kerana saya telah melihatnya didepan mata saya sendiri. Jadi, lepas ni jika ada yang bertanya kepada saya...
"Iffah, u bila nk continue with PETRONAS??"
Dengan tenang sy akan jawab:
"InsyaAllah, habis cuti on Aug 2012 I'll submit my tender resignation :).."
Shaklee is Now My World... My Life..My New journey yang membawa seribu macam keceriaan, kebahagiaan dalam hidup.. Sy bukan berjaya seorang diri di dalam Shaklee.. Saya bakal memastikan apa yang saya kecapi sekarang akan turut sama dinikmati oleh Anak-anak Shaklee saya... Bahkan ada antara mereka yang telah mula menikmati pendapatan bulanan 4 angka (anda tahu anda siapakan??)...

Bagi saya Shaklee Biz adalah sgt adil, siapa berusaha mereka pasti berjaya.. tidak kira anda sudah berbelas tahun didalam Shaklee atau anda masih setahun jagung bersama Shaklee.. apa yang penting ialah, BIMBINGAN dan DIDIKAN yang betul... KESEIMBANGAN Duniawi dan Ukhrawi.. IKHLAS utk belajar dan BERUSAHA... Anda pasti berjaya!
En Suami, kini sudah mampu tersenyum... dulu fikirannya serabut memikirkan, duit rumah, duit itu dan ini jika saya tidak bergaji... Alhamdulillah, Ia bukan sesuatu yang mustahil...
" Gaji sayang dah lebih gaji abang! "
Ya betul.. gaji saya bukan sahaja melebihi gaji hubby malah melebihi pendapatan asal sy sbg seorang jurutera di PETRONAS...saya capai semua ini, kurang dari tempoh SETAHUN... Syukur, Alhamdulillah disebalik kepahitan yang saya lalui dulu Allah berikan kemanisannya di dalam Shaklee...
Sepanjang 1 tahun bersama Shaklee, pelbagai rewards yang telah saya kecapi antara yang akan saya sentiasa saya kenang dan ingat ialah pencapaian saya pada convention yang lalu di Palace Of The Golden Horses(ketika itu baru 4 bulan saya bersama Shaklee)… “STAR ACHIEVER AWARDS”
Photo0493
Photo0501Photo0502Photo0507
Seterusnya, ialah CAR BONUS… Ia adalah impian saya dan syukur alhamdulillah… kini ia milik saya..

Saya ingin berkongsi rahsia kejayaan saya bersama anda! Mencurahkan ilmu yang ada bersama anda! Jika anda merasakan diri anda memerlukan pendapatan bulanan yang lebih (Part/Full Time)... anda boleh PM saya,
Iffah Anuar atau Email saya di faheem.wardrobe@gmail.com

Jika anda tidak mengenali potensi diri anda... anda tidak akan tahu apakah keajaiban dan kehebatan yang Allah SWT telah kurniakan pada Anda..
Jom Menuju Puncak!

Nantikan entry saya yang seterusnya kerana saya ingin memberi REWARDS kepada anda yang telah menyokong saya selama setahun ini!

Jom Menuju Puncak bersama Shaklee!
IffahAnuar

Wednesday, November 9, 2011

WAJIB BACA: Lebih Garam Buruk Padahnya!!

Salam semua! Apa khabar anda hari ini. Hari ini semangat sungguh saya rasa sebab saya telah dihadiahkan workstation yang best! Tapi entry ni saya belum lagi nak bercerita tentang workstation saya yang best.. Hari ini saya ingin berkongsi “BAHAYANYA GARAM(SODIUM), jika anda ambil berlebihan.

TAHUKAH ANDA?

Adakah anda seorang penggemar makanan yang tinggi kandungan garam? Jika ya, anda berisiko untuk mengalami kemerosotan Kalsium didalam tubuh anda..

MENGAPA?

Kalsium didalam tubuh akan terikat pada garam yang berlebihan didalam tubuh dan disingkirkan keluar melalui perkumuhan apabila sistem badan anda mengenalpasti tubuh anda mempunyai garam(sodium) berlebihan.

Jadi, pengambilan garam(sodium) melalui table salt atau mana-mana processed food, boleh mengakibatkan anda kekurangan calcium yang diperlukan oleh tubuh anda.

