Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, July 8, 2011

[KPSI] - Susu Ibu Bantu Perkembangan Bayi Pramatang

Susu ibu diakui terbaik untuk bayi. Begitu juga untuk si kecil pramatang. Biarpun sukar untuk menyusukannya, kesungguhan ibu dapat memastikan bayi terus membesar dengan sihat.

Lazimnya, ibu yang melahirkan bayi pramatang mengalami konflik emosi. Perasaannya berbelah-bahagi sama ada mahu menyusukan bayi ataupun tidak lantaran terlalu memikirkan nasib anak yang mempunyai 50-50 peluang untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun tidak berupaya untuk menyusukan bayi secara terus, ibu tetap perlu memerah payu dara sebaik melahirkan. Hal ini kerana susu perahan itulah yang akan membantu bayi meneruskan kehidupannya.

Sebagai permulaan, ibu perlu memberi kolostrum kepada bayi. Bayi pramatang secara umumnya menghadapi kesukaran untuk menyusu terus dari ibunya. Ini kerana otak bayi masih belum matang untuk mengendalikan keupayaan menghisap dan menelan. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Oleh itu, teknik gavage feeding biasanya digunakan, di mana tiub akan dipasang dari hidung terus ke perut bayi. Biarpun kolostrum pekat, ia berupaya untuk dialirkan ke perut bayi dengan bantuan graviti.

Pemberian kolostrum sangat penting bagi bayi pramatang kerana selain memberi perlindungan pertama dari jangkitan penyakit, ia turut mengandungi modular tumbesaran yang membantu sistem penghadaman bayo untuk bersedia menerima pemakanan melalui mulut dengan lebih cepat.

Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diberi susu formula akan muntah dengan lebih kerap dan terpaksa meneruskan pengambilan makanan melalui tiub lebih lama. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Ketika memerah susu, ibu digalakkan melakukannya berhampiran bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi boleh membantu ibu dalam proses memerah susu. Apabila ibu memerah susu dan pada masa yang sama melihat bayi, pasti akan terbit rasa keibuan sekali gus menjadikan proses mengepam menjadi lancar. Sebaliknya, jika berasingan daripada bayi, susu sukar keluar akibat ibu stress dan asyik memikirkan keadaan bayi.

Setelah ibu dibenarkan keluar hospital, ibu masih perlu terus mengepam di rumah. Di rumah ibu perlu mengepam 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Kesan ransangan yang kerap, pengeluaran susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.

Menyentuh tentang pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang, aspek kebersihan perlu diutamakan. Untuk itu, setiap kali sebelum mengepam, tangan perlu dicuci. Selesai mengepam, susu perlu disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.

Susu perahan yang hendak dibekalkan kepada bayi setiap hari perlulah segar. Oleh kerana itulah lebih baik jika jarak hospital dan rumah berdekatan. Jadi mudahlah urusan penghantaran susu dibuat.

Tidak Cukup Berat
Namun, ada kajian di luar negara menyatakan penggunaan susu perahan susu akhir ibu(hindmilk) boleh membantu bayi pramatang yang amat kurang berat lahirnya. Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu memerah keluar susu awalnye(foremilk) terlebih dahulu dan disimpan secara berasingan untuk kegunaan akan datang. Kemudian susu akhirnya dikumpul dalam bekas yang akan dihantar ke hospital.

Kandungan susu akhir didapati mengandungi lemak, vitamin, protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding susu awal. Jadi, penggunaan susu akhir ini dapat mempercepatkan pertambahan berat bayi.

Dalam beberapa kajian didapati bayi berumur seawal 32 minggu (usia kandungan) dengan berat 1100g sudah boleh menyusu terus ke payu dara. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi pramatang memulakan penyusuan pertamanya secara efektif pada umut dan berat yang lebih sedikit daripada ini.

Anda dapati artikel ini sangat informatif dan bagus untuk dikongsikan? Ya, sila kongsikan tetapi jangan lupa, diakhir entry anda untuk meletakkan pesanan penaja ini:

Pesanan Penaja: Ingin berikan yang TERBAIK kepada anak anda? Impikan memiliki sebuah Medela Freestyle tetapi mempunyai kekangan? Dapatkan ia secara PERCUMA. Klik Di Sini untuk mengetahui Lebih Lanjut!

Sharing is Caring!
IffahAnuar @SOSC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More