Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Monday, February 28, 2011

TIPS: Bukan Badan Sahaja yang Perlukan DETOX program, Rumah anda Juga Perlukannya!

Salam buat semua. Cepat betul masa berlalu kan. Hari ini hari Ahad, esok telah mula kembali hari untuk bekerja. Ibu-ibu semua pasti sibuk menyiapkan pakaian buat ibu, suami dan anak-anak untuk ke sekolah dan ke pejabat. Baiklah, pernah tak anda semua terfikir persekitaran rumah anda adalah selamat dari bahan-bahan berbahaya? Selamatkan keluarga kita dari racun, toxic dari bahan-bahan detergent yang kita gunakan di rumah? Jika badan perlukan DETOX program, tahukan anda, rumah kita juga memerlukannya? Iffa terfikir semua ini dari kata-kata Dr.OZ (Doctor yang selalu menjadi tetamu jemputan dalam bual bicara Oprah).


Kata Dr. Oz:
Your home's air quality can make a big difference in your healthy aging. "The smallest particles are the ones that do the most damage," Dr. Oz says.
Sebab tu kadang-kadang kita tidak sedar walaupun kita telah jaga pemakanan, jaga kebersihan rumah..tapi masih ada didalam keluraga kita yang sakit. Jadi, di dalam website Oprah ada Dr. Oz sharekan guide bagaimana kita nak buat program DETOX di rumah..


Dan berikut adalah list yang digariskan oleh Dr Oz bagaimana buat rumah kita lebih sihat:
  • Selalu buka tingkap untuk membenarkan udara dan zarah yang berbahaya keluar dari rumah.
  • Tanggalkan kasut di luar rumah untuk memastikan tiada kesan racun kimia dari semburan racun yang mencemari kediaman anda.
  • Bila anda menggunakan ketuhar mikro, jangan sesekali memanaskan makanan bersama bungkusan plastik kerana dikhuatiri bahan kimia didalam plastik boleh mencemar makanan anda. Sebaiknya, gunakan bekas kaca atau bekas yang bersesuaian (microwave-safe containers)
  • Dari menggunakan pembersih yang mengandungi bahan kimia yang bertoksik untuk membersihkan sinki dan bilik mandi, Dr Oz mencadangkan agar penggunaannya diganti dengan serbuk penaik(baking soda), gunakan cuka putih untuk membersihkan tingkap atau beralihlah kepada set pembersih dari Shaklee. Katanya Oprah juga suka pada Basic H2 Shaklee.
  • Untuk mengelakkan bahan kimia yang digunakan semasa proses "dry-cleaning" pakaian anda, buangkan plastik bungkusan baju ketika anda masih berada diluar rumah dan pakaian haruslah di gantung seharian sebelum di pakai.
  • Gunakan penyahlembapan (dehumidifier) untuk mengelakkan kulat yang berbahaya terutama dikawasan garaj.
  • Jika anda perlu menyimpan bekas tin lama yang mengandungi cat, pastikan ia disimpan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik dan pastikan ia jauh dari kediaman anda.
  • Pastikan tanaman seperti spider plants, golden pothos and philodendrons ada dirumah anda. Tumbuhan ini adalah pakar dalam menukarkan karbon dioksida kepada Oksigen.
    Spider Plant

    Golden Pothos
    philodendrons
Iffa harap, perkongsian ini bermanfaat buat semua..jadikanlah rumah kita lebih selamat dan sihat untuk kita dan insan tersayang... Jika bukan kita yang jaga, siapa lagikan?

Try the room-by-room plan to detox your home (Click pada tanda seruan tu yaa):




Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Saturday, February 26, 2011

Testimonial: Macam Mana Basic H2 Buat Roger Barnett Beli Shaklee Corporation

Assalamualaikum!


