Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label KESUBURAN/REPRODUCTIVE. Show all posts
Showing posts with label KESUBURAN/REPRODUCTIVE. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

TESTIMONIAL!! HOt Dilla :Alfalfa bukan sekadar milk booster..tetapi akhirnya ia meredakan eczemaku, masalah sembelitku dan Woww..getting hot in bed

Salam semua ibu-ibu dan visitor-visitor yang tak jemu-jemu jengah fw-shaklee2u ni. Hari ini Iffa ceduk sikit entry mama Iffa ni.. Credit to MamaFaiz.com. Okey...direct to the point.. mari kita baca pengalaman Pn Dilla...diambil dari sini
_____________________________________________________________
1) Senjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!

2) Mama mengalami masalah sembelit dari sekolah lagi. Mama masih ingat, arwah opah Qaireen selalu cakap macam ni kalau mama dalam toilet "Dilla ko ni berak tahi batu ke?" tapi itulah kenyataannya. Bayangkan senjak dari dulu mama "terseksa" setiap kali nak membuang. Kadang2 tu sampai berdarah! Seminggu tak lebih dari 3 kali membuang. Tapi sekarang Alahmdulillah seminggu 4 ke 6 kali membuang, dan yang paling penting tiada lagi darah yang keluar.

3) Mama juga salah seorang yang mempunyai penyakit eczema. Mama mmg tidak boleh duduk di tempat2 yang kotor, ada rumput, berhabuk, berpasir dan banyak lagi. Malah cadar tilam mama pun, mama akan ganti setiap minggu. Tapi sekarang, Alhamdulillah..seronok sangat bila mama join SGM, sebab waktu SGM kami duduk di tikar yang dibentang atas rumput. Masalah bintik2 dan gatal2 mmg tiada.
________________________________________________________

Alhamdulillah... Alfalfa Complex telah membantu Dilla dalam masalah2 di atas..
Anda yg berminat ada dua pilihan.. membeli Full Pack or Trial Pack..


Full Pack ..Sebotol RM53 ( 330bj) atau dlm botol besar RM88 ( 700bj). Harga termasuk kos penghantaran dan diskaun 15%

OR

Trial Pack cuma RM80 (didalamnya mengandungi 30bj Vitamin C, 30 bj B Complex, 30 Bj Vitalea dan 90 bj Alfalfa)..Jadi anda mendapat kesihatan menyeluruh... Harga termasuk delivery dan free gift dan jadual mkn



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Thursday, February 24, 2011

EDISI KHAS LELAKI:Vitamin E Kurangkan Risiko Kanser Prostat

Salam semua pengunjung-pengunjung setia FW-Shaklee2U... kita masih lagi membincangkan topik yang berkaitan dengan kesuburan dan reproduktif system. Jika entry yang lepas Iffa telah ceritakan tentang Hormon yang berkaitan wanita, hari ini, Iffa ingin bercerita sedikit tentang perihal orang lelaki, sakit yang menjadi pembunuh No-2 lelaki, iaitu Kanser Prostat! (tak salahkan jika kita ambil tahu, sebab ia juga merupakan ilmu - dan sangat penting!)


Kenapa tiba-tiba nak tulis entry tentang kanser prostat? Hari ini, Iffa baca majalah iSIHAT, dah Iffa terbaca satu fakta menarik tentang Vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Iffa ada snap gambar from majalah iSIHAT: 




Jadi apa yang ingin Iffa tekankan buat kaum lelaki berdasarkan artikel dari iSIHAT:
  1. Kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan Vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok.
  2. Vitamin E berperanan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki dalam erti kata lain meningkatkan kesuburan lelaki.
Sewaktu Iffa mencari info tentang kanser prostat, Iffa terjumpa dengan statement yang Iffa rasa crucial untuk kaum adam semua tahu..

