Alhamdulillah, Iffa telah selamat mengangkut segala khazanah dari rumah sewa di Cheras ke kediaman baru kami di Desa Coalfields, Sungai Buloh semalam. Berpindah rumah ini memang amat memenatkan dan jika dilihat dari sudut kesihatan Iffa, agak mustahil untuk melakukannya kerana Iffa tidak digalakkan untuk lifting barang-brang berat, mengemas, basuh lantai, mop dan macam-macam lagi kerja yang perlu dilakukan.
Alhamdulillah Allah berikan keizinan semuanya dilakukan dengan lancar dan Iffa Alhamdulillah tidak demam atau collapse. Syukur, tidak sia-sia Iffa menghargai nikmat Allah yang dikurniakan kepada Vivix . Bagaimana keadaan di Desa Caolfields? semestinya sesuatu yang Iffa idamkan untuk menetap dipinggiran kota dengan suasana ketengangan seakan duduk di desa atau di perkampungan. Alhamdulillah.
Iffah masih lagi dalam proses unpack barang-barang dan membuat susun atur di rumah ini. Cabaran dalam bulan Ramadhan, InsyaAllah sikit-sikit dilakukan pasti siap sebelum Syawal. Jika ditunggu last minutes memang sakitlah jawabnya. (Dalam sibuk-sibuk mengemas sempat juga Iffa tulis entry blog ni).
Ok, masa Iffah agak limited sekarang ini sebab perlu beri keutamaan pada urusan rumah terlebih dahulu. Penghantaran insyaAllah akan Iffah buat dalam tempoh 2-3 hari selepas order diterima kerana urusan dengan pihak Gdex masih dalam pengurusan. Pos Mart ku tercinta telah tiada . POS LAJU pula tak mahu masuk ke sini..hehehe UJIAN..
Baiklah Iffah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelanggan-pelanggan dan juga pengunjung setia Shaklee One Stop Centre & SayaMahuSihat.com. Semoga Ramadhan kali ini LUAR BIASA baiknya dari Ramadhan terdahulu. Tingkatkan PRESTASI kurangkan KONTROVERSI..hehe
Sharing is Caring!
IffahAnuar @SMS.com
0 comments:
Post a Comment