Masih berjaga di pagi sabtu? Iffa sedang menunggu hubby balik. Kerja di Office habis after Mid Nite, jalan pula ditutup rasanya sebab banjir kilat. Sementara tunggu hubby tercinta, marilah Iffa siapkan satu entry yang berkaitan dengan entry Iffa yang sebelum ini tentang Shaklee Basic H2. Iffa ada sebut dalam entry sebelum ini, OPRAH sangat sukakan Shaklee Basic H2 ini. Jika anda semua melawat ke website OPRAH dan search "Shaklee Basic H2". Pelbagai artikel yang merupakan kisah benar dipaparkan di website beliau.


Antaranya di bawah artikel: It's Easy Being Green


Di dalam artikel bergambar ini ada mengisahkan bagaimana pasangan Sloan dan Roger yang sepenuhnya mengubah cara pembersihan rumah mereka apabila mendapati anak mereka yang berusia 3 tahun sakit. Anak lelaki pasangan ini batuk berpanjangan dan telah dikejarkan ke ER kerana masalah pernafasan yang teruk...




Nak Tahu tak sebab apa? Sebab anak kecil ini mengalami irritasi di paru-paru kesan kimia dari penggunaan bahan-bahan pembersih rumah yang berbahaya, beracun dan bertoksin..Semenjak mengetahui punca penyakit anak mereka, mereka telah membuang semua detergent atau bahan-bahan pencuci di rumah mereka dan memulakan kehidupan organik bersama Get Clean Product from Shaklee.


Bagus atau tidak? ya, semenjak beralih kepada Shaklee, anaknya tidak lagi pernah ke hospital untuk mendapatkan rawatan! Boleh refer a bit of artikel yang Iffa ambil dari Oprah.com.


Get Clean Product: Basic H2

Sloan and Roger began using these eco-friendly cleaners inside their house. "We thought they worked terrifically," Roger says. "The great news is that Spencer has never had to go back to the hospital since we switched our products and that really speaks it all for us."
The Barnetts liked the products so much, they bought the company! Now, Sloan says she tries to live in a way that's responsible to the health of her children and to the health of the planet.
Shaklee products, which include everything from dryer sheets to stain removers, are made from pure ingredients and won't leave your house smelling like a lemon tree. "Clean, real clean, doesn't have a smell," Sloan says. "Real clean is good for our children, good for our families."
To help other families go green, the Barnetts are giving every member of Oprah's audience a Healthy Home Pack starter kit, which includes more than a dozen different products. Oprah says she's a big fan of Shaklee's H2 Organic Super Concentrated Cleaner. "Use a couple of drops of this, and it's amazing," she says. "You can clean the windows. You can clean the counters. … You can clean everything!"
Kerana sukakan sangat produk Shaklee ini, Roger Barnett telah membeli Shaklee Corporation! Kini beliau merupakan Chairman dan CEO di Shaklee Corporation. Hebat bukan, bagaimana satu kejadian cemas boleh trigger sebuah keluarga untuk berubah... Even Oprah pun kata, dia adalah big fan Shaklee Basic H2!


Anda bagaimana? masih mahu bergelumang dengan pencuci yang merbahaya? Jom, bertukar kepada pencuci serbaguna yang mesra alam... Shaklee Basic H2.. Hanya RM 47 bagi WM dan RM 69 EM. 






Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Friday, February 25, 2011

TIPS: Doa-Doa Amalan Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

Salam semua, entry ini Iffa ambil dari perkongsian Kak Hasmah di KIM.

Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Ingat tak 3 Perkara yang selalu Iffa tekankan untuk sukses dalam BF? Meh remind sekali lagi.. Dr Fadhilah Kamsah kate perlu remind 200 kali  baru orang boleh ingat.
  1. Fahami "Supply On Demand" Konsep..Lagi byk stimulasi & pengosongan breast dibuat, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
  2. Well Balance Diet and Healthy life style. Ambil makanan yang seimbang yang memenuhi nutrisi yang diperlukan ibu yang menyusukan anak. Jauhi stress atau atasinya dengan positif!
  3. Doa...doa...doaa... tidak boleh tinggal ye.. setiap usaha harus disulami dengan doa  dan bertawakal kepadanya dan juga ISTIQAMAH!
Baiklah..cukup setakat ini dulu ya..bagi ibu-ibu yang ada doa-doa atau amalan-amalan rohani untuk dikongsikan, jangan malu jangan segan, sila letakkan diruangan komen yaa..Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u


TESTIMONIAL: BASIC H, Satu Resolusi Buat Mereka Yang Melecur, Diabetic & Mengalami Kulit Gatal-Gatal

Salam semua pengunjung setia yang  semestinya dahagakan entry dan info terbaru tentang hal-hal kesihatan, penyusuan susu ibu dan produk-produk SHAKLEE yang boleh membantu memberikan kehidupan yang lebih baik buat diri anda.
Hari ini, setelah terima email yang Iffa subcribe dari blog Kak N, Iffa dengan happy nak share dengan anda semua. Antara salah satu produk SHAKLEE yang memang mendapat permintaan dan ada seribu satu kegunaan. Boleh digunakan di badan atau pun untuk kegunaan pembersihan rumah dan berita gembira buat mereka yang bekerja dengan engine-engine, mengalami masalah untuk membersihkan kotoran minyak di tangan dan badan? inilah resolusinya! BASIC H!
Jom baca, satu testimoni bagaimana BASIC H, boleh digunakan untuk merawat baby yang terkena air panas dan melecur teruk. 
Lia adalah seorang ibu yang menyusukan anaknya....namun satu hari satu kemalangan telah berlaku di mana anaknya telah tertarik satu cawan yang mengandungi air panas. Apa lagi melecurlah bahagian depan dada anaknya akibat tersimbah air panas tadi.

Sebelum Penggunaan BASIC H
Waktu ini anak Lia baru berumur 1 tahun 2 bulan....selepas kejadian malang tidak berbau itu, anaknya kelihatan sangat murung. Hanya mampu baring dengan riak muka yang menggambarkan dirinya menahan kesakitan terutama sebab ia melibatkan bahagian dada. Lia menjadi risau kerana anaknya yang sebelum ini ceria dan aktif menjadi sebaliknya sejak kejadian itu.

Lia meminta pandangan ibu apakah yang sesuai untuk diberi kepada anaknya agar cepat sembuh. Ibu hanya teringat kepada kebaikan basic H. Memandangkan bayinya ini masih menyusu maka hanya Lia sahaja yang perlu pastikan pengambilan vitamin yang konsisten demi membekalkan cukup vitamin dan zat untuk anaknya cepat sembuh.

Tanpa berlengah, Lia terus mendapatkan sebotol Basic H yang dibelinya di cawangan Wangsa Maju. Tanpa berlengah, Lia memandikan anaknya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titik Basic H. Subhanallah, keesokkan harinya, kesan melecur menjadi kering dan anaknya kembali aktif seperti sebelum kemalangan berlaku. Lia yang terlalu gembira telah menghantar mesej mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan Shaklee Basic H pada dia untuk merawat anaknya. Kini anaknya makin ceria dan aktif. Ibu dapat berjumpa dengan Lia masa bulan Disember tahun lepas di Shaklee Wangsa Maju.

Selepas Penggunaan Basic H
Inilah Basic H itu  


Jika berminat untulk mendapatkannya, harganya ialah RM47 untuk WM dan RM69  bagi EM. Harga termasuk kos penghantaran.

Ini pula merupakan entry terdahulu yang Kak N kongsikan tentang Basic H.
Berapa harga sebuah "kecemasan" ?
Ibu nak kongsikan beberapa produk yang ibu akan pastikan ianya sentiasa ada supaya bila masa kecemasan dan ianya diperlukan, ibu tak kalut di rumah.


