Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Thursday, February 24, 2011

EDISI KHAS LELAKI:Vitamin E Kurangkan Risiko Kanser Prostat

Salam semua pengunjung-pengunjung setia FW-Shaklee2U... kita masih lagi membincangkan topik yang berkaitan dengan kesuburan dan reproduktif system. Jika entry yang lepas Iffa telah ceritakan tentang Hormon yang berkaitan wanita, hari ini, Iffa ingin bercerita sedikit tentang perihal orang lelaki, sakit yang menjadi pembunuh No-2 lelaki, iaitu Kanser Prostat! (tak salahkan jika kita ambil tahu, sebab ia juga merupakan ilmu - dan sangat penting!)


Kenapa tiba-tiba nak tulis entry tentang kanser prostat? Hari ini, Iffa baca majalah iSIHAT, dah Iffa terbaca satu fakta menarik tentang Vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Iffa ada snap gambar from majalah iSIHAT: 




Jadi apa yang ingin Iffa tekankan buat kaum lelaki berdasarkan artikel dari iSIHAT:
  1. Kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan Vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok.
  2. Vitamin E berperanan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki dalam erti kata lain meningkatkan kesuburan lelaki.
Sewaktu Iffa mencari info tentang kanser prostat, Iffa terjumpa dengan statement yang Iffa rasa crucial untuk kaum adam semua tahu..

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanser prostat biasanya dihidapi oleh lelaki yang berumur 55 tahun ke atas, manakala purata usia pesakit semasa diagnosis adalah 70. Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki berkulit hitam daripada lelaki-lelaki berkulit putih. Hakikatnya, kebanyakan lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat mempunyai kadar kanser prostat yang tinggi di dunia. 
Para saintis sedang mengkaji kesan-kesan diet. Beberapa bukti menunjukkan bahawa diet berlemak tinggi meningkatkan risiko mendapat kanser prostat, tetapi ini belum lagi dapat dibuktikan. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa lelaki-lelaki yang terdedah kepada logam kadmium semasa pengimpalan, penyaduran elektrik, atau membuat bateri mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut. Pekerja-pekerja di industri getah juga kelihatan lebih kerap menghidap kanser prostat




Iffa mulakan dengan sedikit pengenalan tentang apa itu Prostat. Jika di google banyak sebenarnya Info tentang topic ini, Iffa just nak summarizekan agar ia lebih mudah difahami. PROSTAT(refer gambar) adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.


Next, kita akan mula mengenali lebih dekat lagi, apakah kanser prostat. Kanser prostat yang baru bermula seringkali tidak menunjukkan tanda-tanda. Apabila tanda-tandanya muncul, ia
mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:






Mereka yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu berjumpa doktor atau pakar urologi. Hanya doktor sahaja yang dapat menentukan samada tanda-tanda tersebut adalah disebabkan oleh kanser prostat, BPH(benign prostatic hyperplasia), atau keadaan-keadaan lain seperti jangkitan atau batu karang di dalam prostat.


STAGING 



Staging adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui samada kanser tersebut telah merebak dan menentukan bahagian badan yang telah dijangkiti. Kaedah rawatan bergantung kepada keputusan ujian ini. Pihak doktor mungkin menggunakan berbagai-bagai ujian termasuk yang berikut, untuk mengetahui tahap penyakit tersebut:
  1. Ujian-ujian makmal untuk memeriksa kadar PSA dan PAP dalam darah.
  2. Jika transrektal ultrasonografi belum dilakukan, prosedur ini mungkin menjadi sebahagian daripada proses staging.
  3. Doktor mungkin mengarahkan imbasan CT atau CAT dijalankan untuk mendapatkan satu rangkaian gambar-gambar terperinci bahagian-bahagian dalam badan. Doktor boleh memeriksa imbasan CT untuk memastikan benjolan-benjolan limfa, yang mungkin bermakna kanser tersebut telah merebak. Dalam prosedur MRI pula, komputer menghasilkan gambar-gambar prostat dan benjolan limfa yang berhampiran menggunakan magnet yang berkuasa tinggi. 
  4. Imbasan tulang menunjukkan kawasan-kawasan perkembangan yang pantas dalam tulang. Bahan-bahan radioaktif yang disuntik ke dalam aliran darah berkumpul di kawasan-kawasan ini. Satu imbasan dilakukan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut dan merekodkannya di dalam filem. Perkembangan yang pantas dalam tulang-tulang mungkin menandakan bahawa kanser tersebut telah merebak, atau ia mungkin hasil daripada masalah-masalah lain dalam tulang.
  5. X-ray dada boleh menunjukkan samada kanser tersebut telah merebak ke bahagian paru-paru atau tidak.
Keputusankeputusan ujian-ujian ini dapat membantu pihak doktor membuat keputusan akan peringkat penyakit pesakit:


