Soalan:
"nurul ....alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz."
Soalan di atas merupakan SMS yang telah dikirimkan oleh Momma Mia (Alin) kepada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBfPC), Puan Nurul. Untuk membaca komen penuh dari Puan Nurul, sila klik di sini. Iffa hanya mahu summarize point-point penting dan membuat sedikit ulasan di mana yang perlu.
Key Point 1: Doctor Sepatutnya Mempunyai Tanggungjawab Untuk Sama-sama Menyokong Penyusuan Exclusive
- Buat pengetahuan semua, ibu bermasalah yang dinyatakan di atas sebenarnye telah bersama pasangannya mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya ketika masa kehamilan dan telah komited untuk melakukan penyusuan penuh untuk bayi yang bakal dilahirkan.
- Sebagai seorang doctor, (mungkin bukan semua) seharusnya sama-sama membimbing ibu-ibu dengan menyampaikan info yang lebih tepat, contohnya di dalam kes ibu bermasalah di atas - Ibu tadi berkemungkinan kurang kerap menyusukan anaknya, bukan kerana susunya tidak cukup. Jadi, melalui kata-kata doktor tadi menyebabkan si ibu berfikir
"Ia, susu aku tak cukup sampai anak aku dehydrated."
- Selain itu pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya.
- Dengan menggalakkan si ibu, mengintroduce FM kepada anaknya akan menyebabkan si ibu semakin kurang yakin dengan kemampuan diri untuk menyusukan anaknya sedangkan masih lagi ada usaha untuk meningkatkan pengeluaran susu si ibu.
- Persepsi 1: Bayi tidak cukup menyusu bila payudara tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Penjelasan - Hakikatnya, amat jarang berlaku bayi tidak cukup menyusu kerana jika penyusuan di teruskan juga, susu tetap akan mengalir walaupun dalam kuantiti yang sikit. Normally, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara , maka susu baru pula akan dihasilkan. Tetapi, jika sekiranya memang ditakdirkan 'kilang' susu ibu itu menghasilkan jumlah susu yang kurang, masih ada cara untuk menjayakan penyusuan penuh iaitu dengan meningkatkan kekerapan penyusuan bukan dengan top-up with FM. Jadi apa yang patut ibu-ibu lakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada ibu-ibu?
- "What Comes in Must Comes Out" - Jika bayi mendapat susu yang cukup, baby tadi mestilah akan poo-poo. Then, one more thing, bayi akan urinate 6 kali atau lebih.
- "Weight Gain" - Biasakan bila kita dalam confinement akan ada Nurse/Midwife yang dari Klinik Desa datang ke rumah, mereka akan bogelkan baby, and timbang baby macam timbang daging kat pasar and dari situ kita tahu kadar pertambahan baby kita normal atau tidak. If normal, maknanya cukupla susu..If yang terlebih tu? Hehehe..
- Persepsi 2: Hasil perahan tidak banyak lepas menyusukan bayi. Penjelasan - Jika si ibu pump susu selepas sesi direct feeding kepada anak, seharusnya hasil tenusu yang diperoleh sedikit kerana baby dah minum, tapi jangan risau kerana stimulasi oleh direct feeding baby kita actually is the best stimulation mechanism, kalo tak takkan manufacturer breast pump berlumba promote product mereka dengan mengatakan breast pump AAA or CCC mimick baby sucking dan sebagainya. Tapi harus ingat, baby kita hanya minum sehingga perutnya kenyang, bukan sehingga payudara kita dikosongkan. Sebab itulah Iffa selalu remindkan ibu-ibu baik pelanggan shaklee atau FW, ambil effort untuk pump selepas baby kita minum, sebab lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih banyak signal dihantar ke otak mengatakan "Anak aku nak susu lebih lagi, sila buat susu lebih lagi!"
- Persepsi 3- Susu tak cukup, baby asyik nak minum susu je. Penjelasan - Jika baby anda masih menangis selepas 5 minit diberi susu dan mahu kembali menyusu ia adalah normal kerana memang ada baby yang habitnya suka menempel or mengopek( tak tahu ape word yang sesuai..hahha), itulah kelebihan payudara yang Allah ciptakan.. tak sama macam teat bottle (walopun ramai manufacturer yg claim, teat mereka sama macam breast ibu..tiada yang akan dapat menandingi ciptaan Allah SWT).
- Persepsi 4- Susu tak banyak masa minggu pertama selepas melahirkan! Penjelasan - Normal la tu, Itula namanya kolustrum, susu pekat yang berwarna kekuningan yang sangat berkhasiat dan penting dalam pembentukan imun sistem bayi. Jadi, jangan risau ada susunya cuma sedikit tambahan pula keperluan bayi pada minggu pertama amatlah sedikit. Lepas minggu pertama barula ibu-ibu akan merasakan kelenjar susu mula membengkak dan itulah dinamakan proses peralihan susu.
- Persepsi 5- Jika ibu nak breastfeed, memang perlu ambil supplement ke baru susu banyak? Penjelasan - Kata Puan Kamariah dari susuibu.com, tidak salah jika mengambil supplement jika ibu-ibu merasakan perlu, kerana ia bergantung kepada tubuh badan ibu itu sendiri. Supplement yang diambil haruslah sesuai dengan tubuh dan tidak memudaratkan.
