Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label RESEPI BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label RESEPI BERPANTANG. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

RESEPI BERPANTANG: Haruan Bakar

Resepi berpantang_Haruan bakar_shaklee one stop centre_sayamahusihat

Tempoh masa memasak: 30 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan untuk pencecah:

  • Kicap lemak manis
  • 1 biji bawang besar
  • Lada hitam – ditumbuk kasar

Cara Menyediakannya:

  1. Gaul ikan haruan yang sudah dibersihkan bersama garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
  2. Kemudian, bakar ikan sehingga masak. Terpulanglah pada anda untuk membakar di dalam ketuhar atau menggunakan arang. Leser sedikit minyak pada pemanggar agar ikat tidak melekat.
  3. Sementara menunggu ikan masak, sediakan pencecahnya.
  4. Ambil semangkuk kecil kicap, campurkan lada hitam dan hirisan bawang besar. Ketepikan.
  5. Setelah ikan siap dibakar, bolehlah dimakan bersama pencecah.

INFO:

Lada hitam dipercayai dapat meningkatkan selera makan, membaiki sistem penghadaman dan membuang angin dalam badan.

 

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

 

Monday, February 13, 2012

RESIPI BERPANTANG: Ikan Rohu Masak Kicap

Resepi berpantang_Ikan rohu masak kicap_shaklee one stop centre_sayamahusihat

Tempoh Masa Memasak: 30 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan rohu(sejenis ikan air tawar)
  • 1 biji bawang besar – dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 3 cm halia – diketuk
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 asam keping
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia untuk ditumis.
  2. Setelah naik bau, masukkan kicap dan diikuti dengan ikan.
  3. Biarkan seketika. Kemudian masukkan asam keping. Kacau seketika.
  4. Masukkan pula garam secukup rasa dan biarkan seketika.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

INFO:

Masyarakat India gemar menggunakan bawang putih sebagai bahan asas masakan pantang mereka kerana dipercayai dapat menghilangkan rasa kembung dan angin dalam badan.

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

Sunday, February 12, 2012

RESIPI BERPANTANG: Haruan Masak Lada Hitam

Resepi Berpantang_Haruan Masak Lada Hitam_Shaklee One Stop Centre_Sayamahusihat

Tempoh masa memasak: 30 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan(dipotong dua)
  • 1 biji bawang besar(dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 cm halia(dihiris nipis)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • garam secukupnya
  • air untuk memasak

Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan air kedalam periuk dan campurkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  2. Selepas itu, masukkan ikan haruan dan biarkan ia mendidih lagi.
  3. Masukkan pula garam secukup rasa, asam keping dan lada hitam yang sudah ditumbuk.
  4. Biarkan seketika. Apabila masak, ia sedia untuk dihidangkan.

INFO:

Halia digunakan sewaktu berpantang bagi merawat masalah kembung perut, mengeluarkan angin dalam usus selain daripada membantu penghadaman makanan.

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

Saturday, February 11, 2012

RESEPI BERPANTANG: Ungkep Ikan Haruan

Resepi Berpantang_Ungkep Ikan Haruan_Shaklee One Stop Centre_Sayamahusihat

Tempoh masa memasak: 30 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan sederhana besar
  • 3 cm halia(dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih(diketuk/dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar(dhiris nipis)
  • 3 cm kunyit hidup(ditumbuk)
  • 2 asam keping
  • garam secukupnya
  • 2 cawan air

Cara Menyediakannya

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan kunyit ke dalam periuk yang berisi air. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ikan haruan yang sudah siap disiang.
  3. Biarkan seketika sehingga mendidih lagi dan masukkan asam keping.
  4. Kacau lagi dan biarkan sehingga ikan benar-benar masak. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

INFO:

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino perlu dan asid lemak yang penting dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam, terutamanya luka selepas bersalin.

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

Friday, February 10, 2012

RESEPI BERPANTANG: Kari Ikan Tenggiri

Resepi Berpantang_Kari Ikan Tenggiri_Shaklee One Stop Centre_SayaMahuSihat

Tempoh memasak : 30 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 potong ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia sehingga lumat.
  2. Campurkan dengan serbuk kari. Ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula air asam jawa secukupnya. Setelah mendidih masukkan ikan.
  5. Biarkan kuah mendidih dan ikan masak. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  6. Apabila kesemuanya sudah cukup masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

INFO:

Jenis ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis yang tidak berbisa atau tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan, bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

Thursday, February 9, 2012

RESIPI BERPANTANG: Ikan Kukus Istimewa

Resepi berpantang_Ikan Kukus Istimewa_shaklee one stop centre_sayamahusihat

Tempoh masa memasak: 45 mins

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan bawal putih(boleh juga gunakan ikan lain yang tidak gatal seperti ikan tenggiri dan merah)
  • 2 cm halia muda(dihiris nipis dan memanjang)
  • 2 cm kunyit hidup(dihiris nipis dan memanjang)
  • 2 ulas bawang putih(dihiris nipis)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Lada hitam secukupnya(ditumbuk halus)
  • Garam sekucup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Cuci bersih ikan dan masukkan kedalam bekas utk mengukus.
  2. Masukkan bawang putih, halia, kunyit, lada hitam, air asam jawa dan garam secukupnya.
  3. Kukus sehingga isi ikan benar-benar masak.

INFO:

Mengikut kepercayaan orang Melayu, kunyit boleh membersihkan dan mengecutkan rahim wanita selepas bersalin

Berpantang Selamat dan Natural dengan Shaklee Confinement Set? Hubungi saya Iffah Anuar di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp: 013-5810170 untuk pesanan dan FREE Consultation.

Jom Selangkah Lebih Sihat dengan SHAKLEE!

IffahAnuar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More