Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Saturday, July 16, 2011

[KPSI] – Jamu & Susu Ibu

Ibu yang menyusukan anaknya  boleh mengurangkan berat badan apabila bayinya berusia tiga hingga enam bulan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusukan bayinya tetapi hanya mengurangkan kalori.

Jamu dan Susu IbuKajian lain menyatakan ibu yang menyusukan bayi selepas sebulan bersalin berupaya mengecilkan pinggul dan mengurangkan berat badan berbanding wanita yang memberi bayinya susu formula.

Menyentuh tentang penggunaan jamu, ada banyak pertikaian oleh pengamal perubatan. Menurut Dr. Ruth Lawrence(Professor of Pediattrics, Obstetrics & Gynecology, Univesity of Rochester School of Medicine & Dentistry), herba sama seperti ubat-ubatan yang perlu digunakan dengan berhati-hati.

Walaupun ia semulajadi, tidak semua herba selamat digunakan oleh ibu yang menyusukan badan. Kebanyakan herba mempunyai kandungan yang memberi kesan sama seperti ubat-ubatan lain yang boleh menyerap ke dalam susu dan boleh memudaratkan ibu dan bayi.

Memandangkan kandungan dalam setiap herba adalah berlainan antara satu sama lain, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Adalah penting untuk anda mengenalpasti herba yang baik untuk penyusuan dan sebaliknya. Laman ini mungkin dapat membantu: Kellymom.Com

Dalam pada itu, masih tidak diketahui kaitan di antara jaundis dan penggunaan jamu. Sebaik-baiknya anda perlu menangguhkan dulu pengambilan jamu sehinggalah bayi berumur dua bulan untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul akibat jamu yang diambil.

Adalah baik jika anda dan mana-mana ibu yang menyusukan badan tidak mengambil jamu sembarangan terutamanya jamu yang tidak dilabel dan tidak diketahui kesahihan kandungannya.


Pointing upINFO:

Walaupun herba/jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat, terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu yang melalui susu ibu dan berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusuinya.

Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui di dalam fenugreek boleh mempunyai kesan yang sangat kuat pada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.

Jika ibu mengambil fenugreek secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala ini. Ini kerana pengaruh dan konsentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil dan suplemen makanan dapat berubah-ubah. Oleh itu, ibu menyusui harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba ataupun jamu.


Sukakan artikel ini? Ingin kongsikannya? Boleh tapi jangan lupa di akhir entry anda sertakan Pesanan Penaja dibawah. Link: http://www.facebook.com/ShakleeOSC

Pesanan Penaja Medela Freestyle Percuma di Shaklee One Stop Centre

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More