Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, March 25, 2011

INFO: Mahukan Kulit yang BEBAS Jerawat?


Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.


Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

sumber

Kelebihan vita E Shaklee ialah ianya mengandungi 400 i.u beserta selenium. Maka anda tidak perlu risau tentang kos yang perlu ditambah apabila hendak memaksimumkan penyerapan vit E oleh badan.

Kami menyediakan pakej percubaan untuk kulit yang mengandungi B com, Vitamin C dan Vitamin E untuk 30 hari makan dengan harga RM 80. Jika berminat nak tambah zinc hanya RM10 add on.  

INFO: Senarai Penyakit dan Cadangan Supplement SHAKLEE

Hari ini, Iffa tertarik dengan entry supermom kita Mommy Icha.. Thanks Hadha!


Terima kasih kepada Mommy Lyna untuk list yang beliau 'compile' kan di bawah ini. Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, senarai ini sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.

Penyakit dan Vitamin A-K

by Mommy Lyna
Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin&mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.
Alergi
  • Vita-C
  • B Complex
  • Alfalfa
    • ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Allergy (Set G)
  • Garlic Complex
Alzheimer
  • Vita-E Complex
  • B Complex
  • Omega Guard
  • Garlic
Anemia
  • B Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C
    • Ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (Set A)
Arthristis
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Peppermint-Ginger
Batu hempedu
  • Peppermint-Ginger
  • Lecithin
  • Vita-C
  • Vita-E
Bronkitis dan pneumonia
  • Carotomax
  • Vita-C
  • Vita-E
    • (ACE)
  • Zinc
  • Garlic
Buasir
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Ostematrix
Carpal tunnel
  • Vita-Lea
  • B complex
  • Vita-C
    • Set A
Cirit-birit
  • B Complex
  • Garlic
  • Performance Drink
Darah tinggi
  • Set A
  • Garlic
  • Fibre Plan Unflavoured
  • Vita-E
Diabetes
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-C
Ekzema
  • B Complex
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Zinc
Fibrocystic breast
  • ACE
  • GLA Complex
  • B Complex
Gout
  • Set A
  • Zinc
Insomnia
  • Ostematrix
  • B Complex
Jangkitan telinga
  • Vita C
  • Zinc
  • Garlic
Jerawat
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
    • Votamin2 di atas terkandung dalam set D
  • Zinc Complex
  • GLA Complex
Kanser
  • Vivix
  • ACE
  • Garlic
  • Ostematrix
  • B complex
  • Fibe Plan Unflavoured
Katarak
  • ACE
  • B Complex
  • Zinc
Kelemumur
  • B Complex
  • Zinc
Kencing kotor
  • Vita-C
  • Zinc
  • Garlic
  • Alfalfa
Kesuburan
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • GLA Complex
Sumber asal : Penyakit dan Vitamin A-K

Thursday, March 24, 2011

INFO: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu Tentang Masalah Penyusuan Bayi?


Salam semua ibu-ibu, bapa-bapa, adik, kakak, mak cik dan pak cik yang disayangi. Hari ini, Iffa share satu entry tentang "Masalah Penyusuan Bayi". Menarik untuk dishare dan buat panduan semua. 


Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam






Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.





Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepadanipplet.







Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

Fakta Penting Penyusuan Bayi
  • Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal
  • Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
  • Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)
  • Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu
  • Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)
  • Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu
  • Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning
  • Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang
  • Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

Sumber Asal: Sihat Selalu

Baiklah, Iffa mahu siapkan packaging Shaklee Trial Pack dan Avent Manual yang telah di order oleh customer hari ini. Semoga kita berjumpa lagi, jemputlah memberi feedback anda di ruangan komen.


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u.com



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

TIPS: Susu Merudum??? Tryla Power Pumping!



Susu merudum? ni masalah dan cabaran biasa bagi ibu2. Jadi utk ibu2 yang menyusu, amat mustahak untuk mengetahui punca2 susu merudum..hmm..banyak ye actually…faktor2 seperti stress,..musim2 period, kurang kalori, baby beralih bulan or di panggil growth spurt (time ni normally dia akan consume lebih byk dari biasa).. dan byk lagi faktor2 lain mmg ada efek yg besar pada pengeluaran susu. Jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?

