Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Saturday, January 15, 2011

EDISI KHAS LELAKI: 6 Penyebab Perut Anda Boroi~`

Salam semua, minta maaflah 2, 3 hari ni Iffa sedang sibuk menyiapkan Website baru Faheem's Wardrobe. Selalunya, Iffa target sehari Iffa ingin berkongsi 2-3 artikel tentang kesihatan dan Shaklee bersama pengunjung-pengunjung fw-shaklee2u. Tapi tidak mengapa, setelah selesai kerja Iffa nanti, akan Ifa concentrate semula dengan penulisan Iffa di sini.


Hari ini, Iffa tertarik dengan satu topik dalam Berita Harian, Page 14 (15/01/2011) "Pasang Badan - Ketahui rahsia miliki tubuh badan" Besar betul gambar weight scale yang ada dalam entry Berita Harian. Terpanggil Iffa untuk membaca lebih lanjut kerana INFO yang di highlight oleh penulis, Fairuz Zaidan.


INFO:
Kenapa lelaki boroi selepas kahwin?

  • Lelaki bujang tidak peduli soal pemakanan tetap, sedangkan apabila sudah berkahwin makan tersedia untuk sarapan pagi, tengah hari hinggalah ke malam.
  • Banyak masa dihabiskan di rumah. Lantas, secara tidak langsung tabiat makan membuatk-buak kerana asyik makan.
  • Kurang senaman atau menyertai aktiviti bersukan dengan rakan-rakan.
  • Kehidupan harian lelaki lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri ketika zaman bujang.
  • Tanggungjawab makin besar dan bebanan kerja semakin bertambah.


Macam manelah Iffa tidak bersetuju dengan artikel yang ditulis En Fairuz ni, Iffa lihat dengan jelas perubahan yang berlaku kepada Ayah, bapa saudara dan yang terdekat mestilah suami tercinta, sebelum dan selepas berkahwin. tambahan pula dengan berita dari dunia seni yang menggemparkan dengan kematian beberapa insan seni  seawal umur 30-an dan 40-an kerana serangan jantung, di mana silapnya ya jika bukan kerana Gaya hidup masyarakat Malaysia pada abad ke-21 ini yang semakin menjerumus ke arah gaya hidup yang kurang sihat.


Janganla marah atau terasa ya dengan entry Iffa ini, bukan kerana niat untuk menyindir atau sebagainya tetapi kerana sayang, Iffa lontarkan isu ini untuk Entry Edisi Khas Lelaki ini. Nyawa dan kesihatan itu suatu anugerah Allah yang teramat berharga dan tidak dapat dibeli dimana-mana kedai. Nabi S.A.W pun pernah berpesan kepada kita agar INGAT LIMA(5) PERKARA, SEBELUM DATANGNYA LIMA(5) PERKARA, apa ya ke-lima-lima perkara itu? Jom mari kita renungi nasyid kumpulan Raihan ni.


"SIHAT Sebelum SAKIT"
"MUDA Sebelum TUA"
"KAYA Sebelum MISKIN"
"LAPANG Sebelum SEMPIT"
"HIDUP Sebelum MATI"
Fairuz juga menggariskan "6 Sebab Kenapa Perut Mudah Boroi", mari kita lihat satu persatu faktor penyebab perut boroi ini dan mungkin ia memberikan kita Hint, tentang apa yang kita perlu lakukan untuk mengelak dan mengatasinya.
Sebab Pertama PESTA MAKAN
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa hakikatnya, ramai yang tidak mengamalkan diet yang betul. Konsep "Selagi Hidup, boleh Makan..Jangan tak makan", itulah sifat semulajadi yang tidak boleh dikawal. Lebih teruk lagi, jika kita tidak memahami keperluan diet yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kate orang, "Main bedal ajee" ikut hawa nafsu.
Sebab Ke-2 TEKANAN
Mungkin ramai yang tidak tahu tekanan yag melampau juga boleh mengakibatkan lemak bertambah terutama dibahagian perut. Tidur yang kurang juga menambahkan stress kepada tubuh badan. Jika anda tergolong dalam golongan yang mengalami masalah kegemukan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan menyebabkan kehilangan otot di bahagian perut. Nanti dari  Six Packs jadi 1 Pack la jawabnya.
Sebab Ke-3 MINUM TERLALU BANYAK
Biarpun elok minum lebih banyak air, namuk jika berlebihan akan menyebabkan masalah "Gemuk Air". Ini adalah akibat dari keseimbangan tubuh badan yang terjejas. Minum dengan terlalu banyak akan mendorong lemak berkembang di bahagian sekitar perut.
Sebab Ke-4 KURANG SENAMAN PERUT
Penting untuk mengekalkan latihan senaman perut terutama bagi mereka yang sering melakukannya. Jika dibiarkan, perut akan menjadi buncit atau boroi.
Sebab Ke-5 TIDAK CUKUP TIDUR
Nampak seakan mudah tetapi faktor kurang tidur menyebabkan peningkatan kortisol dalam sistem badan hingga mendorong lemak terkumpul dibahagian perut. Dapatkan tidur awal dan nikmati kepuasan tidur yang secukupnya.
Sebab Ke-6 TIDAK CUKUP MINUM AIR
Kalau minum terlalu banyak air boleh mengundang padah menjadikan perut buncit, kurang pengambilan air juga antara sebab mengapa perut menjadi lebih buncit. Kalau diselidiki mungkin faktor ini ada kebenarannya kerana kekenyangan disumbangkan oleh munu makanan semata-mata. Seeloknya minumlah 10 gelas air sehari (Tadi baru buat eksperimen, 10 gelas air ~ 2 liter air, sebab tu Iffa selalu remindkan Ibu-ibu untuk mengambil air 2-3 liter)

Baiklah, sebelum mengakhiri Edisi Khas Lelaki ini, Iffa sertakan satu sisipan link dari Utusan Malaysia tentang "Kegemukan dan Obesiti" sekadar renungan untuk anda semua baca dan fikir-fikirkan.


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More