Dikenali sebagai BASIC H .
Ianya bukan sabun biasa...tetapi sebab ianya organic dan selamat, ibu sentiasa pastikan ianya ada di rumah. Ia sangat pekat.
Satu ibu letak di sinki dapur dan satu di dalam bilik mandi utama.

Dapur
  • Ibu gunakan untuk mencuci sayur, buah-buahan yang kuat dengan semburan  seperti anggur, longan, mata kucing termasuklah buah-buah import macam epal. 
  • Ibu juga gunakan untuk mencuci cermin sebab boleh nampak lebih berkilat dan boleh gunakan untuk mencuci lantai yang berminyak.
  •  Paling best letak dalam botol spray beberapa titik dan ibu akan semburkan dalam bekas sampah yang mengandungi barang basah masakan supaya lalat tak menghurung. 
  • Ibu juga spray pada meja makan supaya tiada bau makanan yang tinggal yang boleh sebabkan lalat hinggap.
  • Jika anak demam, letakkan beberapa titik dalam mangkuk, basahkan tuala dengan air basic H tadi dan lap kan pada kepala dan tengkuk anak. Sangat cepat menyerap panas badan.
Dalam bilik mandi-
  •  ibu ready untuk merendam baju anak2 yang kotor sebab makan coklat atau kotoran sebab pergi bermain.
  •  Ibu titikkan beberapa titik dalam baldi jika anak2 kena gatal2 di badan. Ibu buat yang sama jika mereka demam....hanya mandikan mereka dengan basic H.
  • Ianya juga bagus untuk buat dressing bagi sebarang luka. Bagi mereka yang mengidap diabetic dan ada luka yang lambat baik (sentiasa basah dan berair) bilaskan dengan basic H beberapa kali sehari dan lihatlah esokkan betapa cepat luka itu kering.
Thank you kak N for the sharing~ Alhamdulillah, sejak Iffa tahu tentang keberkesanan dan manfaat yang sangat pelbagai Shaklee BASIC H ni, Iffa terus dapatkannya di stokis untuk kegunaan di rumah. Apa yang boleh anda lakukan dengan Shaklee BASIC H? Jadi Iffa summarizekan semula apa yang Kak N dah share di blog beliau dan sedikit tambahan:

Multipurpose Cleaner for Home
  1. Pembersih Cermin yang memberikan kesan kilauan
  2. Pembersih Lantai terutama kesan minyak yang degil
  3. Menyahracun dan bahan berbahaya yang disembur pada buah-buahan dan sayur-sayuran
  4. Menghindari Lalat di Tong Sampah atau meja (Sama seperti fungsi semburan dettol, tetapi ia tidak berbau dan adalah organik!)
  5. Pembersih kesan kotoran makanan pada pakaian
  6. Menanggalkan kesan grease dan minyak, terutama bagi mereka bekerja dengan engine-engine
  7. Menanggalkan kesan minyak degil pada kuali, pinggan (cuba basuh mangkuk yang and gunakan untuk menghidangkan SUP TULANG, lemak-lemak akan lebih mudah dibersihkan)
  8. Jika anda mempunyai oven atau microwave, gunakan BASIC H untuk menanggalkan kesan makanan padanya.
Multipurpose Cleaner for Self
  1. Bagi anak-anak yang mengalami kulit gatal-gatal atau eczema, Mandian bersama BASIC H dapat membantu mengurangkan masalah kulit anak anda.
  2. Masalah fungus? Ambil sedikit larutan BASIC H dan sapu pada permukaan kulit biarkan selama 2 minit dan bilas.. InsyaAllah jika selalu di amalkan akan beransur pulih
  3. Luka diabetic yang berair dan menanah? Bilaskan luka yang dialami dengan BASIC H - luka akan menjadi cepat kering  InsyaAllah.
  4. Anak demam? Tuamkan dengan kain yang telah direndam dengan basic H.. tuam di badan dan di kepala..
Anda kenal tak pengacara OPRAH yang famous dengan Talk Show di Channel 702? Beliau juga menggunakan BASIC H! Iffa akan kongsikan cerita OPRAH di entry akan datang yaa..


