Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Definisi “The More You Give, The More You Gain” dalam hidup saya…

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, rasa hati ini semakin berbunga-bunga sejak pulang dari Kuching. Benarlah apa yang selama ini saya pegang: “The More You Give, The More You Gain”. Syukur kepada Allah kerana memberikan saya ketabahan dan kelapangan hati untuk melakukannya. Semalam hati terdetik untuk melihat mailbox di rumah, ada suratlah! From Shaklee! Wah, bonus statement dah lame sampai, surat apa pula ini!! Excited! (Yang Pastinya bukan WARNING Letter!)
IMG_0669[1]
Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga dapat RM 500 Product Shaklee. Apakah productnya saya pun kurang pasti perlu redeem di branch. nanti saya update Smile
Hari ini, saya dapat missed call dari mama & adik saya, Nazira atau lebih mesra saya panggil Che’Ya… Bila saya try call semula, tidak berjawab. Hati dah mula berfikir cemas. Selang beberapa minit adik call semula:
“Emak kata Ira menang duit Shaklee”
“Ooo.. Ira dapat jugak! Alhamdulillah, Spot The Car Contest tu..dapat RM 500 produk Shaklee”
Syukur Alhamdulillah… rezeki kami dua beradik! Terima kasih Ya Allah kerana memberi taufiq & hidayah kepada Shaklee Road Cruisers untuk memilih kami menjadi pemenangnya…
Selesai berkongsi kegembiraan! 

Jom, Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!!

IffahAnuar

Friday, July 8, 2011

[KPSI] - Susu Ibu Bantu Perkembangan Bayi Pramatang

Susu ibu diakui terbaik untuk bayi. Begitu juga untuk si kecil pramatang. Biarpun sukar untuk menyusukannya, kesungguhan ibu dapat memastikan bayi terus membesar dengan sihat.

Lazimnya, ibu yang melahirkan bayi pramatang mengalami konflik emosi. Perasaannya berbelah-bahagi sama ada mahu menyusukan bayi ataupun tidak lantaran terlalu memikirkan nasib anak yang mempunyai 50-50 peluang untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun tidak berupaya untuk menyusukan bayi secara terus, ibu tetap perlu memerah payu dara sebaik melahirkan. Hal ini kerana susu perahan itulah yang akan membantu bayi meneruskan kehidupannya.

Sebagai permulaan, ibu perlu memberi kolostrum kepada bayi. Bayi pramatang secara umumnya menghadapi kesukaran untuk menyusu terus dari ibunya. Ini kerana otak bayi masih belum matang untuk mengendalikan keupayaan menghisap dan menelan. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Oleh itu, teknik gavage feeding biasanya digunakan, di mana tiub akan dipasang dari hidung terus ke perut bayi. Biarpun kolostrum pekat, ia berupaya untuk dialirkan ke perut bayi dengan bantuan graviti.

Pemberian kolostrum sangat penting bagi bayi pramatang kerana selain memberi perlindungan pertama dari jangkitan penyakit, ia turut mengandungi modular tumbesaran yang membantu sistem penghadaman bayo untuk bersedia menerima pemakanan melalui mulut dengan lebih cepat.

Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diberi susu formula akan muntah dengan lebih kerap dan terpaksa meneruskan pengambilan makanan melalui tiub lebih lama. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Ketika memerah susu, ibu digalakkan melakukannya berhampiran bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi boleh membantu ibu dalam proses memerah susu. Apabila ibu memerah susu dan pada masa yang sama melihat bayi, pasti akan terbit rasa keibuan sekali gus menjadikan proses mengepam menjadi lancar. Sebaliknya, jika berasingan daripada bayi, susu sukar keluar akibat ibu stress dan asyik memikirkan keadaan bayi.

Setelah ibu dibenarkan keluar hospital, ibu masih perlu terus mengepam di rumah. Di rumah ibu perlu mengepam 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Kesan ransangan yang kerap, pengeluaran susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.

Menyentuh tentang pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang, aspek kebersihan perlu diutamakan. Untuk itu, setiap kali sebelum mengepam, tangan perlu dicuci. Selesai mengepam, susu perlu disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.

Susu perahan yang hendak dibekalkan kepada bayi setiap hari perlulah segar. Oleh kerana itulah lebih baik jika jarak hospital dan rumah berdekatan. Jadi mudahlah urusan penghantaran susu dibuat.