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanser prostat biasanya dihidapi oleh lelaki yang berumur 55 tahun ke atas, manakala purata usia pesakit semasa diagnosis adalah 70. Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki berkulit hitam daripada lelaki-lelaki berkulit putih. Hakikatnya, kebanyakan lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat mempunyai kadar kanser prostat yang tinggi di dunia. 
Para saintis sedang mengkaji kesan-kesan diet. Beberapa bukti menunjukkan bahawa diet berlemak tinggi meningkatkan risiko mendapat kanser prostat, tetapi ini belum lagi dapat dibuktikan. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa lelaki-lelaki yang terdedah kepada logam kadmium semasa pengimpalan, penyaduran elektrik, atau membuat bateri mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut. Pekerja-pekerja di industri getah juga kelihatan lebih kerap menghidap kanser prostat




Iffa mulakan dengan sedikit pengenalan tentang apa itu Prostat. Jika di google banyak sebenarnya Info tentang topic ini, Iffa just nak summarizekan agar ia lebih mudah difahami. PROSTAT(refer gambar) adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.


Next, kita akan mula mengenali lebih dekat lagi, apakah kanser prostat. Kanser prostat yang baru bermula seringkali tidak menunjukkan tanda-tanda. Apabila tanda-tandanya muncul, ia
mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:






Mereka yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu berjumpa doktor atau pakar urologi. Hanya doktor sahaja yang dapat menentukan samada tanda-tanda tersebut adalah disebabkan oleh kanser prostat, BPH(benign prostatic hyperplasia), atau keadaan-keadaan lain seperti jangkitan atau batu karang di dalam prostat.


STAGING 



Staging adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui samada kanser tersebut telah merebak dan menentukan bahagian badan yang telah dijangkiti. Kaedah rawatan bergantung kepada keputusan ujian ini. Pihak doktor mungkin menggunakan berbagai-bagai ujian termasuk yang berikut, untuk mengetahui tahap penyakit tersebut:
  1. Ujian-ujian makmal untuk memeriksa kadar PSA dan PAP dalam darah.
  2. Jika transrektal ultrasonografi belum dilakukan, prosedur ini mungkin menjadi sebahagian daripada proses staging.
  3. Doktor mungkin mengarahkan imbasan CT atau CAT dijalankan untuk mendapatkan satu rangkaian gambar-gambar terperinci bahagian-bahagian dalam badan. Doktor boleh memeriksa imbasan CT untuk memastikan benjolan-benjolan limfa, yang mungkin bermakna kanser tersebut telah merebak. Dalam prosedur MRI pula, komputer menghasilkan gambar-gambar prostat dan benjolan limfa yang berhampiran menggunakan magnet yang berkuasa tinggi. 
  4. Imbasan tulang menunjukkan kawasan-kawasan perkembangan yang pantas dalam tulang. Bahan-bahan radioaktif yang disuntik ke dalam aliran darah berkumpul di kawasan-kawasan ini. Satu imbasan dilakukan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut dan merekodkannya di dalam filem. Perkembangan yang pantas dalam tulang-tulang mungkin menandakan bahawa kanser tersebut telah merebak, atau ia mungkin hasil daripada masalah-masalah lain dalam tulang.
  5. X-ray dada boleh menunjukkan samada kanser tersebut telah merebak ke bahagian paru-paru atau tidak.
Keputusankeputusan ujian-ujian ini dapat membantu pihak doktor membuat keputusan akan peringkat penyakit pesakit:


Peringkat A 
Kanser tidak dapat ditemui melalui pemeriksaan dubur tetapi ditemui semasa pembedahan untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil. Tumor pada peringkat A tidak merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat B
Tumor tersebut boleh dirasai semasa pemeriksaan dubur, tetapi kanser tersebut belum merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat C 
Kanser tersebut telah merebak keluar daripada prostat ke tisu-tisu berdekatan.


Peringkat D
Sel-sel kanser telah merebak ke limfa berhampiran atau ke bahagian-bahagian lain badan, selalunya ke tulang-tulang.

KAEDAH RAWATAN


Kaedah rawatan termasuk pembedahan, terapi radiasi dan terapi hormon atau gabungan
kaedah-kaedah tersebut.  


