Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, February 11, 2011

INFO:Tidur Terlalu Sedikit Boleh Membahayakan Jantung Anda

Salam semua, ingat tak Iffa pernah share on EDISI KHAS LELAKI: 6 Penyebab Perut Boroi, jadi salah satu faktor yang menyebabkan perut boroi adalah tidak cukup tidur. Tidur merupakah satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah S.W.T. Jika kita tidak menjaga amanah ini dengan baik, besar kemungkinan kita berisiko untuk mengundang pelbagai masalah kesihatan ke dalam kehidupan kita. Baiklah lanjutan dari cerita tidak cukup tidur, mari kita baca artikel dari Laman Kesihatan di bawah.


Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.

Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."

Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.

"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More