Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label OBESITI/GEMUK. Show all posts
Showing posts with label OBESITI/GEMUK. Show all posts

Friday, February 11, 2011

DEMO: Lecithin Bantu Penurunan Berat Badan?

EKSPERIMENT:
BAGAIMANA LECITHIN MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN ANDA?
Salam pengunjung-pengunjung setia fw-shaklee2u. Mesti anda tidak sabar untuk melihat apakah hasil eksperimen yang Iffa buat dengan menggunakan Lecithin dari Shaklee. 


Eksperimen ini mudah sahaja. Apa yang anda perlukan adalah sebuah gelas berisi plain water, 5 sudu besar minyak masak, 2 kapsul Lecithin dan susu untuk mengacau. Ceh, macam nak mengajar kelas sains pula.


Jadi, Iffa akan tunjukkan step by step la ya macam mana Iffa buat eksperimen ni, dan sedikit explaination.
Sediakan Segelas cawan berisi Plain Water

  • Mula-mula, sediakan sebiji gelas berisi plain water
  • Kemudian tuangkan kira-kira 5 sudu besar minyak masak ke dalamnya
  • Perhatikan, air dan minyak akan membentuk 2 lapisan yang berasingan. Minyak yang kurang tumpat akan terapung di atas permukaan air.
Kacau campuran minyak dan air dengan sudu selama 30 saat.

  • Next, gunakan sudu untuk kacau campuran minyak dan air tadi selama 30 saat.
  • Perhatikan perubahannya.
Molekul minyak kelihatan ingin bercamtum semula

  • Mula-mula, kita akan lihat lapisan minyak yang asal telah berpecah kepada molekul-molekul yang besar, namun
  • Molekul-molekul minyak yang terpisah akan bersatu semula
Akhirnya kembali membentuk satu lapisan minyak

  • Dan akhirnya, minyak tadi kembali membentuk satu lapisan minyak.
Pecahkan 2 kapsul Lecithin ke dalam campuran minyak dan air

  • Pecahkan 2 kapsul lecithin kedalam campuran minyak dan air tadi.
  • Gunakan sudu untuk kacau selama 30 saat. Lihat perbezaannya
Molekul-molekul minyak yang terpisah lebih kecil

  • Selepas di kacau, kita akan dapat lihat molekul-molekul minyak terurai menjadi molekul-molekul yang lebih kecil dari campuran air dan minyak tanpa lecithin.
Lebih Jelas: Penguraian Molekul Minyak

  • Ini gambar yang lebih dekat dan jelas. Apabila minyak diurai kepada molekul yang lebih kecil, maka ini memudahkan penyerapan minyak atau lemak untuk disingkirkan dari tubuh.
  • Ini baru menggunakan 2 kapsul lecithin. Suggestion Intake Lecithin adalah 6 kapsul sehari. Boleh anda bayangkan bagaimana hasilnya?
Demo: 3 kapsul Lecithin!

  • Untuk puaskan hati sendiri, Iffa pecahkan satu lagi kapsul lecithin dan kacau lagi selama 30 saat.
  • Perhatikan perbezaan yang amat ketara!
  • Molekul minyak terurai lebih kecil berbanding menggunakan 2 kapsul
Demo: 3 kapsul Lecithin!

  • Iffa berpuas hati dengan eksperimen ini! Berjaya~
  • Marikan mulakan misi penurunan berat badan bersama Lecithin!!
Kesimpulan:
  • Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. 
  • Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.
  •  Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.
Jika anda adalah antara golongan yang prihatin dengan kesihatan anda..buatlah pesanan sekarang!


Atau hanya add on dengan mana-mana pembelian trial pack sempena promosi bulan february ini! Jangan tunggu lagi!


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Wednesday, February 9, 2011

HEALTHY WEIGHT: Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti


Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti - dari Laman Kesihatan



Bayi terlampau gemuk atau obes.Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 minggu berisiko

Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.

Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston.

"Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak," kata beliau.

Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.

Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 taun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.

