Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, February 4, 2011

EDISI KHAS LELAKI:Pentingnya Sokongan Si Ayah Dalam Penyusuan

Walaupun lelaki tidak diberi anugerah untuk menyusukan anak, ia tidak bermakna tanggungjawab menyusukan anak itu harus digalas oleh kaum ibu semata-mata. Peranan bapa didalam memastikan penyusuan esklusif berjaya memang tidak boleh dinafikan lagi.


Jika anda seorang yang bergelar bapa, ayah, daddy, abah or abi dan sebagainya... usah pandang ringan terhadap penyusuan susu ibu. Anda mungkin orang yang paling bertuah jika isteri anda memilih untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu. Bukan sahaja anak anda yang akan menikmati sepenuhnya khasiat susu ibu, malah anda juga akan dapat menjimatkan wang dari membeli susu-susu formula dan tidak lagi perlu bergilir-gilir untuk bangun pada waktu malam bagi membuat susu.


Seperti yang Iffa pernah share sebelum ini:Medela Mom Mavens: Breastfeeding Facts & Benefits; susu ibu memanglah sebaik-baik khasiat susu untuk bayi kita. Anak kita akan kurang mendapat alahan dan sakit - jadi jimatlah duit anda dari membawa anak-anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor. Bil doktor gigi pun akan menjadi lebih jimat kerana, bayi yang menyusu dengan susu ibu dikatakan mempunyai gigi yang lebih kuat dan sihat.


Namun begitu, di dalam hal  penyusuan esklusif ia bergantung kepada kemahuan si ibu untuk menyusukan anaknya dan ia datang secara natural atas sifat keibuannya. Sebagai seorang ibu, adalah mendapat suatu kepuasan apabila dapat memangkukan, membelai dan menyusukan anak dari susu yang mengalir dari badan kita sendiri. Bayangkanlah wajah isteri anda ketika dia sedang mengendong/memangku anak sambil menyusukan anak anda, pasti timbuk satu rasa kepuasan bagi dirinya. Lantaran itu, sokongan dari anda sebagai seorang bapa amatlah perlu buat dirinya meneruskan rutin penyusuan.


Jika isteri anda mendapat kepuasan dari menyusukan anak anda, sudah pasti tumbuhnya perasaan kasih sayang yang lebih bukan sahaja pada anak anda tetapi kepada suaminya iaitu anda, kerana telah merestui dan menyokong usaha murninya untuk memberikan yang terbaik untuk anak anda berdua. 


Jadi sebagai seorang bapa, apa yang perlu anda lakukan?




Suami merupakan insan yang terpenting dalam kehidupan seorang isteri. Disebabkan itu sokongan dari seorang suami amat diperlukan oleh isteri untuk menjayakan kempen penyusuan secara esklusif. Dengan menggalakkan isteri anda untuk menyusukan sendiri anak anda merupakan langkah awal yang positif dalam usaha menyokong niat murni isteri anda. Lantaran itu, anda sebagai seorang bapa haruslah memperkayakan diri anda tentang ilmu-ilmu penyusuan dan hal-hal berkaitan agar dapat membantu si ibu serta mendapat penjelasan yang betul berkenaan susu ibu.


Berikut merupakan cara-cara yang boleh anda jadikan panduan dalam hal ini:

