Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Tuesday, May 8, 2012

INFO - Susu Ibu Adalah Yang Terbaik

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik
Satu daripada pengalaman yang paling manis yang anda boleh alami adalah menyusu badan. Menyusu badan membina ikatan kemesraan yang unik antara anda dan bayi. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi kesemua nutrien yang bayi perlukan dalam jumlah yang betul, pada suhu yang betul. Ianya senang di hadam dan di serap dengan dengan berkesan. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.
Oleh kerana ianya lebih ekonomi dan menyenangkan, anda akan menjimatkan masa dan wang. Sama ada anda menyusukan badan selama beberapa minggu atau beberapa bulan, anda memberikannya permulaan yang terbaik dalam kehidupan kerana kajian menunjukkan bahawa bayi menyusu badan lebih pintar dan lebih sihat.
Fakta lain yang menarik adalah ibu yang menyusu badan dapat mengembalikan bentuk badan lebih cepat kerana ia menggunakan lemak tambahan yang disimpan di dalam badan sewaktu kehamilan!
KEAJAIBAN SUSU IBU
Susu ibu sangat unik kerana kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Sebagai contoh, susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah berbeza dengan susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi cukup bulan. Bayi yang diberi susu badan sepenuhnya tidak memerlukan sebarang air, vitamin atau zat besi tambahan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama selepas lahir kerana susu ibu menyediakan kesemua nutrient dan cecair yang bayi perlukan namun haruslah dipastikan tubuh ibu terlebih dahulu sihat dan mendapatkan nutrien yang lengkap dengan keperluan nutrisi ibu yang menyusu badan.
JENIS SUSU & KEBAIKANNYA UNTUK BAYI
JENIS SUSU WAKTU DIHASILKAN CIRI-CIRI & FAEDAH
  • Kolustrum (Susu Awal/Pertama)
Lewat kehamilan sehingga 5 hari selepas kelahiran
  • Pekat dan kekuningan
  • Tinggi kandungan kalsium, kalium, protein, vitamin larut lemak, mineral, sel darah putih dan tinggi kandungan antibodi*.
  • Terutama penting  untuk mengelakkan jangkitan pada bayi
  • Peralihan
Antara hari ke 5 dan ke 10
  • Warna lebih putih berbanding kolostrum.
  • Mempunyai komposisi pertengahan di antara kolostrum dan susu matang
SELEPAS HARI KE 10
  • Matang (Terbahagi kepada 2; (1) Susu Hadapan dan (2) Susu Belakang)
Selepas hari ke 10
  • Lebih cair dan lebih putih
  • Mengandungi air, lemak, karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, asid amino dan enzim
(1) Susu Hadapan /Foremilk Di permulaan penyusuan
  • Membekalkan cecair
  • Tinggi kandungan air dan laktosa**.
(2) Susu Belakang/Hind Milk Di akhir penyusuan
  • Membekalkan protein, lemak dan antibodi tambahan*.
  • Tinggi kandungan lemak dan kalori.
* Antibodi – sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan sebagai tindak balan terhadap bahan asing yang mungkin memrbahayakan badan, cth bahan kimia, virus atau toksin bakteria.
** Laktosa – karbohidrat utama susu, juga dikenali sebagai ‘gula susu’
___________________________________________________________________
Sudah lama saya tidak berkongsi dengan anda melalui blog peribadi saya ini SMS.com. Ramai juga yang bertanya, masih aktif dengan aktiviti Pro BF? Masih aktif bersama Shaklee? Ya, kedua-duanya masih aktif, mungkin kekangan masa membuat saya lebih tertumpu pada perkongsian di Facebook.
Baiklah, di SOSC kami menawarkan rangkaian set penyusuan mengikut keperluan ibu-ibu. Jadi, ibu-ibu mempunyai pilihan untuk memilih set penyusuan yang bersesuaian dengan keperluan dan budget ibu-ibu. Kami di SOSC komited dalam memberi konsultasi baik dari segi pengambilan supplement mahupun berkait dengan penyusuan susu ibu kerana kejayaan anda adalah MATLAMAT kami.

 
Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya di 013-5810170 atau email: faheem.wardrobe@gmail.com

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik! Bersama menjaga amanah Allah SWT dengan memberikan bayi kita hanya yang TERBAIK!

Iffah Anuar
Shaklee ID: 846148

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More