- Adakah teknik perahan yang digunakan betul?,Berapa kali pump dlm sehari?
- Ibu pump banyak kali, tapi sampai payudara kosong?Atau sekadar pump untuk releasekan payudara yg bengkak? Ingat, bila kita sekadar pump untuk releasekan bengkak pada payudara, kelenjar susu akan mula hantar signal to brain mengatakan permintaan susu berkurang..dan otak akan mula menghantar singnal untuk kelenjar susu mengurangkan production susu!Lama kelamaan, susu ibu pasti berkurangan.
- First sekali ibu-ibu harus check, diet harian ibu memenuhi intake keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak atau tidak? Protein dan Carbs.. antara item penting dalam menu harian ibu yang breasfeed... Essential Vitamins and Mineral adakah ibu-ibu yakin terkandung di dalam diet ibu?
- Pengambilan air/fluid yang banyak (2-3 liter sehari) bagi memastikan keseimbangan bendalir badan, ibu-ibu patuhi atau tidak?
- Ada tak ibu-ibu ambil makanan yang boleh mengurangkan susu? Caffein?Ice?Fast Food?
- Bagaimana kehidupan harian ibu-ibu? Stressful? Kerja banyak dengan tekanan dari bosses.. dan ingat ya, bila kita stress, pengeluaran hormon kita terjejas sebab itu ibu-ibu akan dapati bila stress, susu akan berkurang. Selain itu, nutrient yang fragile seperti Vit B akan musnah apabila kita stress atau dalam keadaan tertekan.
- Dalam sehari, berapa jangka waktu yang ibu berikan untuk memohon kepada Allah SWT untuk menambah rezeki ibu dan bayi? Banyak doa-doa harian untuk ibu-ibu yang menyusukan anak juga surah-surah di dalam Al-Quran untuk membantu ibu-ibu menambah susu, ada ibu amalkan? Ingatlah, pintu rezeki itu datang dari Allah SWT, jadi kepadanya kita memohon agar dilimpahkan dengan curahan susu yang melimpah ruah. Sesudah itu, jangan lupa bertawakkal kepada-Nya.
- ISTIQAMAH? Ape tu? atau dalam bahasa mudahnya CONSISTENT. tanya pada diri ibu-ibu, "Aku pump ni consistent tak?" jangan bile rajin pump, bila malas tengok jela pump tukan. "Diet seimbang aku ambil consistent tak?".
- Jika kita kaji atau amati, sebenarnya perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar biji anggur, jadi beberapa titik susu atau lebih tepat 7ml susu sudah mencukupi untuk mengisi ruangan perut bayi. Jadi, ingat 2 cara yang Iffa nyatakan di atas untuk tahu baby kenyang atau tidak.
- Cuba ibu-ibu fikir apakah hikmah kenapa di awal kelahiran baby kerap menyusu? Jawapannya, adalah "Supply on Demand" concept yang selalu n acapkali Iffa ingatkan pada ibu-ibu semua. Bila baby menyusu, maksudnya kelenjar susu akan menghantar signal "Ada permintaan susu sekarang" ------>sampai ke otak dan diproses, maka otak akan menghantar signal semula kepada kelenjar susu--------> "Sila hasilkan susu".. jika kekerapan permintaan itu bertambah, lebih byk signal akan sampai ke otak untuk request lebih byk production susu...dengan itu, production susu ibu akan meningkat.
- Top-up formula adalah resolusi yang salah kecuali kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan dan mengambil ubatan yang membahayakan kesihatan bayi. Contohnya, seperti Iffa sendiri ketika simptom SLE Iffa elapse after 2 weeks deliver, dosage steroid iffa diincreasekan kepada 50mg/day- i've no choice to blend FM and after 1 Year BF, sekali lagi sakit serang and satu ubat yg lebih teruk effect dia iaitu hydrochlorquiane terpaksa Iffa ambil, ubat ini menyebabkan diarrhea yg sgt teruk pd Iffa and baby Faheem juga boleh menyebabkan kerosakan saraf mata juga perubahan kulit menjadi kekelabuan... Itu cerita Iffa lah, bagi ibu-ibu yang tiada masalah kesihatan, bila ibu-ibu mula topup FM pada baby, maka ibu-ibu mengurangkan stimulasi pada payudara, jadi kilang susu pun kata: "Permintaan susu menurun, sila kurangkan produksi" lepas itu, ibu-ibu janganlah mengeluh.."susu tak banyak... (T____T)"
Setelah 3 bulan consume Shaklee Breastfeeding Set, ini yang beliau rasa:
Badan lebih bertenaga selepas balik kerja, Susu lebih pekat, hanya 3 bottle bekalan susu ke nursery, Kulit semakin bersinar, Berat cepat turun
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui: | |
E-store FW di My1Stop Virtual Mall, 3 Payment Method Available:
| |
Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com | |
SMS Iffa di talian 013-5810170 | |
PM Inbox IffaAnuar di Facebook |
0 comments:
Post a Comment