Pembedahan
Pembedahan yang dilakukan untuk membuang keseluruhan prostat dikenali sebagai prostatekomi. Ia dilakukan melalui salah satu daripada dua cara. 
  • Dalam prostatektomi retropubik, prostat tersebut dan limfa berdekatan dikeluarkan melalui pembedahan di perut. 
  • Dalam prostatektomi perineal, satu potongan dibuat diantara buah zakar dan dubur untuk mengeluarkan prostat. Limfa yang berhampiran kadangkala dikeluarkan melalui pembedahan yang berasingan di perut. 
Terapi Radiasi
Terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi). Sinaran tenaga tinggi digunakan untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan perkembangannya. Seperti pembedahan, terapi radiasi
memberi kesan hanya kepada sel-sel di kawasan yang dirawat. Selalunya radiasi tersebut datang dari mesin. Rawatan ini dipanggil terapi radiasi luaran. Sinaran tersebut diacukan kepada ketumbuhan tersebut dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Di beberapa pusat kanser, para doktor sedang mengkaji penggunaan terapi radiasi dalaman untuk pesakit-pesakit tertentu. Dalam rawatan bentuk ini, doktor menggunakan jarum suntikan untuk meletakkan bahan radioaktif di dalam atau berdekatan dengan tumor tersebut. Kadangkala, kedua-dua terapi radiasi luaran dan dalaman digunakan.

Terapi Hormon

Terapi hormon digunakan untuk merawat kanser prostat yang telah merebak kerana ia adalah terapi yang sistematik; ia boleh memberi kesan kepada sel-sel kanser di seluruh badan..

  • Salah satu bentuk terapi hormon adalah pembedahan untuk membuang testis. Pembedahan ini dipanggil orkiektomi, dan ia berfungsi menghapuskan punca utama hormon lelaki. Tanpa hormon-hormon ini perkembangan sel-sel kanser prostat akan menjadi perlahan. 
  • Dalam satu bentuk terapi hormon yang lain, pesakit-pesakit mengambil estrogen, iaitu hormon wanita untuk menghentikan testis daripada mengeluarkan testosteron.
Jadi, buat kaum adam, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati... Amalkan pengambilan Vitamin E dalam diet harian anda. Berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee? Boleh hubungi Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170..

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



Wednesday, February 16, 2011

EDISI KHAS LELAKI: Adakah Berbasikal Mengganggu Kesihatan Seksual atau Kesuburan Lelaki?

Lelaki berbasikal lasak melompat dari tebing.Lelaki yang kerap berbasikal sering mengadu sakit dan kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, maka persoalan sama ada duduk secara di atas pelana basikal itu membawa kesan jangka panjang kesihatan seksual, telah menjadi perkara yang diteliti secara saintifik. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan menunggang terlalu kerap boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 186 batu setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Satu kajian yang lebih baru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston mendapati yang lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk dua penanda kemandulan: kepekatan sperma yang rendah, dan jumlah sperma motil (sperma aktif) yang rendah.

Kedua-dua kajian itu bagaimanapun tidak mengukur kesuburan lelaki secara langsung. Lauren Wise, profesor madya epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Boston yang juga merupakan ketua penulis kajian Boston berkata, "Sekalipun keputusan kami disahkan dalam kajian-kajian lain, ia tidak jelas sama ada boleh atau sehingga ke tahap mana mutu air mani memberi gambaran masalah kesuburan (lelaki).''

Banyak kajian telah turut mengaitkan berbasikal dengan kadar mati pucuk dan disfungsi erektil yang lebih tinggi, disebabkan oleh tekanan tinggi pada saraf-saraf dan salur darah. Kebimbangan mengenai pelana tradisional menyekat aliran darah ke alat kelamin lelaki telah menyebabkan banyak pelana-pelana alternatif dihasilkan. Satu kajian pada tahun 2008 ke atas pegawai-pegawai polis yang menunggang basikal mendapati bahawa menukar pelana tanpa muncung yang panjang terkeluar memberi kurang tekanan pada kelangkang, meningkatkan aliran darah ke zakar, dan merendahkan risiko disfungsi erektil (mati pucuk).


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Sumber Asal: Laman Kesihatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More