Peringkat A 
Kanser tidak dapat ditemui melalui pemeriksaan dubur tetapi ditemui semasa pembedahan untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil. Tumor pada peringkat A tidak merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat B
Tumor tersebut boleh dirasai semasa pemeriksaan dubur, tetapi kanser tersebut belum merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.


Peringkat C 
Kanser tersebut telah merebak keluar daripada prostat ke tisu-tisu berdekatan.


Peringkat D
Sel-sel kanser telah merebak ke limfa berhampiran atau ke bahagian-bahagian lain badan, selalunya ke tulang-tulang.

KAEDAH RAWATAN


Kaedah rawatan termasuk pembedahan, terapi radiasi dan terapi hormon atau gabungan
kaedah-kaedah tersebut.  


Pembedahan
Pembedahan yang dilakukan untuk membuang keseluruhan prostat dikenali sebagai prostatekomi. Ia dilakukan melalui salah satu daripada dua cara. 
  • Dalam prostatektomi retropubik, prostat tersebut dan limfa berdekatan dikeluarkan melalui pembedahan di perut. 
  • Dalam prostatektomi perineal, satu potongan dibuat diantara buah zakar dan dubur untuk mengeluarkan prostat. Limfa yang berhampiran kadangkala dikeluarkan melalui pembedahan yang berasingan di perut. 
Terapi Radiasi
Terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi). Sinaran tenaga tinggi digunakan untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan perkembangannya. Seperti pembedahan, terapi radiasi
memberi kesan hanya kepada sel-sel di kawasan yang dirawat. Selalunya radiasi tersebut datang dari mesin. Rawatan ini dipanggil terapi radiasi luaran. Sinaran tersebut diacukan kepada ketumbuhan tersebut dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Di beberapa pusat kanser, para doktor sedang mengkaji penggunaan terapi radiasi dalaman untuk pesakit-pesakit tertentu. Dalam rawatan bentuk ini, doktor menggunakan jarum suntikan untuk meletakkan bahan radioaktif di dalam atau berdekatan dengan tumor tersebut. Kadangkala, kedua-dua terapi radiasi luaran dan dalaman digunakan.

Terapi Hormon

Terapi hormon digunakan untuk merawat kanser prostat yang telah merebak kerana ia adalah terapi yang sistematik; ia boleh memberi kesan kepada sel-sel kanser di seluruh badan..

  • Salah satu bentuk terapi hormon adalah pembedahan untuk membuang testis. Pembedahan ini dipanggil orkiektomi, dan ia berfungsi menghapuskan punca utama hormon lelaki. Tanpa hormon-hormon ini perkembangan sel-sel kanser prostat akan menjadi perlahan. 
  • Dalam satu bentuk terapi hormon yang lain, pesakit-pesakit mengambil estrogen, iaitu hormon wanita untuk menghentikan testis daripada mengeluarkan testosteron.
Jadi, buat kaum adam, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati... Amalkan pengambilan Vitamin E dalam diet harian anda. Berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee? Boleh hubungi Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170..

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More