-Harvard Healths Publication-

Jika anda sedang mencari Kalsium supplement, pastikan ia mengandungi Magnesium dan vitamin D utk penyerapan yang Maximum.

**Gabungan Calcium dan Magnesium penting untuk penjagaan sistem kardiovaskular!!

**Bagi mereka yang susah tidur malam(INSOMNIA), gabungan calcium/magnesium mampu memberikan anda tidur yang lena.

BERAPAKAH KEPERLUAN KALSIUM HARIAN ANDA?

Garis panduan ini diambil dari RDI/RDA dan The National Institute of Health:

  • DEWASA : 1200 mg
  • IBU HAMIL & MENYUSUKAN ANAK : 1200 - 1500 mg
  • SENIOR (Wanita Over 50/Lelaki Over 65): 1500 mg

Jadi dimanakah kedudukan anda??

Satu lagi info yang WAJIB anda tahu ialah, tubuh kita tidak dapat menyerap lebih dari 500mg kalsium dalam bentuk supplement pada satu masa yang sama, jadi sebaiknya kita bahagikan pengambilan dosage calcium. Nyatanya, penyerapan kalsium boleh dipertingkatkan dengan mengambilnya dalam dosage yang kecil sepanjang hari.


-Earl Mindel, RPh, PhD; America’s #1 Vitamin Book-

Jika anda sedang mencari supplement kalsium yang terbaik buat diri anda dan yang tersayang, saya cadangkan anda mengambil OsteMatrixTM dari Shaklee. Ia lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Jom baca lebih lanjut sisipan dibawah!

Ostematrix

OsteMatrix™
 

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Kod Produk 10128 (120 kaplet)
 

Ingin dapatkannya pada harga ISTIMEWA (Penjimatan sehingga 20%). Sila email kepada faheem.wardrobe@gmail.com atau anda boleh SMS/WHATSAPP: 013-5810170

JOM SELANGKAH LEBIH SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!

IffahAnuar

Monday, November 7, 2011

EDISI KHAS LELAKI : 6 Tips Jadi Suami Terbaik!

TERBAIK UNTUK ANDA :

*Ringan Tulang – Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur.

*Ambil Hati Isteri – Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

*Uruskan Anak-Anak – Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

*Tunjukkan Kasih Sayang – Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

*Sediakan Pembantu Rumah - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

*Doakan Kebaikan Untuk Isteri – Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Yang kelima itu, harus difikirkan banyak kali juga :) Daripada membantu boleh bikin isteri anda lebih stress...

Sharing is Caring!

IffahAnuar

Perbandingan Susu Ibu dan Susu Yang Lain

Semua spesies mamalia termasuklah manusia, mamalia maging dan mamalia maun menghasilakan susu badan untuk dijadikan minuman buat bayi-bayi mereka. Tetapi, komposisi dalam susu bagi setiap spesies mamalia itu adalah berbeza dan lain-lain sumber susu yang diperbandingkan dengan susu keluaran manusia juga memang ternyata perbezaan kandungannya, walaupun rata-rata susu keluaran yang dihasilkan memang tampak keputihan. Sebagai suatu ketetapan, susu mamalia yang dijaga secara kerap (termasuk bayi manusia) adalah kurang nilai kekayaannya (kepekatannya). Ia bersifat kurang pekat, mempunyai kandungan air yang tinggi, berbanding dengan susu mamalia yang dari mudanya dijaga kurang. Susu keluaran manusia biasanya lebih halus akan teksturnya dan lebih manis berbanding susu keluaran lembu segar.

Secara amnya, susu lembu tidak mempunyai kandungan vitamin E, zat besi, atau asid lemak esential yang mencukupi, ini boleh menyebabkan bayi yang dibekalkan minuman susu lembu akan mudah mendapat penyakit anemia. Susu lembu juga mempunyai kandungan protein, natrium, dan kalium yang tinggi yang dapat menyebabkan peningkatan nilai bebenan kepada ginjal bayi yang seterusnya dapat menyebabkan kegagalan dan kerosakan ginjal bayi.

