Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Thursday, February 17, 2011

EDISI KHAS WANITA: 8 RAHSIA PETUA MELAYU LAMA

Salam semua,


Rasanya macam dah lama Iffa tidak menulis entry di sini. Maaflah, Iffa agak sibuk dengan packing breastpump dan trial pack untuk di pos. Alhamdulillah, hari-hari ada sahaja rezeki yang masuk. InsyaAllah, rahmat Allah dari dugaan yang di berikan buat Iffa selama ini (Nanti Iffa cerita ok, ramai yang tanya dah).


Ok, seperti yang semua sedia maklum...setiap minggu biasanya Iffa akan tetapkan satu tema untuk entry Iffa so, tidaklah anda semua rasa serabut dan pening untuk follow cuma kadang-kadang akan ada commercial break dan special post in between the week. Tadi Iffa jalan-jalan mencari info tentang permasalahan yang lazim dialami oleh wanita, pastu Iffa terjumpa artikel menarik ini. mari Iffa share.


Artikel ini berkaitan tentang petua-petua amalan nenek moyang kita untuk mengekalkan kecantikan agar manis dipandang dan bagi anak dara agar cepat dipinang orang. Wanita-wanita yg sudah berumah tangga juga boleh mengamalkan petua-petua ini. (Takkan lah dah kawin dan beranak pinak kecantikan diri tidak di jaga! Nanti suami lari, janganlah salahkan pihak ketiga pula)


PETUA 1: BANGKIT BERSAMBUT
Nama mak aii.. tak boleh tahan petua-petua orang dulu ini, seindah amalan selari dengan bahasanya(tetiba terasa malu, sebab bahasa sendiri dah kucar kacir - inilah akibat arus moden). Apa yang dilakukan dalam bangkit bersambut ni?

  • Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. 
  • Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. 
  • Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 
PETUA 2: WAJAH SUCI
Wajah suci ini if dilihat pada nama petuanya mestilah berkaitan dengan muka kan? Jom tengok betul atau tidak.Apakah yang perlu diamalkan untuk mendapat wajah suci ini?
  • Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. 
  • Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. 
  • Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. 
Jadi, jimatlah duit anda dari perlu kerap membeli moiturizer sebab dah ada pun cara nak dapatkan kelembapan kulit muka secara semulajadi. Lagi satu fadilat kenapa jangan lap air wuduk dimuka, dikata setiap air wuduk dimuka yang menitis itu menghapus dosa-dosa.


PETUA 3: MENYEGARKAN PAYUDARA
Haaa... siapa yang sedang baca ini? Iffa rasa ramai suami-suami yang sedang baca entry ini. Baguslah, lepas ini suruh isteri-isteri anda apply petua-petua ni ya. 
  • Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh 
Wah mudah sahaja, memang dah jadi amalan Iffa ni dari kecil-kecil lagi, no wonder la hubby puji (ish, ish..angkat bakul sendiri kan). 

PETUA 4: TAMAN SEMERBAK MEWANGI
Apa pula kene mengena taman dengan wanita ini, mari kita  lihat.
  • Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan.
  • Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. 
  • Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau. 
patutla ibu-ibu yang makan herba fenugreek tu bau satu badankan, sampai ke peluh pun bau fenugreek. Rupa-rupanya sebab bau-bau tu pun transfer ke dalam badan. Agak-agaknya, if makan durian.. bau badan orang tu pun berbau durian (tidak boleh bayangkan)

PETUA 5: LUBANG JARUM
Uish, mendalam betul nama petua ni. Jika anda fikirkan amalannya, anda akan faham kenapa ia dipanggil lubang jarum. Jom tengok, jangan malu-malu (penting ni, Iffa memang amalkan - alamak bocor rahsia sudah)
  • Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang.
  • Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. 
  • Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 
Inilah yang dinamakan senaman kemut. Senaman ini bagus ya untuk diamalkan dari remaja lagi untuk membina otot pada dinding faraj. Jadi grip disitu akan menjadi lebih kuat dan mantap. Buat ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, amalkan senaman ini setiap hari. Pelihara mahkota kita sebaiknya.

PETUA 6: SUARA PERINDU
Dato' Siti Nurhaliza
Iffa rasa, Dato' Siti mesti amalkan petua ini. Nak sedap suara macam Dato' Siti? Buat amalan berikut:
  • Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. 
  • Selalu minum air asam jawa. 
  • Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu bukan macam "Loud Speaker"
Baguskan, petua ini mengajar tatatertib berbicara. Kadang-kadang Iffa perasan juga segelintir wanita suka cakap lepas and kuat, jadi secara tidak langsung jika masyarakat umum melihat ia menjejaskan imej wanita terbabit. Ayah Iffa selalu puji Dato' Siti bercakap, memang bersopan dan penuh tertib. Cayalahh!

PETUA 7: MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
Bagi kaum perempuan mesti dah biasakan dengar istilah "bunting padi" ini. Macam mana nak tahu? Senang aja, tengok kaki model-model, kebanyakkan mereka mempunyai betis bunting padi. Meh Iffa tunjuk gambar sikit:

Inilah Betis Bunting Padi
Lagi satu jenis, betis "batang pisang", pernah tengok batang pisangkan? Macam mana bentuknya? Ia, Lurus ajaa.. tapi orang kata, orang yang mempunyai kaki batang pisang ni, kakinya kuat dan tidak mudah dapat sakit lutut, betulke? Ape-ape jelakan, jom tengok macam mana nak urut betis bunting padi.
  • Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. 
  • Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti. 
Wow, second bullet macam best kan, baru tahu ni, tips yang sememangya best!

PETUA 8: PAYUDARA MONTOK
Ini satu lagi petua yang best and Iffa berani guarantee yang ramai dari kita selalu melakukannya. Buat wanita-wanita diluar sana, pesanan khas buat anda semua:
  • Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
Kadang-kadang kita tak sedarkan, meniarap ni best, tapi tak nak dah lah buat...hehehe. Oklah, semoga 8 PETUA zaman dahulu kala ini, bermanfaat kepada anda semua. Kepada wanita, sampai-sampaikan kepada rakan-rakan wanita, kepada suami, sampai-sampaikanlah petua ini kepada isteri. InsyaAllah, jika diamalkan akan sentiasalah cantik diluar juga didalam...


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More