  • Makan makanan seimbang…especially yang kaya dgn protein..,makan oatmeal
  • Drink barley-based drinks such as homemade barley water
  • Consume plenty of dark green vegetables
  • Ensure adequate fluid intake each day
  • Routine pumping
  • Ambil natural milk booster jika perlu….cthnya alfalfa
  • Apply power pumping teknik
Power Pumping?

Haaa…nilah yang Iffa nak share sebenarnya..dah banyak kali soalan susu merudum ini di ajukan di KIM, dan sudah berulang kali Iffa jawabkan, jadi lebih mudah Iffa buat entry khas on Power Pumping, biar semua ibu-ibu dapat manfaatnya juga.

Ramaai yang mengeluh, susu sikit, stock kais pagi makan pagi kasi petang makan petang. Dah try macam-macam tapi masih juga sikit, tak tahu nak buat cemana dah! So apa kata try teknik ni…

Sekilas fakta tentang power pumping: 
Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply.
Bagaimana caranya?

  1. Pump for 10-20minit
  2. Rest 10 minutes, 
  3. Then pump another 10 minutes, 
  4. Then rest for 10 minutes
  5. Then pump again for 10 minutes.
  6. Do this for about an hour, sekali sehari, 2-3 kali seminggu (Dapat buat setiap hari lagi bagus)
Di samping ini..boleh juga buat hyperstimulation technic preferably at night, every day….
  1. 15min pump
  2. 15min rest
  3. 15 pump
  4. 15 rest — continue this pattern dalam 1-2 jam..non-stop…
hasilnya?..insyaAllah..amat membantu mengembalikan semula pengeluaran susu.. cuba lihat selepas seminggu yer... Harap apa yang dishare disini dpt dipraktikkan yer...

sumber info:kellymom.com, mobimotherhood.org



Ini pula, Iffa ada tanya pendapat Mary Bibs, IBCLC for Medela tentang Power Pumping. 


Mengikut beliau: 
"Some mothers find power pumping helpful.  Others do not."
Jadi beliau ada juga berkongsi dengan Iffa teknik berikut untuk ibu-ibu berkerjaya yang sangat sibuk dengan jadual kerja...


From Making More Milk, by Diana West and Lisa Marasco:

Catherine Watson Genna, BS, IBCLC, suggests an alternative short-term strategy for mothers of healthy full-term babies who are having a difficult time fitting pumping into their busy daytime routines.  Place the breast pump in a convenient location that you will pass often and where you'll be comfortable sitting or standing.  Every time you pass the pump, use it for five to ten minutes or so, as often as every forty-five to sixty minutes.  Stop when you begin to feel "antsy," restless, or annoyed.  You can continue pumping into the same bottrle and pumping kit for four to six hours without refrigeration, depending on the temperature of the room.  After four to six hours, take the accumulated milk to the refrigerator, wash the kit, and start fresh for the next four to six hours.  Aim for pumping at least ten times every day.  Continue for two to three days and then resume your normal pumping routine.



Iffa harap perkongsian ini membantu ibu-ibu yang sering mengatakan jadual kerjanya ketat dan tiada masa untuk pump! 


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Wednesday, March 23, 2011

TESTIMONIAL: Berikan Perlindungan Buat Anak-anak yang Dihantar ke Taska

*Sumber Asal: Blog Saraaisyah

Oh.. oh.. Shaklee saya sudah mau habis.. ada untuk seminggu jek lagi tinggal…
Sejak dari pantang lagi saya memang ambil set confinement Shaklee.. tapi after 40 days.. bila supplement habis saya tak continue lagik sebab tak sempat nak beli kat JB HQ at that time.. hahahah… alasan !!!!
So, macam-macam laa saya beli untuk banyakkan susu… Just name it apa saya tak beli??? Pil Asi, fenugreek , Melilia Soya Organic, buah longan sampai 1 kg beli, air barli.. then nampak kat Petronas ada jual air kurma cina + longan ni bertin-tin saya beli.. (boleh kena kencing manis minum air ni.. manataknya bertin sekali minum!!!)