Tidak Cukup Berat
Namun, ada kajian di luar negara menyatakan penggunaan susu perahan susu akhir ibu(hindmilk) boleh membantu bayi pramatang yang amat kurang berat lahirnya. Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu memerah keluar susu awalnye(foremilk) terlebih dahulu dan disimpan secara berasingan untuk kegunaan akan datang. Kemudian susu akhirnya dikumpul dalam bekas yang akan dihantar ke hospital.

Kandungan susu akhir didapati mengandungi lemak, vitamin, protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding susu awal. Jadi, penggunaan susu akhir ini dapat mempercepatkan pertambahan berat bayi.

Dalam beberapa kajian didapati bayi berumur seawal 32 minggu (usia kandungan) dengan berat 1100g sudah boleh menyusu terus ke payu dara. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi pramatang memulakan penyusuan pertamanya secara efektif pada umut dan berat yang lebih sedikit daripada ini.

Anda dapati artikel ini sangat informatif dan bagus untuk dikongsikan? Ya, sila kongsikan tetapi jangan lupa, diakhir entry anda untuk meletakkan pesanan penaja ini:

Pesanan Penaja: Ingin berikan yang TERBAIK kepada anak anda? Impikan memiliki sebuah Medela Freestyle tetapi mempunyai kekangan? Dapatkan ia secara PERCUMA. Klik Di Sini untuk mengetahui Lebih Lanjut!

Sharing is Caring!
IffahAnuar @SOSC

Sunday, July 3, 2011

[KPSI] - Penyusuan Bayi Baru Lahir


Selepas 4 hari kelahiran, susu matang akan mula terhasil. Kekerapan menyusukan bayi dapat memacu anda kearah kejayaan penyusuan susu ibu secara esklusif.


Mencari Puting
  1. Bayi anda mempunyai naluri semulajadi bagi membolehkannya mencari puting payudara ketika dia kelaparan. Keadaan ini dikenali sebagai rooting reflect. Dalam tempoh beberapa hari pertama kelahirannya, anda perlu meransang refleks ini dengan kerap mengusap pipinya. Kesannya, bayi pasti segera berpaling ke arah payu dara anda dan mula mencari puting untuk menyusu susu ibu.
  2. Sekiranya bayi anda tidak memusingkan kepalanya, picit perlahan-lahan kawasan belakang aerola anda sehingga beberapa titisan susu ibu terbentuk. Sentuh bibirnya menggunakan puting. Dengan cara sedemikian, ia berupaya menggalakkan bayi untuk membuka mulutnya.
  3. Angkat kepala bayi berhampiran payu dara supaya dagunya menyentuh payu dara. Dalam pada itu, pastikan lidahnya berada di bawah bahagian puting. "Pandu" payu dara anda masuk ke dalam mulutnya.
Melekap
  1. Sebaik sahaja melekap pada payu dara, dia akan mula menghisap payu dara anda menggunakan rahangnya. Ini dapat dilakukan dengan menekan takungan susu pada dasar aerola. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan mengalami kesakitan di bahagian tersebut dan pada masa yang sama bayi tidak mendapat bekalan susu ibu sperti yang sepatutnya.
  2. Dari pandangan hadapan, rahang bayi yang melekap dengan baik akan kelihatan terbuka luas dan mulutnya penuh dengan payu dara. Anda turut dapat mengenal pasti bayi menyusu dengan betul atau sebaliknya dengan melihat bagaimana pelipis dan telinganya bergerak. Keadaan ini sebenarnya membuktikan bahawa otot rahangnya sedang bekerja keras memperoleh susu ibu mencukupi.
Pisahkan Dari Payu Dara
  1. Biarkan bayi anda menyusu seberapa lama yang dikehendakinya. Payu dara anda akan kelihatan lebih kecil dan ringan apabila susu telah habis dihisap oleh bayi. Apabila bayi tidak lagi mahu menyusu, alihkannya dari payu dara untuk menyendawakannya. Jangan tarik puting anda! Sebaliknya sisipkan jari kelengkeng anda di antara rahangnya bagi membolehkan dia berhenti daripada terus menghisap.
  2. Lekapkan pelapik payu dara pada bahagian payu dara yang telah dikeringkan. Selepas selesai menyusu, dukung bayi dengan kedudukan kepalanya di atas bahu bagi membolehkan anda menyendawakannya agar tidak berlaku masalah muntah susu pula.
Semoga perkongsian hari ini, memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda. InsyaAllah dengan teknik yang betul, penyusuan susu ibu akan menjadi lebih mudah dan membahagiakan.
    Jika anda berminat dengan artikel ini, sila kongsikan ia bersama-sama rakan anda, namun jasa baik anda untuk backlink adalah amat dihargai. Sila letakkan link dibawah ini di akhir entry yang anda copy:

    Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com

    Sharing is Caring!

