Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label ALAHAN/ALLERGY. Show all posts
Showing posts with label ALAHAN/ALLERGY. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Definisi “The More You Give, The More You Gain” dalam hidup saya…

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, rasa hati ini semakin berbunga-bunga sejak pulang dari Kuching. Benarlah apa yang selama ini saya pegang: “The More You Give, The More You Gain”. Syukur kepada Allah kerana memberikan saya ketabahan dan kelapangan hati untuk melakukannya. Semalam hati terdetik untuk melihat mailbox di rumah, ada suratlah! From Shaklee! Wah, bonus statement dah lame sampai, surat apa pula ini!! Excited! (Yang Pastinya bukan WARNING Letter!)
IMG_0669[1]
Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga dapat RM 500 Product Shaklee. Apakah productnya saya pun kurang pasti perlu redeem di branch. nanti saya update Smile
Hari ini, saya dapat missed call dari mama & adik saya, Nazira atau lebih mesra saya panggil Che’Ya… Bila saya try call semula, tidak berjawab. Hati dah mula berfikir cemas. Selang beberapa minit adik call semula:
“Emak kata Ira menang duit Shaklee”
“Ooo.. Ira dapat jugak! Alhamdulillah, Spot The Car Contest tu..dapat RM 500 produk Shaklee”
Syukur Alhamdulillah… rezeki kami dua beradik! Terima kasih Ya Allah kerana memberi taufiq & hidayah kepada Shaklee Road Cruisers untuk memilih kami menjadi pemenangnya…
Selesai berkongsi kegembiraan! 

Jom, Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!!

IffahAnuar

Wednesday, November 30, 2011

Ekzema: Mimpi Ngeri Ibu Bapa!

Apa itu ekzema?

eczema

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawatpengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Dipetik dari: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ekzema/

Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!

IffahAnuar

 

Friday, January 21, 2011

Anda Tanya - Iffa Jawab: Vitamin untuk Masalah Allergy/Alahan, Sinus/Resdung, Asthma, Hives/Gelegata & Eczema


Segmen Anda Tanya Iffa Jawab.


Apakah pula soalan hari ini?
Salam,
En Fahim, saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian produk ini.Penghantaran akan sampai dalam masa berapa hari. Adakah Vit C sesuai untuk merawat resdung.Terima kasih.
Nur
En. Fahim? Ini adalah perkara lazim dalam email atau sms yang Iffa terima, tidak mengapa. Buat pengetahuan semua, Faheem ialah putera hati Iffa yang pertama, no dua..InsyaAllah jika kesihatan mengizinkan akan menyusul... hehe


Ok, berbalik kepada persoalan dari Puan Nur? Adakah Vitamin C sesuai untuk merawat resdung? Seperti yang kita semua sedia maklum, Vitamin C merupakan satu nutrient  penting dalam meningkatkan imuniti tubuh badan kita dan juga bertindak sebangai antioksidan.Vitamin C dan Kulit pula ibarat isi dengan kuku dan sememangya well-known kepentingannya dalam penjagaan kulit harian. Jika ada yang perasan Iffa ada share pamphlet on Set Shaklee yang InsyaAllah dapat membantu mereka yang bermasalah Resdung/Sinus, Asthma, Gegata, Allergy dan Eczema, atau lebih famous dengan nama Set G (ASAHE) di Page FW.( Masa awal2 buat Shaklee)


Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai supplement Shaklee yang boleh membantu masalah ASAHE ini, mari kita dekati satu persatu masalah 5 serangkai ini.. Apakah ia, bagaimana rupa bentuk atau simptom-simptom kelima-lima penyakit serangkai ini.


