Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, June 27, 2011

INFO: SHAKLEE RETAIL PRICE LIST







Harga di atas adalah tidak termasuk kadar pos rata sebanyak RM10 ke seluruh semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk mendapat harga istimewa sila sms 013-5810170 atau email kepada saya.

Perhatian:
  1. Penghantaran percuma bagi setiap pembelian bernilai RM 800 dan ke atas di dalam satu resit.
  2. Keahlian percuma bagi setiap pembelian bernilai RM 650 dan ke atas di dalam satu resit.
Sekiranya anda berada berdekatan dengan cawangan Shaklee di Wangsa Maju, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Bharu, Seberang Jaya atau Kota Kinabalu boleh sms saya di talian 013-5810170 untuk mendapatkan produk terus di tangan anda.

With Love, MIA
SID : 846148

Wednesday, May 11, 2011

Jom buat eksperimen mudah!

 Anda prihatin dengan apa yang anda makan?
Anda mahu tahu vitamin itu asli atau sintetik? Jom buat eksperimen ini.



 Cuba amik multivitamin yang anda makan, genggam dalam beberapa saat. Jika melekit dan warnanya melekat pada tangan anda, ianya adalah sintetik dan sudah pasti ia mengandungi pewarna tambahan. Jika tidak melekit dan warna tidak luntur...ianya adalah asli!

 Multivitamin yang lengkap perlulah mengandungi zat besi [iron] maka tidak perlu mengambil tambahan pil zat besi apabila multivitamin ini lengkap dengan zat besi :)

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

INFO: Teknik Memerah Susu

Credit cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

INFO: Bayi akan mengempeng di awal kelahiran?


Untuk pengetahuan bakal - bakal ibu atau sesiapa yang baru menjadi ibu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal la kalau kerap menyusu. Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari. Qaireen dulu kadang2 belum sampai 2jam dia dah nak susu.

Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Ingat lagi entry mama sebelum iniatasi susuibu kurang di awal kelahiran?

Sesetengah ibu yang baru melahirkan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi sebab itu bayi asyik melekap lebih-lebih lagi apabila orang di sekeliling pun sentiasa bertanya soalan seperti itu. Mama dulu pun dah pernah kena, mmg kadang - kadang tu tak tahan kita mendengar. "eh anak ko ni lamanya menyusu" 

Kita harus tahu tentang konsep demand and supply dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi bayi menyusu susu akan tetap terhasil, abaikan sahaja soalan-soalan sebegini dan tak perlu nak stress untuk berhujah panjang lebar untuk meyakinkan pendapat orang lain bahawa kononnya susu kita tidak cukup.

Mama faham sekiranya ibu - ibu akan mula terasa sakit badan disebabkan keletihan dan sebagainya. So pastikan ibu - ibu dapat rehat yang secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa bayi tidurlah ibu dapat berehat! sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

Breast anatomy
Sekiranya sterss, hormon - hormon yang dikeluarkan semasa stress itu tadi akan menyebabkan hormoh oksitosin dihalang pengeluarannya. Hormon oksitosin ini merupakan hormon yang penting untuk pancutan susu keluar dan bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui puting.

Pastikan juga si ibu memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan. Pengambilan vitamin,kalsium dan zat besi seperti waktu hamil juga digalakkan. Kalau orang tua bising kita minum banyak air masak. Better buat macam ni. Isi air masak dalam bekas, lepas tupperware lepas tu minum sikit - sikit. Janganlah minum sekali gus banyak - banyak.


Sekiranya ibu - ibu sudah berniat dan berazam dalam diri untuk menyusukan bayi sebaik sahaja lahir maka kita seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Redha dan ikhlaskan diri sekiranya terpaksa melalui keadaan yang meletihkan dan sebagainya. Memang pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita lalui,Sememangnya seorang ibu itu diciptakan untuk menjadi tabah maka rungutan takkan menyelesaikan masalah. Bersabarlah dan banyak berdoa disamping teruskan usaha dan jangan sesekali untuk merasa bersalah atau putus asa jika gagal menyusukan anak sepenuhnya. 

Sebenarnya bayi kita yang suka melekap dan kerap managis itu, sebab mereka baru nak sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Ialah 9 bulan dia di dalam perut kita. Dulu dunianya sempit, gelap dan sunyi..kini lapang, cerah dan begitu bising! Dia memerluakan tempat untuk dia berasa tenang dan nyamanSebab tu dia mahukan dakapan dari kita, tambahan pula bila dapat mendengar degupan jantung ibu kita, tentu dia berasa selamat. 


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u

Tuesday, April 5, 2011

INFO: 20 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu



Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
  10. Payudara yang penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu  mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yang menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor


    Credit

    Sharing Is Caring!
    IffaAnuar @fw-shaklee2u

Friday, March 25, 2011

INFO: Mahukan Kulit yang BEBAS Jerawat?


Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.


Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

sumber

Kelebihan vita E Shaklee ialah ianya mengandungi 400 i.u beserta selenium. Maka anda tidak perlu risau tentang kos yang perlu ditambah apabila hendak memaksimumkan penyerapan vit E oleh badan.

Kami menyediakan pakej percubaan untuk kulit yang mengandungi B com, Vitamin C dan Vitamin E untuk 30 hari makan dengan harga RM 80. Jika berminat nak tambah zinc hanya RM10 add on.  

INFO: Senarai Penyakit dan Cadangan Supplement SHAKLEE

Hari ini, Iffa tertarik dengan entry supermom kita Mommy Icha.. Thanks Hadha!


Terima kasih kepada Mommy Lyna untuk list yang beliau 'compile' kan di bawah ini. Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, senarai ini sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.