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u

TIPS: Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Salam semua, apa khabar? hari ini hari apa yaa? Ya sudah semestinya penghulu segala hari yang sangat ditunggu-tunggu bagi mereka yang bekerja. Orang yang tak bekerja macam Iffa ni pun tunggu juga tau. Iyalah,  ini menandakan esok Hubby cuti! Maka, ia adalah waktu emas buat Iffa, Hubby and Faheem. Sukanya!


Ok, sebenarnya Iffa just nak share a quick tips.. tips ini sebenarnya Iffa pernah tulis di discussion board page Faheem Wardrobe di FB dan baru-baru ini Iffa sharekan dengan Kump. Ibu2 Menyusu di FB atau lebig glemer dengan nama KIM....



Berikut ialah Tips untuk meningkatkan penghasilan susu yang Iffa maksudkan:
  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Ellakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya.


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Thursday, February 24, 2011

EDISI KHAS LELAKI:Vitamin E Kurangkan Risiko Kanser Prostat

Salam semua pengunjung-pengunjung setia FW-Shaklee2U... kita masih lagi membincangkan topik yang berkaitan dengan kesuburan dan reproduktif system. Jika entry yang lepas Iffa telah ceritakan tentang Hormon yang berkaitan wanita, hari ini, Iffa ingin bercerita sedikit tentang perihal orang lelaki, sakit yang menjadi pembunuh No-2 lelaki, iaitu Kanser Prostat! (tak salahkan jika kita ambil tahu, sebab ia juga merupakan ilmu - dan sangat penting!)


Kenapa tiba-tiba nak tulis entry tentang kanser prostat? Hari ini, Iffa baca majalah iSIHAT, dah Iffa terbaca satu fakta menarik tentang Vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Iffa ada snap gambar from majalah iSIHAT: 




Jadi apa yang ingin Iffa tekankan buat kaum lelaki berdasarkan artikel dari iSIHAT:
  1. Kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan Vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok.
  2. Vitamin E berperanan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki dalam erti kata lain meningkatkan kesuburan lelaki.
Sewaktu Iffa mencari info tentang kanser prostat, Iffa terjumpa dengan statement yang Iffa rasa crucial untuk kaum adam semua tahu..

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanser prostat biasanya dihidapi oleh lelaki yang berumur 55 tahun ke atas, manakala purata usia pesakit semasa diagnosis adalah 70. Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki berkulit hitam daripada lelaki-lelaki berkulit putih. Hakikatnya, kebanyakan lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat mempunyai kadar kanser prostat yang tinggi di dunia. 
Para saintis sedang mengkaji kesan-kesan diet. Beberapa bukti menunjukkan bahawa diet berlemak tinggi meningkatkan risiko mendapat kanser prostat, tetapi ini belum lagi dapat dibuktikan. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa lelaki-lelaki yang terdedah kepada logam kadmium semasa pengimpalan, penyaduran elektrik, atau membuat bateri mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut. Pekerja-pekerja di industri getah juga kelihatan lebih kerap menghidap kanser prostat




Iffa mulakan dengan sedikit pengenalan tentang apa itu Prostat. Jika di google banyak sebenarnya Info tentang topic ini, Iffa just nak summarizekan agar ia lebih mudah difahami. PROSTAT(refer gambar) adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.


Next, kita akan mula mengenali lebih dekat lagi, apakah kanser prostat. Kanser prostat yang baru bermula seringkali tidak menunjukkan tanda-tanda. Apabila tanda-tandanya muncul, ia
mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:






Mereka yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu berjumpa doktor atau pakar urologi. Hanya doktor sahaja yang dapat menentukan samada tanda-tanda tersebut adalah disebabkan oleh kanser prostat, BPH(benign prostatic hyperplasia), atau keadaan-keadaan lain seperti jangkitan atau batu karang di dalam prostat.