PENYAKIT PENERANGAN RINGKAS
ALLERGY/ALAHAN
Allergic Reaction


Suatu alergi merujuk pada suatu reaksi berlebihan oleh sistem kekebalan tubuh kita dalam merespon kepada zat-zat asing tertentu. Hal ini berlebihan kerana zat asing biasanya terlihat oleh tubuh sebagai tidak berbahaya dan ini tidak berlaku pada orang tidak mengalami masalah allergy/alahan.
Baca lebih lanjut tentang Allergy di sini:
  1. Medicinenet/Allergy
  2. Wikipedia/Allergy
SINUS/ RESDUNG

Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanakkanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:  
  • Radang sinus akut  
  • Radang sinus kronik
Baca lebih lanjut tentang Resdung di sini:
  1. Medicinenet/Sinus
  2. Infosihat/Sinus
ASTHMA

Mengikut En Wiki,
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Baca lebih lanjut tentang Asthma di sini:
  1. Wikipedia/Asthma
  2. Medicinenet.com/Asthma
HIVES/GELEGATA Hives/Gelegata

Gatal-gatal(gelagata atau dalam perubatan dikenali sebagai urtikaria) adalah merah, gatal, mengangkat kawasan kulit yang muncul dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia berbagai saiz dari beberapa milimeter sampai beberapa inci diameter. Gatal-gatal boleh bulat, atau ia boleh membentuk cincin atau patch besar. Bercak (bekas), lesi merah dengan "suar" merah di sempadan adalah antara tanda-tanda gelagata. Gatal-gatal boleh berlaku di mana sahaja pada tubuh, seperti lengan, dan kaki.

Baca lebih lanjut tentang Hives/Gelagata di sini:
  1. Wikipedia/Hives
  2. Medicinenet/Hives
ECZEMA
Eczema

Eksim adalah istilah umum untuk berbagai jenis peradangan kulit, juga dikenali sebagai dermatitis. Bentuk yang paling umum eksim adalah dermatitis atopik (beberapa orang menggunakan kedua-dua istilah ini secara bergantian). Namun, ada berbagai bentuk eksim.
Eksim boleh mempengaruhi orang-orang dari segala usia, walaupun keadaan ini paling umum pada bayi, dan sekitar 85% orang memiliki sebuah onset sebelum usia 5 tahun. Eksim kekal akan menyelesaikan melalui usia 3 di sekitar separuh dari bayi yang terkena kesan. Di negara-negara lain, keadaan cenderung kambuh sepanjang hidup. Orang dengan eksim sering mempunyai sejarah keluarga keadaan atau daripada keluarga keadaan alergi lain, seperti asma atau demam. Sampai dengan 20% kanak-kanak dan 1% -2% dari orang dewasa yang dipercayai mempunyai eksim. Eksim sedikit lebih umum pada anak perempuan daripada anak laki-laki. Ini terjadi pada orang dari semua bangsa.
Eczema adalah istilah umum untuk berbagai jenis peradangan kulit, juga dikenali sebagai dermatitis. Bentuk yang paling umum eczema adalah dermatitis atopik (beberapa orang menggunakan kedua-dua istilah ini secara bergantian). Namun, ada berbagai bentuk eczema.

Eczema boleh berlaku kepada pelbagai lapisan usia, walaupun keadaan ini paling umum pada bayi, dan sekitar 85% orang memiliki onset sebelum usia 5 tahun. Eczema kekal akan mula hilang ketika usia 3 tahun mengikut purata separuh dari bayi yang terkena kesan. Ada juga yang menghidap eczema seumur hidup.



Pesakit eczema sering mempunyai sejarah keluarga atau daripada keluarga yang mempunyai alergi lain, seperti asma atau hay fever. Eczema lebih cenderung berlaku kepada anak perempuan daripada anak laki-laki. Ini terjadi pada orang dari semua bangsa.


Baca lebih lanjut tentang Eczema di sini:
  1. Wikipedia/Eczema
  2. Medicinenet/Eczema 


Mari Iffa ceritakan di sini pula, Set G or ASAHE Set ini mengandungi 3 Supplement penting yang berkhasiat untuk mengurangkan masalah ASAHE. Apakah supplement itu dan mengapa ia termasuk di dalam kategori perawatan ASAHE?Untuk Trial Pack Selama 30 hari:
  1.  Vitamin C (60 tablets)
  2. B-Complex (30 tablets)
  3. Alfalfa (120 tablets)
Supplement Fungsi
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage(Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan oksigenasi(oxygenation) pada tissue-tissue dalam tubuh badan
  • Meningkatkan penyembuhan tissue
B Complex
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
Alfalfa
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
  • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). 
  • Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.