    Iffah Anuar @SMS.Com

    Saturday, July 2, 2011

    [KPSI] - Kenali Cecair Emas Berharga

    Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


    Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

    Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

    Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

    Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


    Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

    Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

    Ransang Sejak Hamil

    Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

    Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

    Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

    Keistimewaan tiada tandingan

    Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

    Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

    Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

    Jika anda berminat dengan artikel ini, sila kongsikan ia bersama-sama rakan anda, namun jasa baik anda untuk backlink adalah amat dihargai. Sila letakkan link dibawah ini di akhir entry yang anda copy:

    Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com

    Sharing is Caring!

    IffahAnuar @SMS.Com

    Wednesday, May 11, 2011

    TESTIMONIAL : Selalu Sesi Ketiga Baru dapat 10 Oz! Hanya Selepas Sehari Consume Shaklee Plus Follo TIPS2 EXCLUSIVE dari IFFA

    Salam Ibu-ibu tercinta, bagaimana hari ibu-ibu. Cepat sungguh minggu ini berlalu, dah hari Rabu. Baiklah, Iffa nak share cerita tentang Pn Kaiyan Lee a.k.a Ida yang baru sahaja sehari consume Shaklee Trial Pack dan juga telah follow tip-tip exclusive dari Iffa.. Hari ini Ida ada menulis di Wall "SHAKLEE GBS", Group Exclusive buat pelanggan-pelanggan setia GBS..



    • Kaiyan Lee
      Baru semalam terima trial pek set B.. Mlm tadi wat ikut tip yang Iffa Anuar bagi.. Alhamdulillah untuk kedua2 sessi, ida dpt kumpul 10 oz.. mb sedikit bg org lain, tp bagi ida amaun ni byk sgt coz selalunya pas ida pam utk sessi ke-3 baru dpt 10 oz... ida hepi sgt2...... hehehehehehee.........
      • You and Siti Noriza like this.
        • Azrin Mohd syukur....jgn lupe minum bnyk air yer..
          10 minutes ago · 
        • Kaiyan Lee syukur alhamdulilah... insyaallah ida akan cuba minum air byk2...
          9 minutes ago ·  ·  1 person
        • Iffa Anuar Syukur... Alhamdulillah..moga rezeki Ida bertambah lagi ya
          8 minutes ago · 
        • Kaiyan Lee Tq byk2 iffa... bila pam pagi tadi tgk susu keluar dgn lancar... dlm hati x henti2 ucap syukur.... hari ni hati ida berbunga2.. tak der stress lg..
          4 minutes ago · 
        • Iffa Anuar Iffa tumpang bahagia..will always pray for you..
          4 minutes ago · 
    • OLDER POSTS

    Syukur sangat-sangat. Iffa doakan rezeki Ida dan baby akan bertambah lagi dari masa ke masa. Amiiin.


    Tahukah ibu-ibu kini dengan pembelian Shaklee Breastfeeding Set B (RM 80), Ibu-ibu layak untuk menyertai contest "Ibu Gembira Keluarga Bahagia"? Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ya. Jika dulu FW menawarkan Freestyle dan Avent Manual..kali ini Iffa bersama Group EUPHORIA GBS menawarkan Pump MODU yang colour pink juga 2 Unit of Avent Manual Breastpump Model Baru SCF 310/20...




    Nak TIPS EXCLUSIVE? Email Iffa ya.. (^__^) Hanya Khas utk pelanggan2 SHAKLEE GBS...


    Sharing is Caring!
    IffaAnuar @fw-shaklee2u




    Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
    Faheem
    Faheem
    E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
    3 Payment Method Available:
    1. Credit Card payment through e-store
    2.  
    3. Manual payment to seller
    Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
    SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
    PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    DISCLAIMER

    Disclaimer at SOSC

    DISCLAIMER #1

    SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


    DISCLAIMER #2

    SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


    DISCLAIMER #3

    SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


    Warning - Do Not Copy

    AMARAN KERAS:

    PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More