Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Wednesday, February 23, 2011

EDISI KHAS WANITA: Wanita, Hormon dan ....


Salam semua,


Bagaimana pengisian hujung minggu anda? Telah dimanfaatkan sepenuhnya? Iffa, Alhamdulillah… Sabtu yang lepas, iffa bersama hubby dan Faheem dapat berjogging di tasik sri permaisuri. Ringan rasa badan bila dapat mengeluarkan peluh(iyalahkan, dapat buang toxin dalam badan). Hubby pun sejak dapat transfer ke KL ni, tak pernah dapat nak bersukan or exercise. Tu yang semalam bukan main lagi bersemangat:
“Inilah titik permulaan…”
Titik permulaan untuk mulakan kembali gaya hidup sihat. InsyaAllah.

Baiklah, berbalik kepada perkongsian Iffa di FW-Shaklee2U, minggu ini tema kewanitaan…kesuburan, kecantikan. Maaflah, artikelnya sudah Iffa habis study tapi masih belum sempat Iffa buat kupasan atau share kan di sini. So, sementara Faheem masih tidur, mari Iffa sharekan cerita basic tentang Wanita, Hormon dan …, apa … tu? HAID atau zaman-zaman sekolah ada yang panggil peod, bejot dan macam-macam nama lagila.

Jika bercakap tentang WANITA, hormone yang paling utama dan yang penting untuk kita pastinya hormone ESTROGEN. Sewaktu kita didatangi Haid, penghasilan hormone estrogen ini berlaku. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa untuk wanita. Kenapa? Kerana estrogenlah yang melahirkan sifat kewanitaan serta berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita (menumbuhkan buah dada dan datang haid setiap bulan). Sekiranya hormone estrogen yang terdapat dlm tubuh kita tinggi, maka ciri-ciri wanita lebih tinggi. Bagi wanita, apabila kita kekurangan hormone estrogen, kesan awet muda mula berkurangan dan mulalah timbul kedutan-kedutan dipermukaan kulit terutama pada muka.

Jenis-jenis Estrogen serta fungsinya:

Jenis Estrogen
Fungsi/Peranan
Estradiol
a.k.a 17 beta estradiol
  •  Dihasilkan di bahagian ovary dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita putus haid.
  • Ia merupakan hormone seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita.
  • Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu ketiak dan di ari-ari ditentukan oleh hormone ini
  • Ia juga penting utk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
Estrone
a.k.a E 1
  •   Merupakan estrogen yang tidak sekuat estradiol.
  •   Dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak.
  •   Wujud dengan banyak untuk wanita putus-haid

Estriol
a.k.a E 3
  • Merupakan estrogen yang paling lemah diantara ketiga-tiga hormone estrogen
  • Dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone


Estrogen berjalan didalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-reseptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak, di faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ-organ yang terlibat. Kekurangan hormone estrogen boleh menyebabkan:


Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Ketika waktu hamil, estrogen adalah hormon utama yang berfungsi untuk membina tisu-tisu di dinding endometrium (semasa fasa proileratif/sebelum waktu telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluaran hormone progestron. Progestron bertindak balas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progestron untuk keluar. Sekiranya hormone progestron ini gagal dirangsang, maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur utk kehamilan. Lantaran itu, janin yang terbentuk gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lalu luruh dalam darah haid. Sekira sebaliknya, progestron yag Berjaya dirangsang akan mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori atau bahasa mudahnya fasa di mana selepas telur ovum menetas dari ovary sehinggalah ia luruh sebagai haid.

Next, lepas bercerita tentang Hormon, mari kita mengenali perkara yang sentiasa dekat dan sering berlaku pada kita sebagai wanita. Mari kenal apa itu Haid dengan lebih detail lagi. Jika kita recall semula subjek sains yang kita belajar di sekolah, kitaran haid adalah berbeza bagi setiap individu… begitu juga yang ditekankan dalam subjek agama Islam, bahagian Hadas… ada yang di datangi haid hanya 1 hari, kebiasaanya 7 hari dan ada yang lebih lama sehingga 14 hari.. (lebih dari tempoh ini, ia dikatakan darah sakit atau darah istihadhah-keadaan di mana, solat dan perkara fardhu wajib dilaksanakan).Bagi mereka yang mengalami darah istihadhah ini, mereka haruslah berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalahnya. Macam bagi usrah masa zaman sekolah pula…

Jika dikaji kedatangan haid pada diri sendiri Iffa dapati, pada hari pertama kebiasaannya darah haid yang keluar tidak banyak, ia akan bertambah banyak pada hari kedua dan ketiga. Hari berikutnya(ke-4,5) darah semakin sedikit dan beransur kering dan berhenti. Mengikut bacaan Iffa, average darah haid yang keluar ketika waktu period ialah antara 2 ke 3 oz.

Ada dua keaadan yang mungkin memberi hint bahawa seseorang wanita itu mengalami gangguan hormone yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Dua keadaan yang dipanggil “spotting” in English itu ialah:
  1. Sesetengah wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual Staining)
  2.  Sesetengah wanita pula mengalami darah haid berekor-ekor (Post-mestrual staining).

Bagaimana kita nak tahu bahawa kita didatangi haid yang normal?

Mengikut Dr. Hamid Arshat(O&G), beliau menggariskan ciri-ciri haid yang normal seperti berikut:
1.     Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.
Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.
2.     Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah
3.   Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.
Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.
4.     Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,
Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.
5.     Senggugut
Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.
Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.
Wah….bestnya bila dah faham apa yang berlaku pada diri kita yang bergelar wanita, Iffa harap anda semua mendapat ilmu yang berguna juga. Berkenaan Item 5 (Senggugut), iffa nak share..seandainya anda mengalami masalah senggugut atau period pain, salah satu resolusinya bolehlah mengambil Vita-E dan alfalfa.. atau lebih mudah, Set F, Feminine Set Shaklee.. Iffa pernah share cerita Adik Iffa bagaimana senggugut tidak lagi menjadi masalah baginya apabila mengambil Vita-E, Alhamdulillah…
Untuk bulan February hingga Mac, Iffa membuat tawaran istimewa untuk Set F, Feminine Set.. 
Trial Pack

Free Gift (Container Cute)
On top of, normal free gift yang Iffa berikan setiap bulan bagi pembelian trial pack, untuk Set F ini, anda akan mendapat container cute yang sangat sesuai digunakan untuk menyimpan koleksi brooch atau kerongsang... Harga bagi Set F ialah RM 70 dan semestinya FREE Delivery... Apa lagi cepat dapatkan ia sekarang yaa..

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u




Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More