Perlu diketahui bahawa bayi manusia sebenarnya merupakan spesies bayi yang lemah berbanding dengan bayi keluaran haiwan mamalia, sistem pertahanan dan kematangan bayi manusia adalah terlalu lambat untuk mencapai tahap kematangan yang optima pada tempoh masa yang singkat. Tambahan itu, protein dan lemak dalam susu lembu sukar untuk dicerna oleh sistem intertestinal bayi manusia dan ia sukar untuk diserap kedalam pembuluh dan kapilari darah, berbeza dengan susu ibu, ianya lebih kurang kandungan protein dan lemak dan teksturnya yang lebih halus dan lembut serta mudah diserap. Susu sejat mungkin mudah untuk dicerna berikutan kaedah pemprosesan proteinnya, namun kandungan nutriennya masih lagi kurang mencukupi bagi bayi. Kesan ketara yang mungkin selalu dirasai oleh segelintir bayi apabila mengambil sekali atau lebih susu lembu adalah masalah alergi susu. Lebih ketara masalah ini didiagnosis berpunca kepada protein susu lembu itu sendiri.Masalah ini masih lagi berterusan sehingga hari ini walaupun bayi diberi minum susu formula, kerana rata-rata susu formula yang dibuat khas bagi bayi atau kanak-kanak masih menggunakan sumber asasnya dari susu lembu.

Pemilihan susu lembu sebagai bahan asas oleh para pengeluar dan penghasil susu formula kerana susu lembu dilihat sumber susu yang murah berbanding susu keluaran kambing dan lain-lain selain penghasilan susu lembu adalah banyak dan mudah diperolehi kerana ternakan industri lebih memberi fokus pengeluaran susu dari lembu berbanding haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Salam Aidiladha!

IffahAnuar

Sunday, November 6, 2011

Diet Untuk Mereka Yang Ingin Hamil

Apabila memperkatakan tentang diet, harus diingatkan bahawa diet yang seimbang ialah diet yang sihat. Ini tidak bermakna anda harus kurangkan pengambilan makanan kerana ingin menurunkan berat badan tetapi anda harus tahu apa yang anda makan samada ianya sihat atau tidak. Di sini dilampirkan beberapa cara untuk mendapatkan diet yang sihat untuk memudahkan anda untuk hamil. Anda boleh mulakannya hari ini.

*Kurangkan pengambilan kafein*

Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim. Jika anda seorang penggemar kopi, anda bolehlah memulakan cara baru dengan mengurangkan kandungan kopi yang diambil dengan melebihkan susu berprotein. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda menambahkan kalsium di dalam badan. Jika anda terus berhenti secara mengejut dari mengambil kafein, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sakit kepala.

*Kawal pengambilan karbohidrat*

Tidak bermakna anda harus mengurangkan pengambilan nasi, roti atau pasta. Tetapi anda harus mengambilnya dalam kadar yang berpatutan.

Jika anda mempunyai PCOS (polycystic ovary syndrome) yang merupakan salah satu faktor biasa yang menyukarkan wanita untuk hamil, anda perlu mengambil berat tentang makanan yang terdiri dari bijiran. PCOS ialah hormone yang tidak seimbang yang mungkin bertambah teruk jika tahap insulin dalam darah tidak stabil. Penyebab utama di sebalik insulin yang banyak ialah dari pengambilan karbohidrat. Pakar kesuburan Leondires menyatakan apabila wanita yang mempunyai PCOS makan banyak kandungan karbohidrat, insulin yang mengalir dalam darah akan menyebabkan berlaku proses pengovulan yang tidak normal.

*Banyakkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.*

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, ia juga merupakan membekalkan phytochemical dan anti-oksidan. Alam sekeliling yang sememangnya terdedah dengan pelbagai molekul halus dari cahaya matahari sehinggalah ke asap kenderaan boleh merosakkan penghasilan sperma, ovum dan sistem reproduktif yang sihat.

Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.

*Jadilah cerewet apabila ingin makan ikan*

Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Tetapi anda harus berhati-hati kerana bukan semua ikan boleh dimakan kerana sesetengahnya mengandungi kandungan mercury yang tinggi dan ini adalah perkara yang harus dielakkan oleh ibu hamil. Merkuri adalah sangat berbahaya kepada fetus yang sedang membesar dan ianya boleh kekal aktif dalam tubuh seorang wanita lebih dari satu tahun.

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana bukan semua ikan mempunyai kandungan merkuri. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.

