Selepas 4 hari kelahiran, susu matang akan mula terhasil. Kekerapan menyusukan bayi dapat memacu anda kearah kejayaan penyusuan susu ibu secara esklusif.
Mencari Puting
- Bayi anda mempunyai naluri semulajadi bagi membolehkannya mencari puting payudara ketika dia kelaparan. Keadaan ini dikenali sebagai rooting reflect. Dalam tempoh beberapa hari pertama kelahirannya, anda perlu meransang refleks ini dengan kerap mengusap pipinya. Kesannya, bayi pasti segera berpaling ke arah payu dara anda dan mula mencari puting untuk menyusu susu ibu.
- Sekiranya bayi anda tidak memusingkan kepalanya, picit perlahan-lahan kawasan belakang aerola anda sehingga beberapa titisan susu ibu terbentuk. Sentuh bibirnya menggunakan puting. Dengan cara sedemikian, ia berupaya menggalakkan bayi untuk membuka mulutnya.
- Angkat kepala bayi berhampiran payu dara supaya dagunya menyentuh payu dara. Dalam pada itu, pastikan lidahnya berada di bawah bahagian puting. "Pandu" payu dara anda masuk ke dalam mulutnya.
- Sebaik sahaja melekap pada payu dara, dia akan mula menghisap payu dara anda menggunakan rahangnya. Ini dapat dilakukan dengan menekan takungan susu pada dasar aerola. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan mengalami kesakitan di bahagian tersebut dan pada masa yang sama bayi tidak mendapat bekalan susu ibu sperti yang sepatutnya.
- Dari pandangan hadapan, rahang bayi yang melekap dengan baik akan kelihatan terbuka luas dan mulutnya penuh dengan payu dara. Anda turut dapat mengenal pasti bayi menyusu dengan betul atau sebaliknya dengan melihat bagaimana pelipis dan telinganya bergerak. Keadaan ini sebenarnya membuktikan bahawa otot rahangnya sedang bekerja keras memperoleh susu ibu mencukupi.
- Biarkan bayi anda menyusu seberapa lama yang dikehendakinya. Payu dara anda akan kelihatan lebih kecil dan ringan apabila susu telah habis dihisap oleh bayi. Apabila bayi tidak lagi mahu menyusu, alihkannya dari payu dara untuk menyendawakannya. Jangan tarik puting anda! Sebaliknya sisipkan jari kelengkeng anda di antara rahangnya bagi membolehkan dia berhenti daripada terus menghisap.
- Lekapkan pelapik payu dara pada bahagian payu dara yang telah dikeringkan. Selepas selesai menyusu, dukung bayi dengan kedudukan kepalanya di atas bahu bagi membolehkan anda menyendawakannya agar tidak berlaku masalah muntah susu pula.
Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com
Sharing is Caring!
0 comments:
Post a Comment