| RELAKTASI!!! YAKIN BOLEH YA IBU2!! |
Salam semua, ini merupakan entry daripada Notes Page FW di Facebook (19/11/10), Iffa transferkan ke fw-shaklee2u untuk berkongsi dengan anda semua..
Skrg ni susu klua 2-3 titik je bile pump.Adeih..Ade harapan lagi kn?-Mummy Umar-
- Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
- Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
- Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
- Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
- Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
- Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
- Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
- Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.
- Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
- Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara.
- Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
- Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan).
- Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
- Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
- Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
- Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
- Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)
- Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
- Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
- Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
- Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
- Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
- Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.
- Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
- Sentiasa bertenang
- Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
- Minum 8 gelas air sehari
- Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
- Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
- Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
- Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
- Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
- Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
- Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.
- Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
- Suplemen herba seperti halba
- Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
- Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
| Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui: | |
| E-store FW di My1Stop Virtual Mall, 3 Payment Method Available:
| |
| Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com | |
| SMS Iffa di talian 013-5810170 | |
| PM Inbox IffaAnuar di Facebook | |




0 comments:
Post a Comment