Tapi susu tak banyak .. banyak jugaklaa tapi tak pekat macam masa saya ambil Shaklee... So, saya beli laa juga di Genkimomma .. walaupun harga dia RM200++ tapi untuk 4 bulan memang laa berbaloi-baloi…Pil and air2 yang saya beli sebelum ni pun saya rasa lebih RM50 saya spend.. so, sama jek laa…
Sekarang ni Sufi dan 6 months.. rasa mcm sayang jek nak stop ambil Shaklee sbb Sufi mmg saya hantar Taska.. biasalah budak-budak taska sakit, demam selsema and batuk.. tapi Sufi nmpak ok and jarang kena jangkit.. kalau kena pun cepat jek sembuh bila saya increase kan Vitamin C kepada 2 biji sehari… Alhamdulilah…Ada kawan-kawan age Sufi kecik-kecik dah makan ubat batuk.. macam nak cakap dengan mak dia… baby tak bleh ambik ubat batuk… tapi nanti kata saya Kiasu pulak.. so, diam jek laa…
Yang paling latest budak kelas Sufi berak-berak n muntah… Sufi and 2 orang kawan dia yang juga sama-sama bfeed tak kena…Alhamdulilah…lagik laa semangat saya nak bfeed Sufi dengan jayanya.. Ada pulak parents kat taska Sufi yang baru lepas pantang tanya apa saya makan utk banyakkan susu.. so, saya bagi lah sikit my Shaklee utk dia try for one week..(macam distributor shaklee pulak).. sekarang tak tau apa cerita dia…sbb tak jumpe lagi parents tuh.. haahahaha… …

Nak jadik kan cerita Sufi yang manja n ngada-ngada ni.. masa saya tak sempat nak pump and busy sbb training or meeting.. saya beli lah susu formula … bila habis sebotol Sufi minum terus bengkak2 muka dia… gelabah saya terus bawak Sufi ke klinik… rupanya allergic dgn susu lembu…Dr kata kalau nak bagi pun kena soy based.. saya beli laa jugak Isomil… saje beli stok, mana tau tak sempat pump.. owh yaa !!! saya memang tak buat stok susu berpuluh-puluh.. sebabkan saya kononya suka bagi Sufi susu fresh… (yer saya tau susu beku itu jugak lebih bagus dari susu formula… malas sebenarnya !!!)
Atau mungkin sebenarnya saya ambik kesempatan Sufi di taska pun sebelah bilik saya jek and bila dengar dia nangis saya lari-lari anak ke bilik dia and direct feeding!!! hikhikhik....
Tapi, yang tak bagusnya kalau training ke .. hah hambik ko… terpaksalah bagi laa susu Ismoil... (saya tak suka bau Isomil… padan muka saya kan??) Tapi takpelah… kengkadang sebulan 1-2 kali jek Sufi minum formula.. heheheh (nak sedapkan hati !!!) kira halal jek laa…

So, moral of the story…Saya harap dapat bfeed Sufi sampai 2 years walaupun sudah tak ekslusif lagik… InsyaAllah…. InsyaAllah… InsyaAllah.. ada jalan… aaah….. (Maher Zain versi Bahasa Melayu)
Sufi, mama love u !!!
My Sufi @6 months….


Shaklee Products yang saya ambil.. ni kira dah 2 kali order ni dengan Genkimomma… owh sangat mudah… .

 credit


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u

EDISI KHAS WANITA: Aduhai Wanita, Kau Istimewa...

Semoga apa yang Iffa kongsikan ini, memberi satu sinar dan semangat baru buat insan bernama WANITA...






1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 


2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. 


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S. 


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. 


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 


7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 


12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W."Ibunya." 


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. 


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T. 


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. 


20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh. 


21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 


22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 


24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 


25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 


26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 


27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 


28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 


29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 


30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 


31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 


32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 


33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 


34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 


35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 


36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 


37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 


38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 


39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 


40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 


41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u

Tuesday, March 22, 2011

SPECIAL ENTRY: Buatlah sesuatu dengan ilmu penuh di dada...