Apabila bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.

Bagi bayi yang diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3 tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.

Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4 bulan.

Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan itu menjadi satu dari 20 sahaja.

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal.

Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.

"Tatkala ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga 'cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko obesiti mereka,'" kata Huh.

Dr. David McCormick, seorang pakar kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston, berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang mereka beri kepada bayi mereka.

"Saya rasa itu adalah apa ramai orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin sihat atau membesar lebih cepat," jelas McCormick, yang tidak terbabit dalam kajian tersebut.

"Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi terlebih berat," katanya. "Mereka makan lebih sedikit daripada yang mereka sepatutnya setiap hari."

Kajian tersebut menunjukkan berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, "ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti."

Lagi, katanya, "Kita tahu dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes."

HEALTHY WEIGHT: Mulakan Misi Penurunan Berat Badan dengan Ilmu di dada!

Are you ready to burn your calories? chewwah, macam serious je bunyi kan. Actually, Iffa adala terbaca dalam satu blog ni, tapi tak ingat dah yang mana.. katanya 90% orang yang cuba untuk kurus badan telah gagal kerana menggunakan cara yang salah untuk kurus. Ialah, kebanyakkaan dari masyarakat sekarang ini, suka mengikut-ikut. Pantang ada iklan produk X turunkan 10 KG dalam 7 Hari, Produk Z kurangkan 30 KG dalam masa 2 minggu, terus pakat beli berdozen-dozen tapi hasilnya, badan semakin gemuk, duit habis begitu sahaja.


Alahai, janganlah kita jadi pengguna yang cetek ilmu, dalami apa yang perlu untuk kita dapatkan hasil penurunan berat badan yang berkesan sebelum kita mencuba mana-mana misi menguruskan badan ni. Bukan apa, ketika Iffa pernah di admit masuk ke hospital kerana Steven Johnson Syndrome(Drug adverse Reaction).. keadaan Iffa waktu itu sangat kritikal dan doctor juga dah inform parent peluang untuk Iffa survive adalah tipis tapi Iffa bukan kena SJS sebab makan ubat kurus badan, darah Iffa x boleh terima drugs any types of pain killer. Apa kaitan SJS ni dengan kurus badan? Sebenarnya menurut doctor yang merawat Iffa, sebelum Iffa ada 2 kes SJS yang berlaku, satu patient ialah seorang pak cik tua(allergic voren if not mistaken) dan dia survive tapi seorang lagi adalah wanita malangnya beliau tidak survive. 


Apa yang berlaku kepada wanita ini? Cerita doktor, beliau mengambil pil kurus badan tanpa mengetahui apakah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ketika di masukkan ke hospital di Melaka, keadaan beliau telah kritikal dan telah berlaku kerosakkan pada hati dengan teruk dan menyebabkan beliau tidak mampu survive. Mari lihat macam mana SJS sebenarnya (Refer link ini). If anda semua recall, pernah seorang rakyat singapura maut akibat liposuction. macam-macam lagilah if kita buka semua arkib berita harian, utusan, metro dan sebagainya, tapi itulah akibatnya jika kita mencuba sesuatu yang berisiko tanpa mengkaji terlebih dahulu baik buruknya.


ISebagai awwalan infosharing on diet ini Iffa berikan beberapa contoh tentang konsep diet yang kurang tepat:


Contoh 1: Kurangkan makan (maksud di sini escape meal)

  • Apa sebenarnya terjadi?: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma turun mendadak. Lemak masih kekal.
  • Bagaimana Hasil Diet ini?: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama beberapa KG lagi sebagai saguhati. Kemungkinan mendapat penyakit GASTRIK sangat tinggi

Contoh 2: Mengambil Pil-pil pelangsingan badan
  • Apa sebenarnya terjadi?: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas dan mungkin ini yang berlaku kepada wanita malang yang Iffa mentioned di atas.
  • Bagaimana Hasil Diet ini?: Berat turun hanya pada peringkat awal, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali berganda-ganda dan gemuk semula berganda-ganda.
Contoh 3: Makan buah-buahan atau sayur-sayuran (Vegetarian)

  • Apa sebenarnya terjadi?: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
  • Bagaimana Hasil Diet ini?: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!

