Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Wednesday, April 4, 2012

Oh Titanic! Korban yang tinggi angkara LIFE BOAT!

Melihat kapal mewah Aurora berlepas menyusuri dermaga ke tengah laut, teringat saya kisah Kapal Mewah nan gah, TITANIC... Siapa yang tidak tahu kisah tragedi malang kapal TITANIC, yang serba canggih.. Gah dan hebat karam di tengah lautan kerana berlanggar dgn iceberg(bongkah ais)....

Kapal ini membawa seramai 2200 penumpang dan Crew... Hanya 700 penumpang yg dikatakan terselamat dan 1500 yang lain menjadi mangsa korban di telan lautan luas..kenapa hari ini saya bercerita tentang TITANIC?



Tahukah anda, melalui kisah Titanic ini kita boleh jadikan ia pengajaran yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita....bagaimana kapal sebegitu hebat boleh lenyap dilautan apabila menghempas bongkah ais?



Bongkah ais, mungkin bagi kita melihatnya sebagai suatu objek biasa yang terdapat dilautan yang beriklim sejuk... Tapi jika kita amati ia, di atas lautan ia hanya kelihatan kecil.. Bongkah ais yang kecil.. Tidak merbahaya atau tidak mampu menggugat kapal sehebat Titanic..namun hakikat sebenar di bawah lautan, bongkah ais ini tersangat besar saiznya... ( kalo kecil mungkin selamat Titanic dari tenggelam).

Apa kaitannya dengan hidup kita sekarang? Di Malaysia mana ada bongkah ais ditengah laut? Seringkali dulu ketika menghadiri kursus kepimpinan dan motivasi di sekolah, motivator suka memberikan penekanan pada bongkah ais...buat saya terfikir apa relevannya( dulu waktu sekolah kehidupan ditanggung ibu bapa... Jadi sy tidak dapat melihat jelas perkaitan bongkah ais dan kehidupan manusia).

Kini, bila telah memegang akaun rumah, perbelanjaan rumah.... pelayaran dlm membina kesenangan dan kebahagiaan dlm kehidupan berkeluarga, saya mula faham konsep bongkah ais ini. Ais yang kita lihat dari atas lautan itu, ibarat masalah/cabaran yang kita tempuh hari-hari.. Yang kita nampak, jelas berlaku dalam kehidupan harian kita.. Dan boleh kita atasi.. Bongkah ais yang tenggelam di bawah laut itu pula ibarat risiko, cabaran, ujian yg diluar jangkaan kita... Sbg contoh, jatuh sakit.. Sehingga tidak berdaya, beban hutang, perniagaan merudum sehingga bankrap/muflis.. Dibuang pekerjaan kerana ekonomi meleset.. Dan macam2 lagi...yg tak terjangka dek akal akan berlaku pada kita...

Kenapa TITANIC?
Tahukah anda, mengapa hanya 700 penumpang shj yg terselamat?? Tidakkah bot sehebat Titanic sepatutnya mempunyai sistem keselamatan or escape/emergency route yg hebat? Hakikatnya tidak!! Life boat, bot kecemasan yang disediakan di TITANIC tidak mencukupi utk kapasiti penumpang yg ada.... YA..sbb tu jika kita lihat di dalam filem Titanic.. Mereka berebut2 utk menaiki life boat.. Namun keutamaan diberi kepada wanita dan kanak2... Jika anda salah seorang penumpang Titanic, apakah talian hayat yg anda ada???

LIFE BOAT?? Adakah anda telah menyediakan secukupnya life boat utk kehidupan anda???

>>>>> Mungkin anda seorang businessman/woman berjaya, tetapi anda tidak tahu risiko anda mungkin jatuh muflis, syarikat anda mengalami masalah kewangan?
>>>>> Mungkin anda seorang penjawat awam/ swasta yang hebat dan bergaji besar tetapi anda tidak tahu mungkin satu hari nanti anda harus di VSS kan kerana keperluan dan strategi syarikat.
>>>>> Mungkin Hari ini anda rasa, cukuplah gaji aku bulan...kais pagi makan pagi kais petang makan petang? jika esok atau lusa harga minyak naik?harga keperluan harian meningkat? Mana lagi tempat anda mahu kais?


Banyak scenario yang saya boleh berikan..... Tak perlu jauh2, saya ambil kisah saya sendiri... Sudah jatuh tersungkur, mujur saya cepat bangun dan terus memecut lari. Saya seorang jurutera, berkhidmat di Syarikat Minyak dan Gas yang gah di Malaysia...namun kerana saya merupakan seorang pesakit SLE, hidup saya diperlekehkan oleh sesetengah individu untuk kepentingan politik masing-masing...Alhamdulillah, saya akur untuk mengundur diri dari Syarikat dan Allah beri saya cuti 2 tahun untuk saya menyiapkan lifeboat saya....

Bila disebut sy akan berhenti dari P******S, ramai yang mula menakutkan saya.... Nanti loan rumah, loan study... Nak besarkan anak, ada family... Mana nak cekau duit nak tanggung semua tu kalo berhenti??? gaji suami memanglah cukup jika nak diikutkan... TETAPI, kite tak tahu apa yg akan menanti kita pada masa akan datang!!!!

MASA MEMBINA LIFEBOAT!!!!



Ya, saya tersentap dari lamunan bila berbual panjang dengan coach sy Master Hj Roslan... Beliau menyedarkan sy, bahawa menyertai Shaklee dan membina empayar Shaklee ini bererti saya sedang membina LIFE BOAT untuk pelayaran hidup saya... ya, saya sangat SETUJU!!! buktinya, kini sy tidak perlu khuatir kerana pendapatan saya bersama Shaklee telah stable dan menjejaki 5 ANGKA, menikmati Car Bonus, meninkmati lawatan ke Tanah Suci & Instanbul... alhamdulillah.. Dan ia akan terus saya nikmati bersama Shaklee...

Semakin hari semakin ramai bertanya tentang Peluang Menyertai Shaklee dan Bagaimana untuk menyertai Shaklee? Jika anda tidak mahu terlepas peluang hebat ini, sila email kepada faheem.wardrobe@gmail.com untuk mula membina LIFE BOAT anda!

Selamatkan diri anda dari karam dilautan, sementara kesempatan ada di depan mata.

Iffah Anuar on Mobile Blogger
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More