  • Salam Semua Ibu2, 

    Hari ini, Iffa ingin berkongsi satu post yang telah dibuat oleh rakan Ibu di KIM.. dan Iffa ingin menjawab persoalannya di sini..(POST ini telah di Delete dari KIM)

    Dari KIM (22/03/2011)

    Noor Hasyimah Binti Idris
    baru syim tau ..rupanya yang trial pack shaklee yang buh dalam plastik tu sebenarnya tak boleh rupanya.. sebab kata pakar pemakanan ( one of master in shaklee) supplement perlu dihidang macam kita makan ... tak boleh di pack kan sekali lagi once dah bukak dr botol tak boleh dijual balik utk masuk dalam plastik.. concept tu salah kata nya... sebab shaklee product bukan ubat tp supplement... ( makanan tambahan) . lagi satu kata dia lagi yang set trial breastfeeding tu kata nya... tak de pun kalsium macam mana boleh consider sebagai breastfeeding sebab katanya ibu yang menyusu kena amik kalsium setiap hari sebab baru susu okey-syim tetiba jadi bengong sekejap- sebab syim pernah beli untung mak cik syim yang trial set tu... so klu nak amik supplement tak kira la supplement apa pun utk ibu ibu yang menyusukan asalkan supplement tu mmg ada kandungan yang diperlukan oleh badan kita.. biar terlebih tp jgn terkurang .. sebab kata pakar pemakanan tu lagi klu terlebih amik pun tak per namanya pun dah supplement -makanan tambahan klu lebih dia leh produce dalam badan dan keluarkan semula secara semula jadi..klu kurang tu yang masalahnya sebab kita tak pernah tampong yang kurang tu sebab tu ada setengah ibu ibu yang amalkan supplement set breastfeeding tu ada yang kata tak byk susu jugak sebab ibu ibu tak buat pemeriksaan dan tak tau apa yang kurang dalam badan kita... sorry erk syim sekadar berkongsi apa yang syim tau jer sebab ada gak terbaca ada amik shaklee tp tak berkesan.. tu yang heran tu...
    (ewah aku ni ..kang ada pulak yang memarah aku ni... sorry erk takut gak ni- kang ada pandang -ve kat syim-syim sekadar berkongsi info jer erk kalau syim salah tolong betoikan...

      • Iffa Anuar 
        Noor Hasyimah Binti Idris: Syim, car sticker dah dapat!! TQ, Wah siap ada pamphlet Shaklee lagi dalam tu, Syim pun dah jadi dealer eik, sbb ada number Syim dalam pamhplet tu.. Hari tu rasa Syim cam ade Post Syim amek Usana juge.. wah bany...See More

        3 hours ago · 

      • Rafiza UmmuFatimah eh, syim byk nya try, camana syim tau berkesan ke tidak..? setahu sy kena try satu2 dlm satu masa tertentu, br nampak kesan..tapi kalau badan syim boleh terima, terpulangla..
        3 hours ago · 

      • Fauziah Chilun syim - syim pun tunggu gak comment dr shaklee dealer ni takut gak ni sebab syim dah pernah beli bf set (trial pack) utk makcik. Iffa - Syim, car sticker dah dapat!! TQ. Wah siap ada pamphlet Shaklee lagi dalam tu, Syim pun dah jadi dealer eik, sbb ada number Syim dalam pamhplet tu.. Hari tu rasa Syim cam ade Post Syim amek Usana juge.. --> say anak tanya syim naper yer cakap berbalik2? kejap ada order... kejap jadi dealer? mcm ada hidden agenda jerk... :) boleh syim tolong jelaskan?
        2 hours ago ·  ·  1 person
  • Post ini agak menimbulkan kekecohan di KIM pada hari ini, tetapi Iffa memang tidak mahu memberi komen secara terus kerana, terlalu banyak lontaran sebegini yang telah di campakkan kepada kumpulan Shaklee Trial Pack.. Tidak kira dengan berniat baik atau berniat kurang baik... WallahuAlam..

    Sekadar ingin menguraikan keraguan ibu-ibu, Pengasas Shaklee Trial Pack telah membuat satu special Post di KIM untuk meleraikan kekusutan yang disuarakan oleh Puan Syim. 