Contoh 4: Ambil produk dari syarikat baru

  • Apa sebenarnya terjadi?: Kredibiliti syarikat tidak terjamin. Kesan sampingan jangka panjang tidak diketahui.
  • Bagaimana Hasil Diet ini?: Wang habis begitu sahaja. Kesan sampingan jangka panjang (atau pendek) menyebabkan tahap kesihatan kita terjejas.

Sebenarnya kegemukan atau obesiti memang merupakan masalah kesihatan yang makin meruncing di Malaysia. Mengikut pakar pemakanan kita memerlukan lebih kurang 4000 kalori dalam diet harian kita untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap tetapi, pembakaran kalori secara purata bagi seorang lelaki dalam sehari ialah 2200 kalori manakala wanita 1800 kalori. Jadi lebihan 2000 kalori lagi itu ke mana perginya? Ia akan ditukarkan kepada simpanan lemak dalam badan, di sebabkan itu berat badan kita akan terus bertambah dan lama kelamaan bentuk badan menjadi kurang menarik.


Jadi bagaimana sepatutnya diet yang sihat?

  1. Bekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh, 
  2. Bina otot 
  3. Tingkatkan kadar metabolisma untuk lebih pembakaran kalori

Apakah hasil yang kita perolehi dengan amalan diet yang sihat ini?

  1. Otot terbina, lemak dibakar setiap hari, 
  2. Kerana tabiat nutrisi yang baik, badan lebih segar sepanjang hari, daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi.
Jadi, berhati-hatilah sebelum kita memulakan sesuatu program diet. Pastikan ia tidak memusnahkan kesihatan dan kebahagiaan kita. 

Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Saturday, January 15, 2011

EDISI KHAS LELAKI: 6 Penyebab Perut Anda Boroi~`

Salam semua, minta maaflah 2, 3 hari ni Iffa sedang sibuk menyiapkan Website baru Faheem's Wardrobe. Selalunya, Iffa target sehari Iffa ingin berkongsi 2-3 artikel tentang kesihatan dan Shaklee bersama pengunjung-pengunjung fw-shaklee2u. Tapi tidak mengapa, setelah selesai kerja Iffa nanti, akan Ifa concentrate semula dengan penulisan Iffa di sini.


Hari ini, Iffa tertarik dengan satu topik dalam Berita Harian, Page 14 (15/01/2011) "Pasang Badan - Ketahui rahsia miliki tubuh badan" Besar betul gambar weight scale yang ada dalam entry Berita Harian. Terpanggil Iffa untuk membaca lebih lanjut kerana INFO yang di highlight oleh penulis, Fairuz Zaidan.


INFO:
Kenapa lelaki boroi selepas kahwin?

  • Lelaki bujang tidak peduli soal pemakanan tetap, sedangkan apabila sudah berkahwin makan tersedia untuk sarapan pagi, tengah hari hinggalah ke malam.
  • Banyak masa dihabiskan di rumah. Lantas, secara tidak langsung tabiat makan membuatk-buak kerana asyik makan.
  • Kurang senaman atau menyertai aktiviti bersukan dengan rakan-rakan.
  • Kehidupan harian lelaki lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri ketika zaman bujang.
  • Tanggungjawab makin besar dan bebanan kerja semakin bertambah.


Macam manelah Iffa tidak bersetuju dengan artikel yang ditulis En Fairuz ni, Iffa lihat dengan jelas perubahan yang berlaku kepada Ayah, bapa saudara dan yang terdekat mestilah suami tercinta, sebelum dan selepas berkahwin. tambahan pula dengan berita dari dunia seni yang menggemparkan dengan kematian beberapa insan seni  seawal umur 30-an dan 40-an kerana serangan jantung, di mana silapnya ya jika bukan kerana Gaya hidup masyarakat Malaysia pada abad ke-21 ini yang semakin menjerumus ke arah gaya hidup yang kurang sihat.


