Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, February 25, 2011

TIPS: Doa-Doa Amalan Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

Salam semua, entry ini Iffa ambil dari perkongsian Kak Hasmah di KIM.

Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Ingat tak 3 Perkara yang selalu Iffa tekankan untuk sukses dalam BF? Meh remind sekali lagi.. Dr Fadhilah Kamsah kate perlu remind 200 kali  baru orang boleh ingat.
  1. Fahami "Supply On Demand" Konsep..Lagi byk stimulasi & pengosongan breast dibuat, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
  2. Well Balance Diet and Healthy life style. Ambil makanan yang seimbang yang memenuhi nutrisi yang diperlukan ibu yang menyusukan anak. Jauhi stress atau atasinya dengan positif!
  3. Doa...doa...doaa... tidak boleh tinggal ye.. setiap usaha harus disulami dengan doa  dan bertawakal kepadanya dan juga ISTIQAMAH!
Baiklah..cukup setakat ini dulu ya..bagi ibu-ibu yang ada doa-doa atau amalan-amalan rohani untuk dikongsikan, jangan malu jangan segan, sila letakkan diruangan komen yaa..Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u


4 comments:

thanks iffa! nak print entry iffa ni ye lekat kat dinding :D

@MamaAiman

Silakan, sharing is Caring.. Alhamdulillah, dapat saya panjangkan perkongsian bila MamaAiman print nanti..

iffa,thanks for the info..insyaAllah akan diamalkan...

terima kasih di atas info yg begitu baik ni, saya pun seorang ibu dan baby baru 6 bln. InsyaAllah akan cuba dipraktikkan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More