    • Nnorita Ibu AddinNasa
      Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang menulis isu ini. 
      Sepuluh tahun saya dalam bidang pemakanan. Saya merawat saya migraine teruk saya dengan vitamin. Saya merawat kudis dan luka akibat allergic melalui vitamin dan saya merawat jerawat saya juga dengan menjaga pemakanan. So saya akan advise mereka yang nak makan vitamin melalui buku yang saya baca dan bukan untuk keuntungan semata-mata. Saya menjadikan vitamin (makanan ) sebagai ubat saya dan bukan bergantung dengan ubat (drugs) sebagai makanan saya.

      So saya akan kupas secara ringkas komen yang saya pecahkan kepada 3 ini: 

      1. tak boleh di pack kan sekali lagi once dah bukak dr botol tak boleh dijual balik utk masuk dalam plastik.. concept tu salah kata nya... sebab shaklee product bukan ubat tp supplement
      Ada ramai doc dalam Shaklee yang buka klinik sendiri...mereka juga jual loose pack pada patient mengikut kemampuan patient sendiri. Even contoh paling senang seorang Master Shaklee yang juga doctor iaitu Master Phang..... beliau mulakan Shaklee dengan trial pack supaya lebih ramai mencuba dan mampu mencuba. Hanya dengan trial pack ramai yang boleh cuba. Banyak farmasi Cina yang saya jumpa jual B com brand Shaklee.

      2. lagi satu kata dia lagi yang set trial breastfeeding tu kata nya... tak de pun kalsium macam mana boleh consider sebagai breastfeeding sebab katanya ibu yang menyusu kena amik kalsium

      Sebab tu sebelum cakap kena ada ilmu , dalam Alfalfa ada kandungan kalsium....kalau nak kalsium yang lebih mencukupi ikut keperluan, amik set E. Memang sah2 wujud set ini dari GBS (Geng Biz Shaklee)....so ikut budget customer...kalau dia mampu bayar sikit, maka kuantiti kalsium yang dia dapat hanya pada Alfalfa. Ada sesetengah ibu memang amik cukup kalsium dari banyak sumber termasuk susu....so memadai dengan kandungan yang ada dalam alfalfa.

      3. biar terlebih tp jgn terkurang .. sebab kata pakar pemakanan tu lagi klu terlebih amik pun tak per namanya pun dah supplement -makanan tambahan klu lebih dia leh produce dalam badan dan keluarkan semula secara semula jadi..klu kurang tu yang masalahnya sebab kita tak pernah tampong yang kurang tu

      Bukan semua vitamin kita boleh amik banyak....so statement ni sangat TIDAK BETUL! Kadang-kadang ini adalah INI ADALAH MARKETING STRATEGY ...sbb bila kena makan mcm vitamin C 2 atau 3 biji sehari....maka sah2 la lagi 2 bulan depan dah kena beli lagi kan? Walhal kita suggest makan ikut botol dan makan double atau triple masa tak sihat. Even B complex makan lebih bila kita terlalu penat atau stress, but normal intake still 1 a day. Vitamin E, Beta carotene boleh menghasilkan toksik dalam dalam apabila berlebihan..



      Last but not least : petikan kata kawan saya ,
      Ikhlas tanpa menindas mana2 pihak, Allah akan lapangkan lebih lagi rezeki buat kita..Sekiranya kita menabur pasir diperiuk nasi orang, suatu hari pasir itu akan kembali kepada periuk nasi kita sendiri......buat yang berniaga, pastikan perniagaan anda TIDAK MENJATUHKAN ORANG LAIN kerana hasil itulah yang akan jadi darah daging anak kita melalui susuibu dan hasil beli makanan dari duit tadi. Saya belajar dari peniaga yang meniaga dengan menjatuhkan orang lain, kesian, ada nak hisap ganja, kena tangkap polis....NAUZUBILLAH. saya harap ALLAH jauhkan kita dan anak kita dari semua ini
      .
    • Baiklah, Iffa harap persoalan ini sudah dileraikan dan Iffa sangat happy kerana ia berkesudahan dengan baik dan penuh berhemah.. 

      Pesan Prof Dr Muhaya dalam rancangan Bicara Mata Ke Hati:
      "Setiap apa yang kita buat dalam dunia ini haruslah dengan ilmu, Makan dengan Ilmu, Bercakap dengan Ilmu, Beribadah dengan Ilmu..."


      Sharing is Caring!
      IffaAnuar @fw-shaklee2u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More