Janganla marah atau terasa ya dengan entry Iffa ini, bukan kerana niat untuk menyindir atau sebagainya tetapi kerana sayang, Iffa lontarkan isu ini untuk Entry Edisi Khas Lelaki ini. Nyawa dan kesihatan itu suatu anugerah Allah yang teramat berharga dan tidak dapat dibeli dimana-mana kedai. Nabi S.A.W pun pernah berpesan kepada kita agar INGAT LIMA(5) PERKARA, SEBELUM DATANGNYA LIMA(5) PERKARA, apa ya ke-lima-lima perkara itu? Jom mari kita renungi nasyid kumpulan Raihan ni.


"SIHAT Sebelum SAKIT"
"MUDA Sebelum TUA"
"KAYA Sebelum MISKIN"
"LAPANG Sebelum SEMPIT"
"HIDUP Sebelum MATI"
Fairuz juga menggariskan "6 Sebab Kenapa Perut Mudah Boroi", mari kita lihat satu persatu faktor penyebab perut boroi ini dan mungkin ia memberikan kita Hint, tentang apa yang kita perlu lakukan untuk mengelak dan mengatasinya.
Sebab Pertama PESTA MAKAN
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa hakikatnya, ramai yang tidak mengamalkan diet yang betul. Konsep "Selagi Hidup, boleh Makan..Jangan tak makan", itulah sifat semulajadi yang tidak boleh dikawal. Lebih teruk lagi, jika kita tidak memahami keperluan diet yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kate orang, "Main bedal ajee" ikut hawa nafsu.
Sebab Ke-2 TEKANAN
Mungkin ramai yang tidak tahu tekanan yag melampau juga boleh mengakibatkan lemak bertambah terutama dibahagian perut. Tidur yang kurang juga menambahkan stress kepada tubuh badan. Jika anda tergolong dalam golongan yang mengalami masalah kegemukan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan menyebabkan kehilangan otot di bahagian perut. Nanti dari  Six Packs jadi 1 Pack la jawabnya.
Sebab Ke-3 MINUM TERLALU BANYAK
Biarpun elok minum lebih banyak air, namuk jika berlebihan akan menyebabkan masalah "Gemuk Air". Ini adalah akibat dari keseimbangan tubuh badan yang terjejas. Minum dengan terlalu banyak akan mendorong lemak berkembang di bahagian sekitar perut.
Sebab Ke-4 KURANG SENAMAN PERUT
Penting untuk mengekalkan latihan senaman perut terutama bagi mereka yang sering melakukannya. Jika dibiarkan, perut akan menjadi buncit atau boroi.
Sebab Ke-5 TIDAK CUKUP TIDUR
Nampak seakan mudah tetapi faktor kurang tidur menyebabkan peningkatan kortisol dalam sistem badan hingga mendorong lemak terkumpul dibahagian perut. Dapatkan tidur awal dan nikmati kepuasan tidur yang secukupnya.
Sebab Ke-6 TIDAK CUKUP MINUM AIR
Kalau minum terlalu banyak air boleh mengundang padah menjadikan perut buncit, kurang pengambilan air juga antara sebab mengapa perut menjadi lebih buncit. Kalau diselidiki mungkin faktor ini ada kebenarannya kerana kekenyangan disumbangkan oleh munu makanan semata-mata. Seeloknya minumlah 10 gelas air sehari (Tadi baru buat eksperimen, 10 gelas air ~ 2 liter air, sebab tu Iffa selalu remindkan Ibu-ibu untuk mengambil air 2-3 liter)

Baiklah, sebelum mengakhiri Edisi Khas Lelaki ini, Iffa sertakan satu sisipan link dari Utusan Malaysia tentang "Kegemukan dan Obesiti" sekadar renungan untuk anda semua baca dan fikir-fikirkan.


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More