Menarik bukan topik yang saya nak share hari ini. Alhamdulillah, dapat mencuri masa menulis entry di SMS.com ini setelah hampir 2 bulan berehat dari berblogging. Topik yang saya nak share ini memang favourite ibu-ibu, sebab pemakanan merupakan aspek penting dalam menjayakan Penyusuan Badan. Asas pemakanan sewaktu menyusu badan adalah pemakanan yang SEIMBANG.
GARIS PANDUAN UMUM
Ambil Diet Yang Seimbang
Pilih makanan dari kesemua kumpulan makanan (bijirin, buah-buahan, sayuran, hasil tenusu, daging dan telur) dalam jumlah yang sederhana.
Ambil Sekurang-kurangnya 3 Hidangan Berkhasiat Sehari Dan Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi
Menyusu badan secara purata menggunakan 500 kalori sehari, Ini menerangkan mengapa anda mudah lapar. 3 hidangan biasa dan 2 hingga 3 hidangan ringan sepatutnya dapat mengurangkan rasa lapar dan memberi tenaga yang mencukupi.
Hadkan Makanan Kaya Gula Atau Lemak
Cuba kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kerepek kentang, kek, coklat dan minuman bergas. Makanan tersebut tinggi kalori tetapi nilai pemakanan yang rendah.
Minum Banyak Cecair
- Cecair menolong memastikan anda tidak mengalami dehidrasi kerana anda boleh kekurangan cecair apabila menyusu badan setiap 2 hingga 4 jam. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, susu, jus buah-buahan dan sup. Cecair juga membantu anda mengekalkan penghasilan susu.
- Kurangkan pengambilan kafein dengan mengurangkan minuman kopi, teh, air bergas dan coklat.
- Bagi non-muslim, cuba had atau elakkan pengambilan alkohol kerana ia akan diturunkan ke susu badan dalam jumlah yang kecil. Terlalu banyak alkohol mungkin memberi kesan negatif kepada bekalan susu dan boleh membahayakan bayi. Sekiranya anda memilih untuk mengambil alkohol, minum selepas anda telah menyusu badan bukan sebelumnya.
- Penyusuan badan menggunakan banyak tenaga dan sekiranya anda berdiet sewaktu menyusu badan, ia mungkin mengurangkan kuantiti susu.
- Sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, cuba hadkan pengambilan makanan yang kaya dengan lemak atau gula.
- Cuba lakukan senaman yang sederhana seperti bejalan laju atau berenang 3 kali seminggu.
- Jika anda masih berniat untuk diet kerana risau BERAT berlebihan dan BENTUK BADAN TIDAK MENARIK, gunakan alternatif yang lebih SIHAT dan SELAMAT dengan mengambil Alfalfa Complex, Omega Guard dan Lecithin dari Shaklee. Setiap satunya sangat membantu ibu-ibu untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping penting untuk kesihatan ibu dan membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- Lecithin
Jom Jayakan Penyusuan Badan Secara Exclusive bersama Shaklee!
Iffah Anuar | Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID – 846148) | faheem.wardrobe@gmail.com | 013-5810170
0 comments:
Post a Comment