  1. Berikan bantuan dalam kerja harian di rumah - Bantulah isteri anda yang masih lemah dan tidak sihat dalam mengemas rumah, membasuh pakaian serta membantu dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin dan sebagainya. Ini akan menyediakan ruang yang selesa buat isteri anda untuk menyusukan anaknya.
  2. Menggalakkan isteri untuk berehat - Ibu yg menyusukan anak memerlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat. Jika isteri anda sedang menyusukan anak, bantulah isteri anda dengan mengurut bahunya atau menyuapkan makanan atau minuman kepadanya. Anda juga boleh mengambil alih tugas menjaga bayi bagi memberi ruang untuk isteri berehat.
  3. Memahami perubahan emosi wanita - Wanita selepas bersalin akan mengalami perubahan emosi seperti kemurungan dan tertekan kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Fahami isteri anda, dan kurangkan memberi tekanan kepadanya kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada dirinya dan bayi. Luahkan kata-kata perangsang kepadanya.. katakan  bahawa anda bangga dengan isteri anda yang menyusukan anak sendiri.
  4. Lindungi isteri dari mereka yang negatif - Terdapat sesetengah pihak atau individu yang masih tidak menyokong penyusuan esklusif kerana mereka tidak memahami kebaikan yang diberikan oleh susu ibu. Elakkan, isteri anda dari bertemu dengan kumpulan-kumpulan ini kerana kata-kata negatif dari mereka boleh menjejaskan keyakinan isteri anda untuk meneruskan usaha penyusuan.
  5. Berikan perhatian pada anak yang lain - sekiranya anda mempunyai lebih dari seorang anak, sebagai bapa anda boleh berikan perhatian kepada anak-anak yang lain supaya mereka tidak merasa tersisih. Jangan biarkan isteri anda yang melayan kerenah anak-anak anda yang lain kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan penyusuannya kepada si kecil.
  6. Ingatkan isteri untuk belajar - Bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk si ibu dan anak sama-sama belajar tentang penyusuan.
  7. Mencari pelbagai maklumat dan ilmu tentang penyusuan susu ibu - Ini boleh dilakukan sama ada dengan berbincang dengan pakar laktasi atau rakan-rakan yang telah berpengalaman. Beli majalah atau buku-buku yang berkaitan tentang penyusuan susu ibu atau di dunia moden serba canggih ini, gunakan kemudahan internet untuk mendapatkan segala capaian tentang penyusuan susu ibu.(Contohnya apabila anda melayari fw-shaklee2u, iffa yakin sedikit sebanyak info dan sharing yang ada di sini dapat membantu anda)
  8. Beri ruang untuk isteri melayani bayi - Jika sebelum kelahiran, anda mendapat perhatian penuh dari isteri, pasti anda merasai perbezaannya setelah anak anda selamat dilahirkan. Jika sebelum  ini isteri dapat melayani kemahuan anda, tetapi dengan adanya bayi anda dan keadaan isteri yang masih lemah memberi kekangan buat isteri untuk melayani anda. Sebagai seorang yang matang dan dewasa, fahamilah keadaan isteri dan janganlah terlalu meminta-minta. Hulurkan bantuan sepenuhnya kepada isteri mahupun bayi.(Jika anda berjaya mengatasi sifat pentingkan diri ini, InsyaAllah perasaan sayang isteri akan bertambah lebih lagi buat anda)
  9. Berbincang suami-isteri - Cuba berbincang dengan isteri anda, tanyakan kepadanya apakah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan beban/ tugasannya. Saling membantu dan memahamilah antara satu sama lain.
Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian Iffa untuk para bapa, harap ia menjadi titik awal untuk bapa-bapa sama-sama menyokong usaha murni isteri untuk menyusukan anak secara esklusif. Bila tulis entry ini, Iffa teringat minggu lepas ada customer Iffa yang datang kerumah untuk mengambil Avent Manual dan juga Premium Breastfeeding set dari Shaklee khas buat isterinya. Kata beliau:
" Minggu lepas baru je belikan Freestyle, ini dia nak Avent, lepas tu Shaklee.. lepas ni tak tahulah"
Seraya Iffa membalas:
" Jangan risau, banyak manfaat bila sokong isteri breastfeed"
Iffa kagum, dengan suami ini yang telah menguruskan segalanya dari pembelian breastpump, supplement untuk memastikan si ibu sihat lantaran menghasilkan lebih susu yang berkhasiat. InsyaAllah, moga lebih ramai lagi bapa-bapa yang akan lebih supportive dalam penyusuan susu ibu ini. Penyusuan susu ibu, haruslah dijayakan dengan ilmu yang lengkap di dada dan usaha berterusan dan istiqamah, InsyaAllah...


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More