Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Tuesday, October 25, 2011

Alfalfa bukan Milk Booster TERBAIK?

Kini terdapat pelbagai jenis milkbooster dipasaran. Pelbagai pertanyaan yang saya dapat dari ibu-ibu yang bingung dan rungsing kerana keliru manakah pilihan milkbooster yang terbaik. Ada yang mula beralih arah dari mengambil halba (fenugreek) kerana tidak tahan bauan badan yang kurang menyenangkan. Pengambilan fenugreek dalam jumlah yang banyak dan pada jangka masa yang lama juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan bayi.
Rata-rata yang menghubungi saya, bertanya adakah mencukupi jika hanya sekadar mengambil Alfalfa Complex, atau mengambilnya bersama Energizing Soy Protein(ESP). Tidak saya ragui, pengambil keduanya membantu meningkatkan penghasilan susu (Jika anda patuhi 3 Konsep asas yg saya tekankan) TETAPI ramai yang kembali kepada saya mengadu tubuh yang stress, penat, emosi yang tidak stabil, sakit-sakit badan kerana beban kerja yang perlu dilalui hari-hari dan tambahan sebagai seorang ibu yang baru melahirkan, perlu menyusukan anak tercinta. Dari mana kudrat yang perlu digapai untuk melakukan semuanya? Ibarat menjadi seperti “SUPERMAK”!
Seringkali saya menasihatkan pelanggan-pelanggan saya, pengambilan supplement bukanlah semata menambah susu, kerana mencari ikhtiar menambah susu badan itu adalah satu ikhtiar atau usaha yang kolektif. Selain mematuhi 3 KONSEP ASAS, kesihatan tubuh ibu adalah sangat penting. “Bagaimana sebuah kilang boleh beroperasi dengan optimum jika jentera-jenteranya kurang pelincir, tidak di servis dan ada yang sudah “kaput”?”

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.
Melalui pengalaman, ada ibu-ibu yang memberikan feedback mendapat alahan mengambil Alfalfa, ada yang mengalami reaction pada kulit seperti alahan, ruam-ruam dan ada juga yang mengalami masalah cirit-birit. Ini juga berlaku kepada sesetengah bayi yang ibunya mengambil alfalfa. Persoalannya, merbahayakah Alfalfa?
Jika soalan itu diajukan kepada pesakit auto-imun seperti saya, sudah pasti saya akan menjawab “YA”, kerana telah jelas dilabel botol, tidak menggalakkan pesakit-pesakit auto-imun seperti SLE, RA, MS dan lain-lain mengambilnya kerana ia boleh meningkatkan aktiviti dan simptom penyakit tersebut. Sekiranya, anda mengambil alfalfa dan mendapati timbul ruam berbentuk “rama-rama” dimuka, pastikan anda berhenti mengambil alfalfa dan dapatkan diagnose dari pakar perubatan tentang keadaan kesihatan anda.
Mengapa pula Alfalfa boleh menyebabkan cirit-birit? Mengikut hasil perbincangan saya bersama adik saya seorang pharmacist grad. Ada dua component di dalam alfalfa yang boleh menyebabkan berlakunya masalah cirit-birit (bukan semua ya, ia bergantung kepada kekuatan sistem perncernaan anda).  Pertama, “FRUCTOSE”. Mengikut kelaziman, fructose didalam intenstine haruslah ditukar terlebih dahulu kepada bentuk yang lebih ringkas iaitu glukos sebelum ia dapat diserap masuk kedalam darah. Bagi sesetengah individu, saluran intestine mereka lambat membuat proses penukaran fructose—>glucose menyebabkan fructose tersebut melepasi saluran intestine dan sampai ke kawasan colon (dimana terdapat bakteria di dalamnya). Bakteria tersebut akan menyebabkan fermentasi berlaku membentuk gas, cramping dan menyebabkan diarrhea.

Satu lagi komponen di dalam alfalfa yang boleh menyebabkan diarrhea ialah “MAGNESIUM”. Magnesium ini mempunyai “laxative effect”, melawas… Jadi apabila ia melalui saluran intestine, magnesium ini akan diserap kedalam salur darah TETAPI jika ada yang tidak diserap, ia akan memasuki saluran kolon dan berlakulah sifat “laxative” nya. Bahan laxative ini akan mencetus bowel movement, maka berlakulah diarrhea. Lain individu, lain keupayaan sistem pencernaannya. Terima kasih untuk adik saya, Naz kerana sudi luangkan masa berdiscuss tentang alfalfa ini.
Anda TAKUT nak ambil ALFALFA? Jangan risau, bukan semua yang mengalaminya, cuma mereka yang tidak mempunyai keupayaan sistem perncernaan yang baik dan mereka yang mempunyai masalah auto-imun seperti saya sahaja yang tidak boleh mengambilnya.

Selangkah Lebih Sihat Bersama Shaklee!
IffahAnuar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More