Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Wednesday, May 11, 2011

INFO: Teknik Memerah Susu

Credit cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More