Petua-petua Membentuk Anak Yang GEMBIRA dan SIHAT Salam semua, sekadar perkongsian untuk ibu dan juga bapa. Topi ini, artikel ringkas yang Iffa ambil dari Majalah Mamy baby salah satu keluaran tahun 2006. Seperti yang kita ketahui keupayaan anak-anak kita untuk bergembira merupakah anugerah Allah SWT yang tiada tolok bandingannya. Sayugia diigatkan, kegembiraan yang hakiki bukan datangnya dari sogokan buah tangan, barang-barang permainan mahupun hadiah yang istimewa. Kegembiraan hakiki adalah sesuatu yang dalam sifatnya dan ia dapat memupuk jiwa raga anak-anak kita serta membina keyakinan didalam diri anak-anak dengan memberi tanggapan positif bahawa dunia disekelilingnnya selamat dan sejahtera. Di entry ini Iffa ingin kongsikan tips atau petua untuk membantu anda menempuh liku-liku cabaran keibubapaan: | |
Bebas bergembira. Kanak-kanak yang berjaya bersifat gembira. Namun dalam usaha mempersiap si manja untuk mengharungi cabaran hidup, jangan sesekali kita cuba mengatur terlalu banyak aktiviti di dalam jadual hariannya. Biarkan dia bermain bebas tanpa tergesa-gesa menggunakkan imiginasinya. Menangkap pepijat dan memerhatikan lelabah membuat sawang adalah cara untuk menyemarakkan rasa kagum dalam diri anak-anak kita dan mengizinkan anak-anak ini meneroka alam sekeliling mengikut caranya. | |
Biar aktif:Kegiatan fizikal membebaskan endorfin - yakni unsur kimia "pencetus ceria" semula jadi badan. Seorang anak yang aktif merasa sihat, bertenaga, kuat positif dan gembira menempuh kehidupan. Kegiatan fizikal juga membentuk keyakinan anak, manakala permainan berpasukan membina kemahiran pergaulan, saling menghormati, kemahiran membuat keputusan dan menggalakkan semangat berpasukan. | |
Usah tekankan kesempurnaan: Kita mahu anak-anak kita berusaha sedaya-upaya tetapi apabila kita campur tangan untuk "membetulkan" atau "menyempurnakan" kerja yg cacat, kita sengaja menghakis keyakinannya. Contohnya, jika kita mengesat semula meja makan atau mengelap semula cermin tingkap, kita memberi gambaran bahawa kerja yang anak kita buat kurang bagus. | |
Gelak Ketawa: Buat cerita kelakar, dendangkan lagu jenaka dan gelakkan diri sendiri. Gelak ketawa itu bagus untuk anak kita dan anda sendiri. Satu sebabnya adalah semata-mata fizikal. Apabila ketawa, rasa tegang bebas, dan lebih banyak oksigen diserap di dalam otak. | |
Tanamkan rasa prihatin: Anak kita perlu merasai bahawa dirinya seorang anggota yang berguna dalam komuniti yang lebih besar dan boleh menyentuh kehidupan insan lain dengan cara yang bermakna. Tanamkan perasaan ini dengan memberikan banyak kesempatan untuk menunjukkan rasa simpati. Kumpulkan barang mainan lama yang tidak lagi dikehendaki, dan hantarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik | |
Bekalkan susu dan air, hadkan jus tiruan tidak asli. Kandungan jus sebahagian besarnya gula dan air. Lebih elok pilih buah-buahan segar. Kanak-kanak yang gemar minum jus yang tidak asli dikatakan mempunyai pola tumbesaran yang lembap, mudah ditimpa cirit-birit dan ketidak seimbangan zat makanan serta kerosakan gigi akibat kandungan asid yang tinggi. | |
Beri anak kita makanan berzat pada setiap waktu makan, tetapi jangan paksa dia makan. Kanak-kanak yang dibenarkan memutuskan bila hendak berhenti makan, apabila besar nanti akan mempunyai tabiat makan yang jauh lebih sihat. | |
Duduk bersama semasa makan, biar betapa sedikit pun dia makan. Lambat laun dia akan belajar makan sendiri apabila hidangan disajikan di atas meja. Anak-anak ini suka apabila mereka duduk makan di meja bersama-sama keluarga dan ini suatu kesempatan untuk belajar cara bergaul dan adap tertib masa makan. | |
Usaha untuk membesarkan anak-anak ini memang penuh liku-liku dan cabaran. Iffa harap, tips yang Iffa share di atas sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana dalam mengharungi cabaran mendidik anak-anak dan semoga ia lebih mudah diharungi, berkesudahan dengan ganjaran dan kegembiraan untuk anda dan anak anda, InsyaAllah. Ingin berikan anak anda kesihatan yang lebih baik? Iffa kongsikan dengan anda semua bagi mereka yang sedang mencari supplement yang bersesuaian untuk anak-anak di sini. |
CHILREN'S HEALTH | ||
Early supplementation delivers the vital nutrients children need to grow and develop, helping them maintain long-term health from young into their adulthoods. | ||
Meal Shake | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C |
Bagi anda yang ingin mendapatkan info lanjut tentang setiap supplement di atas, sila click "More Info" dan jika ingin membelinya sila click "Buy Now". Sebelum Iffa nokhtahkan entry ini mari renung-renungkan hadis ini:Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari) Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sharing is Caring! Iffa @fw-shaklee2u |
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui: | |
E-store FW di My1Stop Virtual Mall, 3 Payment Method Available:
| |
Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com | |
SMS Iffa di talian 013-5810170 | |
PM Inbox IffaAnuar di Facebook |
0 comments:
Post a Comment