Penyakit dan Vitamin A-K

by Mommy Lyna
Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin&mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.
Alergi
  • Vita-C
  • B Complex
  • Alfalfa
    • ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Allergy (Set G)
  • Garlic Complex
Alzheimer
  • Vita-E Complex
  • B Complex
  • Omega Guard
  • Garlic
Anemia
  • B Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C
    • Ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (Set A)
Arthristis
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Peppermint-Ginger
Batu hempedu
  • Peppermint-Ginger
  • Lecithin
  • Vita-C
  • Vita-E
Bronkitis dan pneumonia
  • Carotomax
  • Vita-C
  • Vita-E
    • (ACE)
  • Zinc
  • Garlic
Buasir
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Ostematrix
Carpal tunnel
  • Vita-Lea
  • B complex
  • Vita-C
    • Set A
Cirit-birit
  • B Complex
  • Garlic
  • Performance Drink
Darah tinggi
  • Set A
  • Garlic
  • Fibre Plan Unflavoured
  • Vita-E
Diabetes
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-C
Ekzema
  • B Complex
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Zinc
Fibrocystic breast
  • ACE
  • GLA Complex
  • B Complex
Gout
  • Set A
  • Zinc
Insomnia
  • Ostematrix
  • B Complex
Jangkitan telinga
  • Vita C
  • Zinc
  • Garlic
Jerawat
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
    • Votamin2 di atas terkandung dalam set D
  • Zinc Complex
  • GLA Complex
Kanser
  • Vivix
  • ACE
  • Garlic
  • Ostematrix
  • B complex
  • Fibe Plan Unflavoured
Katarak
  • ACE
  • B Complex
  • Zinc
Kelemumur
  • B Complex
  • Zinc
Kencing kotor
  • Vita-C
  • Zinc
  • Garlic
  • Alfalfa
Kesuburan
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • GLA Complex
Sumber asal : Penyakit dan Vitamin A-K

Thursday, March 24, 2011

INFO: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu Tentang Masalah Penyusuan Bayi?


Salam semua ibu-ibu, bapa-bapa, adik, kakak, mak cik dan pak cik yang disayangi. Hari ini, Iffa share satu entry tentang "Masalah Penyusuan Bayi". Menarik untuk dishare dan buat panduan semua. 


Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam






Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.





Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepadanipplet.







Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

Fakta Penting Penyusuan Bayi
  • Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal
  • Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
  • Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)
  • Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu
  • Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)
  • Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu
  • Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning
  • Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang
  • Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

Sumber Asal: Sihat Selalu

Baiklah, Iffa mahu siapkan packaging Shaklee Trial Pack dan Avent Manual yang telah di order oleh customer hari ini. Semoga kita berjumpa lagi, jemputlah memberi feedback anda di ruangan komen.


Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u.com



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Sunday, March 20, 2011

INFO: Herbal Immune System Support Supplements Boost the Body's Functioning and Improve Quality of Life

Herbal immune support may provide help for a common problem present in America today. Many people do not get enough nutrients in the diet and most people don't realize that lack of nutrients combined with stress of daily living can seriously compromise the immune system.

The immune system is responsible for fighting off infection and other invaders. The immune system helps to protect against disease from bacteria, viruses and other pathogens. It also provides assistance in repair of body tissues caused by stressors including physical, emotional and environmental conditions. Taking a quality herbal immune support supplement can boost the body's functioning and improve quality of life for all types of people. But the question remains: How do I find a good herbal immune support supplement?

Important Ingredients

Nutriferon, and herbal immune support product offered by Shaklee contains a patented blend of immune boosting phytochemicals derived using whole food processing from herbs and food products. Obtaining immune boosting phytonutrients directly from food products ensures the entire spectrum of activity from agents proven to boost the immune system. Nutriferon is a proprietary blend of four plant extracts including pumpkin seeds, safflower flowers, Japanese honeysuckle buds and plantago seeds which have shown in scientific studies to provide daily immune protection.

Essential Activity

Shaklee's patented blend of immune boosting whole food products known as "MACH" was created by the same scientist who discovered interferon. Interferon is a major immune modulator in our bodies which protects against invasion from organisms and viruses such as the hepatitis virus, HIV and influenza. It's presence is a signal to call all the different mechanisms of the immune system into play to combat infection and may aid in healing of cells and tissues damaged from the environment and the stress of daily living. Nutriferon has been shown to boost interferon levels when taken on a regular basis and can help provide herbal immune support for many body systems.

Quality Manufacturing

Shaklee, is a premier manufacturer of many quality nutritional products. Whole food processing is used in the preparation of Nutriferon herbal immune support along with all of the other high-quality products that Shaklee offers. Whole food processing uses the entire food product in a manner which captures all of the phytochemicals and phytonutrients present in the food or plant concentrate by avoiding artificial, chemical or high heat processing. Shaklee is also entirely committed to your satisfaction.

Like many other Shaklee products, Nutriferon is also certified "kosher" and they are one of the only companies to offer a 100% guarantee of a refund if you are not completely satisfied with their products. So if you are feeling run down, have frequent infections or are at a risk of developing health problems - the solution may be simple and affordable with daily use of Nutriferon herbal immune support.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

By Anthony Antolics RN,BSN The Nutrition Nurse
* Bachelor of Science Nursing...Excelsior College, Magna Cum Laude
* Bachelor of Arts Psychology Mental Health...Southern Connecticut State University, Summa Cum Laude
* Sigma Theta Tau, The National Honor Society of Nursing
* Psi Chi, The National Honor Society in Psychology
* Zeta Delta Epsilon, Honors Service Society by invitation, Southern Connecticut State University
* Tau Kappa, Excelsior College Nursing Honors Society



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More