STAGING 



Staging adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui samada kanser tersebut telah merebak dan menentukan bahagian badan yang telah dijangkiti. Kaedah rawatan bergantung kepada keputusan ujian ini. Pihak doktor mungkin menggunakan berbagai-bagai ujian termasuk yang berikut, untuk mengetahui tahap penyakit tersebut:
  1. Ujian-ujian makmal untuk memeriksa kadar PSA dan PAP dalam darah.
  2. Jika transrektal ultrasonografi belum dilakukan, prosedur ini mungkin menjadi sebahagian daripada proses staging.
  3. Doktor mungkin mengarahkan imbasan CT atau CAT dijalankan untuk mendapatkan satu rangkaian gambar-gambar terperinci bahagian-bahagian dalam badan. Doktor boleh memeriksa imbasan CT untuk memastikan benjolan-benjolan limfa, yang mungkin bermakna kanser tersebut telah merebak. Dalam prosedur MRI pula, komputer menghasilkan gambar-gambar prostat dan benjolan limfa yang berhampiran menggunakan magnet yang berkuasa tinggi. 
  4. Imbasan tulang menunjukkan kawasan-kawasan perkembangan yang pantas dalam tulang. Bahan-bahan radioaktif yang disuntik ke dalam aliran darah berkumpul di kawasan-kawasan ini. Satu imbasan dilakukan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut dan merekodkannya di dalam filem. Perkembangan yang pantas dalam tulang-tulang mungkin menandakan bahawa kanser tersebut telah merebak, atau ia mungkin hasil daripada masalah-masalah lain dalam tulang.
  5. X-ray dada boleh menunjukkan samada kanser tersebut telah merebak ke bahagian paru-paru atau tidak.
Keputusankeputusan ujian-ujian ini dapat membantu pihak doktor membuat keputusan akan peringkat penyakit pesakit:


Peringkat A 
Kanser tidak dapat ditemui melalui pemeriksaan dubur tetapi ditemui semasa pembedahan untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil. Tumor pada peringkat A tidak merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat B
Tumor tersebut boleh dirasai semasa pemeriksaan dubur, tetapi kanser tersebut belum merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat C 
Kanser tersebut telah merebak keluar daripada prostat ke tisu-tisu berdekatan.


Peringkat D
Sel-sel kanser telah merebak ke limfa berhampiran atau ke bahagian-bahagian lain badan, selalunya ke tulang-tulang.

KAEDAH RAWATAN


Kaedah rawatan termasuk pembedahan, terapi radiasi dan terapi hormon atau gabungan
kaedah-kaedah tersebut.  


Pembedahan
Pembedahan yang dilakukan untuk membuang keseluruhan prostat dikenali sebagai prostatekomi. Ia dilakukan melalui salah satu daripada dua cara. 
  • Dalam prostatektomi retropubik, prostat tersebut dan limfa berdekatan dikeluarkan melalui pembedahan di perut. 
  • Dalam prostatektomi perineal, satu potongan dibuat diantara buah zakar dan dubur untuk mengeluarkan prostat. Limfa yang berhampiran kadangkala dikeluarkan melalui pembedahan yang berasingan di perut. 
Terapi Radiasi
Terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi). Sinaran tenaga tinggi digunakan untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan perkembangannya. Seperti pembedahan, terapi radiasi
memberi kesan hanya kepada sel-sel di kawasan yang dirawat. Selalunya radiasi tersebut datang dari mesin. Rawatan ini dipanggil terapi radiasi luaran. Sinaran tersebut diacukan kepada ketumbuhan tersebut dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Di beberapa pusat kanser, para doktor sedang mengkaji penggunaan terapi radiasi dalaman untuk pesakit-pesakit tertentu. Dalam rawatan bentuk ini, doktor menggunakan jarum suntikan untuk meletakkan bahan radioaktif di dalam atau berdekatan dengan tumor tersebut. Kadangkala, kedua-dua terapi radiasi luaran dan dalaman digunakan.