Bagi Trial Pack, harganya cuma RM 80 sahaja. Penghantaran adalah percuma dan Iffa ada special gift untuk anda semua. Bagi mereka yang ingin mendapatkan Full pack:
  1. Vitamin C: 180 tablets (3 bulan) - RM 74
  2. B-Complex: 120 tablets (4 bulan) - RM 43
  3. Alfalfa: 330 tablets (3 bulan) - RM 43
Caj penghantaran bagi Full Pack ialah RM 10, jadi jumlah harga bagi Full pack Set G/ASAHE ialah RM 170.


Wah, rasanya..macam habis satu perut google Iffa jelajah hari ini. Harap Iffa dapat membantu anda di luar sana..


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Wednesday, December 29, 2010

Ini cerita saya...

“Saya sendiri telah mencubanya. Alhamdulillah dengan izin Allah, set Trial Pack ini benar-benar memberikan kesan positif kepada saya.” 


Saya adalah pesakit SLE. Symptom SLE menyerang semula 2 minggu selepas saya melahirkan anak sulung saya, Faheem. Dosage intake steroid saya telah dinaikkan dr 10mg/sehari kepada 50mg/sehari. Kesan pengambilan steroid bukan sahaja dirasai oleh saya malah turut menjejaskan baby Faheem, Atas nasihat dari Paed, saya diminta agar mengurangkan penyusuan badan, dalam erti kata lain, mula memberi formula milk kepada baby Faheem.

Muhammad FaheemFaheem



Muhammad FaheemFaheem & Ummi


Hanya Allah yang tahu, bagaimana sedihnya saya tatkala mendegar kata-kata Paed, tapi saya tak bolehla selfishkan? Jika susu badan saya memudaratkan baby Faheem… Maka, saya akur dengan saranan Paed dan Alhamdulillah baby Faheem kembali pulih. Akibat dari itu, susu badan saya semakin berkurangan. 
Apabila mula berkerja,  saya pump susu untuk membuat stock baby Faheem. Tapi alahai sedihnya apabila setiap kali pump, 1/2 –1 oz saje yg saya dapat. Macam2 petua saya dah cube, bila di makan/minum bertambah susu tapi bila berhenti, susu berkurang.


Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 insan yang istimewa, kedua2nya rakan sepejabat saya (Seorang LC, Seorang Independent Distributor Shaklee). Byk ilmu yg saya peroleh dari mereka. Tips2 dlm persediaan untuk breastfeeding. Cara yang betul untuk pump susu dan pelbagai lagi… Tapi yang paling berharga bagi saya...apabila diintroduce oleh K.Cery dgn Set B Trial Pack Shaklee. Mula2 mmg rasa mcm x percaya, tapi Allah gerakkan hati saya untuk mecuba. Dalam case sy ni special sikit, saya x ble consume Alfalfa kerana pesakit SLE tidak digalakkan mengambilnya, jadi saya tukarkan dengan OsteMatrix. K Cery juge, suggest utk sy ambil ESP bg bantu produktiviti susu disamping meningkatkan energy (yelah keje as jurutera ni, mmg perlu super duper extra energy)


Alhamdulillah, saya amat berpuas hati. Minggu pertama selepas consume Trial pack+ESP, susu utk baby Faheem makin pekat, masa baby Faheem menyusu pun makin singkat (Bila susu pekat, baby kita cepat kenyang). Hari demi hari, berkat istiqamah dlm memastikan sy pump 3/4 kali di office + 1/2 kali dirumah malam hari dan juge berterusan consume trial pack Shaklee+ESP, production susu sy semakin meningkat...dari 1oz, 5 oz, 8 oz dan siapa sangka sy berjaya pump sehingga 17-20 oz sehari. Alhamdulillah…syukur kepada Allah s.w.t.


Kerana berpuas hati, saya continue ambil Full Pack, membeli Full Pack Shaklee adalah tindakan yang bijak selain mendapat hasil yang positif, ia lebih menjimatkan kerana dijual pada harga Distributor(15% Less) dan boleh di ambil untuk tempoh 4-6 bulan. Sehingga kini, saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee kerana saya yakin dengan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada Shaklee product akan merubah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik. InsyaAllah.


Ini kisah saya, ibu2 diluar sana bagaimana? 


Salam Sayang, 
iffa@FW 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More