Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Thursday, February 10, 2011

HEALTHY WEIGHT/DIET: Coklat Gelap Mungkin Lebih Sihat Daripada Jus Buah-buahan Untuk Jantung Sihat

CoklatLupakan sebentar jus buah - coklat mungkin satu cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan anda, mengikut satu penyelidikan baru.

Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.

Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.

"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.

Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.

Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.

Tetapi peminat-peminat coklat, hati-hati: Kesihatan anda tidak bergantung kepada tarikan zaman kanak-kanak ini semata-mata.
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More