Walaupun kadangkala anda tidak begitu mengambil berat tentang makanan laut, tetapi sumber omega-3 adalah sangat penting untuk perkembangan otak bayi dan proses tumbesaran mata. Ianya rendah lemah dan kaya dengan protein, vitamin D dan beberapa nutrient penting untuk membantu bayi anda membesar dan melalui tempoh kehamilan yang sihat.

Badan anda mampu menyimpan omega-3 untuk beberapa minggu, jadi ia adalah satu idea yang bagus untuk menyediakan badan anda dalam keadaan yang sihat sebelum anda hamil.

Yang paling penting ialah banyakkan mengambil ikan yang segar dan elakkan makanan laut yang telah pun ditinkan.

*Banyakkan zat besi dalam badan*

Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang.

Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.

|Bagaimana pula dengan diet suami?|

Nutrisi mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sperma yang subur. Pelbagai kajian telah menunjukkan cara pemakanan yang tidak teratur dan pengambilan alcohol boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti penghasilan sperma dan menyukarkan seseorang wanita untuk hamil. Hampir 40 % kesukaran untuk hamil berpunca dari lelaki – jadi tukarlah diet anda kepada diet yang lebih sihat.

Perlu diingatkan anda juga harus menetapkan pengambilan kopi hanyalah secawan atau dua cawan sahaja dalam sehari. Ini kerana beberapa kajian telah mendapati kafein merupakan salah satu sebab lelaki mandul.

|Apakah nutrient yang paling penting untuk bakal bapa?|

Diet harian anda hendaklah seimbang dan terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan

Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan yang mengandungi antioksidan. Nutrien ini dapat membantu mengelakkan sperma dari cacat dan membantu meningkatkan tahap motiliti nya. (pergerakan). Segelas jus oren segar yang mengandungi 124 mg vitamin C sudah mencukupi dalam sehari. Sekiranya anda seorang perokok, minumlah lebih dari segelas jus oren segar.

Dapatkan zinc yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan walaupun hanya kekurangan sedikit zinc boleh mengurangkan kualiti air mani dan menurunkan level testosterone. Cara yang terbaik ialah dengan mengambil makanan laut seperti tiram, kerang dan daging lembu.

Tambahkan kalsium dan vitamin D. Dengan minum banyak susu dan yogurt dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan kelelakian anda.

|Tips untuk mudah hamil|

Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur, ikan, soya dan makanan tenusu.

Elakkan mengambil makanan yang agak tajam seperti nenas, tapai, tembikai, air tebu, rebung, air kelapa, minuman beralkohol, ubi kayu atau minuman berkarbonat sewaktu mengikuti program kehamilan.

Elakkan daripada tekanan atau stress.

Niatkan dan berdoa setiap kali bersama pasangan agar dipermudahkan kehamilan.

Semoga topic yang dishare hari ini, membantu wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

JOM SELANGKAH LEBIH SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!

IffahAnuar

Petua Cepat Dapat Anak Cara Shaklee

Dari minggu lepas saya dihujani soalan ini:

"Ada x vitamin Shaklee utk kesuburan? Utk nak dapat anak?"

Jawapannya ada, InsyaAllah kita ikhtiar dan usaha, selebihnya kita tawakal dan berserah pada Allah.

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

^Tiub fallopian tersumbat
^Endometriosis
^Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
^Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
^Masalah hormon
^Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
^Menopous sebelum waktunya
^Masalah tiroid
^Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

^Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
^Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
^Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
^Menghidap hernia
^Gangguan hormon
^Salur sperma tersumbat
^Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

^Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
^Stress dan tekanan
^Pemakanan yang tidak sihat
^Kekurangan zat
^Amalan merokok atau meminum alkohol
^Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
^Terdedah kepada pencemaran
^Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

-Bersenam-
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

-Mengelakkan pencemaran-
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

-Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan-

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

+Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

+B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

+Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

+Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

+Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

+Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

+Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.

|Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc|

|Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E|


Untuk membuat pesanan:
1-Sila email kepada faheem.wardrobe@gmail.com or
2-SMS/WHATSAAP:013-5810170

JOM SELANGKAH LEBIH SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!

Iffah Anuar

(Sumber: http://vitaminsemulajadi.com/petua-cepat-dapat-anak/)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More