Terapi Hormon

Terapi hormon digunakan untuk merawat kanser prostat yang telah merebak kerana ia adalah terapi yang sistematik; ia boleh memberi kesan kepada sel-sel kanser di seluruh badan..

  • Salah satu bentuk terapi hormon adalah pembedahan untuk membuang testis. Pembedahan ini dipanggil orkiektomi, dan ia berfungsi menghapuskan punca utama hormon lelaki. Tanpa hormon-hormon ini perkembangan sel-sel kanser prostat akan menjadi perlahan. 
  • Dalam satu bentuk terapi hormon yang lain, pesakit-pesakit mengambil estrogen, iaitu hormon wanita untuk menghentikan testis daripada mengeluarkan testosteron.
Jadi, buat kaum adam, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati... Amalkan pengambilan Vitamin E dalam diet harian anda. Berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee? Boleh hubungi Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170..

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



Wednesday, February 23, 2011

EDISI KHAS WANITA: Wanita, Hormon dan ....


Salam semua,


Bagaimana pengisian hujung minggu anda? Telah dimanfaatkan sepenuhnya? Iffa, Alhamdulillah… Sabtu yang lepas, iffa bersama hubby dan Faheem dapat berjogging di tasik sri permaisuri. Ringan rasa badan bila dapat mengeluarkan peluh(iyalahkan, dapat buang toxin dalam badan). Hubby pun sejak dapat transfer ke KL ni, tak pernah dapat nak bersukan or exercise. Tu yang semalam bukan main lagi bersemangat:
“Inilah titik permulaan…”
Titik permulaan untuk mulakan kembali gaya hidup sihat. InsyaAllah.

Baiklah, berbalik kepada perkongsian Iffa di FW-Shaklee2U, minggu ini tema kewanitaan…kesuburan, kecantikan. Maaflah, artikelnya sudah Iffa habis study tapi masih belum sempat Iffa buat kupasan atau share kan di sini. So, sementara Faheem masih tidur, mari Iffa sharekan cerita basic tentang Wanita, Hormon dan …, apa … tu? HAID atau zaman-zaman sekolah ada yang panggil peod, bejot dan macam-macam nama lagila.

Jika bercakap tentang WANITA, hormone yang paling utama dan yang penting untuk kita pastinya hormone ESTROGEN. Sewaktu kita didatangi Haid, penghasilan hormone estrogen ini berlaku. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa untuk wanita. Kenapa? Kerana estrogenlah yang melahirkan sifat kewanitaan serta berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita (menumbuhkan buah dada dan datang haid setiap bulan). Sekiranya hormone estrogen yang terdapat dlm tubuh kita tinggi, maka ciri-ciri wanita lebih tinggi. Bagi wanita, apabila kita kekurangan hormone estrogen, kesan awet muda mula berkurangan dan mulalah timbul kedutan-kedutan dipermukaan kulit terutama pada muka.

Jenis-jenis Estrogen serta fungsinya:

Jenis Estrogen
Fungsi/Peranan
Estradiol
a.k.a 17 beta estradiol
  •  Dihasilkan di bahagian ovary dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita putus haid.
  • Ia merupakan hormone seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita.
  • Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu ketiak dan di ari-ari ditentukan oleh hormone ini
  • Ia juga penting utk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
Estrone
a.k.a E 1
  •   Merupakan estrogen yang tidak sekuat estradiol.
  •   Dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak.
  •   Wujud dengan banyak untuk wanita putus-haid

Estriol
a.k.a E 3
  • Merupakan estrogen yang paling lemah diantara ketiga-tiga hormone estrogen
  • Dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone


Estrogen berjalan didalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-reseptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak, di faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ-organ yang terlibat. Kekurangan hormone estrogen boleh menyebabkan:


Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Ketika waktu hamil, estrogen adalah hormon utama yang berfungsi untuk membina tisu-tisu di dinding endometrium (semasa fasa proileratif/sebelum waktu telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluaran hormone progestron. Progestron bertindak balas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progestron untuk keluar. Sekiranya hormone progestron ini gagal dirangsang, maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur utk kehamilan. Lantaran itu, janin yang terbentuk gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lalu luruh dalam darah haid. Sekira sebaliknya, progestron yag Berjaya dirangsang akan mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori atau bahasa mudahnya fasa di mana selepas telur ovum menetas dari ovary sehinggalah ia luruh sebagai haid.

Next, lepas bercerita tentang Hormon, mari kita mengenali perkara yang sentiasa dekat dan sering berlaku pada kita sebagai wanita. Mari kenal apa itu Haid dengan lebih detail lagi. Jika kita recall semula subjek sains yang kita belajar di sekolah, kitaran haid adalah berbeza bagi setiap individu… begitu juga yang ditekankan dalam subjek agama Islam, bahagian Hadas… ada yang di datangi haid hanya 1 hari, kebiasaanya 7 hari dan ada yang lebih lama sehingga 14 hari.. (lebih dari tempoh ini, ia dikatakan darah sakit atau darah istihadhah-keadaan di mana, solat dan perkara fardhu wajib dilaksanakan).Bagi mereka yang mengalami darah istihadhah ini, mereka haruslah berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalahnya. Macam bagi usrah masa zaman sekolah pula…

Jika dikaji kedatangan haid pada diri sendiri Iffa dapati, pada hari pertama kebiasaannya darah haid yang keluar tidak banyak, ia akan bertambah banyak pada hari kedua dan ketiga. Hari berikutnya(ke-4,5) darah semakin sedikit dan beransur kering dan berhenti. Mengikut bacaan Iffa, average darah haid yang keluar ketika waktu period ialah antara 2 ke 3 oz.

Ada dua keaadan yang mungkin memberi hint bahawa seseorang wanita itu mengalami gangguan hormone yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Dua keadaan yang dipanggil “spotting” in English itu ialah:
  1. Sesetengah wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual Staining)
  2.  Sesetengah wanita pula mengalami darah haid berekor-ekor (Post-mestrual staining).

Bagaimana kita nak tahu bahawa kita didatangi haid yang normal?

Mengikut Dr. Hamid Arshat(O&G), beliau menggariskan ciri-ciri haid yang normal seperti berikut:
1.     Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.
Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.
2.     Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah
3.   Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.
Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.
4.     Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,
Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.
5.     Senggugut
Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.
Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.
Wah….bestnya bila dah faham apa yang berlaku pada diri kita yang bergelar wanita, Iffa harap anda semua mendapat ilmu yang berguna juga. Berkenaan Item 5 (Senggugut), iffa nak share..seandainya anda mengalami masalah senggugut atau period pain, salah satu resolusinya bolehlah mengambil Vita-E dan alfalfa.. atau lebih mudah, Set F, Feminine Set Shaklee.. Iffa pernah share cerita Adik Iffa bagaimana senggugut tidak lagi menjadi masalah baginya apabila mengambil Vita-E, Alhamdulillah…
Untuk bulan February hingga Mac, Iffa membuat tawaran istimewa untuk Set F, Feminine Set.. 
Trial Pack

Free Gift (Container Cute)
On top of, normal free gift yang Iffa berikan setiap bulan bagi pembelian trial pack, untuk Set F ini, anda akan mendapat container cute yang sangat sesuai digunakan untuk menyimpan koleksi brooch atau kerongsang... Harga bagi Set F ialah RM 70 dan semestinya FREE Delivery... Apa lagi cepat dapatkan ia sekarang yaa..

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u




Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More