Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
- Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
- Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
- Susu badan mengandungi 87.5 peratus air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
- Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
- Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
- Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
- Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
- Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
- Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
- Payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
- Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan penyakit
- Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
- Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
- Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
- Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
- Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
- 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
- Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
- Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
- Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
Credit
Sharing Is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u
0 comments:
Post a Comment