Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.
Showing posts with label SET B1 |BREASTFEEDING PLUS|. Show all posts
Showing posts with label SET B1 |BREASTFEEDING PLUS|. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Tips Pantas Untuk Penyusuan Badan Yang Berjaya

Masa saya sekarang ini memang perlu di isi dengan pantas, perlu menaip dengan laju untuk memaksimumkan penggunaan masa. Jom saya kongsikan Tips Pantas utk Penyusuan Badan yang Berjaya.
BERSABAR
Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau seselesa yang anda jangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan bayi anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan satu sama lain.
TERATUR
Bayi anda belajar dan mengamalkan teknik penyusuan badan yang betul melalui pengalaman penyusuannya. Ini bermakna bahawa adalah sangat penting untuk anda meletakkan bayi dipayudara setiap kali menyusunya. Apabila kedua2 payudara dan botol diberikan pada masa yang sama, bayi akan keliru dan mungkin menolak payudara. Perkara terbaik adalah untuk mengelak dari menggunakan puting selama sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama.
KEYAKINAN
Yakinlah yang bayi anda mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan  badan. Ramai ibu baru bimbang bahawa bayi mereka tidak mendapat khasiat yang mencukupi dari susu ibu. Jadi pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat cukup nutrien.
JANGAN TAKUT UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
Kadang-kadang anda mungkin memerlukan bantuan khusus mengenai penyusuan badan, seperti memahami pelbagai kaeda penyusuan badan. Adalah penting untuk meminta pertolongan dari kaunselor terlatih, atau mendapat sokongan dan nasihat dari ibu-ibu berpengalaman yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu untuk menjayakan Penyusuan Badan. Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk menyokong kesihatan dan penyusuan badan, Ibu-ibu bolehlah berhubung terus dengan saya untuk khidmat nasihat PERCUMA dan membuat pesanan di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170.
Sedikit pesanan penaja sebagai peringatan untuk kita semua:
hebatnya-orang2-yang-beriman
Selamat beramal, meraih fadhilat Rejab dengan sebaiknya.
Salam sayang dari saya!
Iffah Anuar | Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID-846148) | 013-5810170 | faheem.wardrobe@gmail.com | Shaklee One Stop Centre |

Tuesday, May 8, 2012

INFO - Susu Ibu Adalah Yang Terbaik

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik
Satu daripada pengalaman yang paling manis yang anda boleh alami adalah menyusu badan. Menyusu badan membina ikatan kemesraan yang unik antara anda dan bayi. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi kesemua nutrien yang bayi perlukan dalam jumlah yang betul, pada suhu yang betul. Ianya senang di hadam dan di serap dengan dengan berkesan. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.
Oleh kerana ianya lebih ekonomi dan menyenangkan, anda akan menjimatkan masa dan wang. Sama ada anda menyusukan badan selama beberapa minggu atau beberapa bulan, anda memberikannya permulaan yang terbaik dalam kehidupan kerana kajian menunjukkan bahawa bayi menyusu badan lebih pintar dan lebih sihat.
Fakta lain yang menarik adalah ibu yang menyusu badan dapat mengembalikan bentuk badan lebih cepat kerana ia menggunakan lemak tambahan yang disimpan di dalam badan sewaktu kehamilan!
KEAJAIBAN SUSU IBU
Susu ibu sangat unik kerana kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Sebagai contoh, susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah berbeza dengan susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi cukup bulan. Bayi yang diberi susu badan sepenuhnya tidak memerlukan sebarang air, vitamin atau zat besi tambahan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama selepas lahir kerana susu ibu menyediakan kesemua nutrient dan cecair yang bayi perlukan namun haruslah dipastikan tubuh ibu terlebih dahulu sihat dan mendapatkan nutrien yang lengkap dengan keperluan nutrisi ibu yang menyusu badan.
JENIS SUSU & KEBAIKANNYA UNTUK BAYI
JENIS SUSU WAKTU DIHASILKAN CIRI-CIRI & FAEDAH
  • Kolustrum (Susu Awal/Pertama)
Lewat kehamilan sehingga 5 hari selepas kelahiran
  • Pekat dan kekuningan
  • Tinggi kandungan kalsium, kalium, protein, vitamin larut lemak, mineral, sel darah putih dan tinggi kandungan antibodi*.
  • Terutama penting  untuk mengelakkan jangkitan pada bayi
  • Peralihan
Antara hari ke 5 dan ke 10
  • Warna lebih putih berbanding kolostrum.
  • Mempunyai komposisi pertengahan di antara kolostrum dan susu matang
SELEPAS HARI KE 10
  • Matang (Terbahagi kepada 2; (1) Susu Hadapan dan (2) Susu Belakang)
Selepas hari ke 10
  • Lebih cair dan lebih putih
  • Mengandungi air, lemak, karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, asid amino dan enzim
(1) Susu Hadapan /Foremilk Di permulaan penyusuan
  • Membekalkan cecair
  • Tinggi kandungan air dan laktosa**.
(2) Susu Belakang/Hind Milk Di akhir penyusuan
  • Membekalkan protein, lemak dan antibodi tambahan*.
  • Tinggi kandungan lemak dan kalori.
* Antibodi – sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan sebagai tindak balan terhadap bahan asing yang mungkin memrbahayakan badan, cth bahan kimia, virus atau toksin bakteria.
** Laktosa – karbohidrat utama susu, juga dikenali sebagai ‘gula susu’
___________________________________________________________________
Sudah lama saya tidak berkongsi dengan anda melalui blog peribadi saya ini SMS.com. Ramai juga yang bertanya, masih aktif dengan aktiviti Pro BF? Masih aktif bersama Shaklee? Ya, kedua-duanya masih aktif, mungkin kekangan masa membuat saya lebih tertumpu pada perkongsian di Facebook.
Baiklah, di SOSC kami menawarkan rangkaian set penyusuan mengikut keperluan ibu-ibu. Jadi, ibu-ibu mempunyai pilihan untuk memilih set penyusuan yang bersesuaian dengan keperluan dan budget ibu-ibu. Kami di SOSC komited dalam memberi konsultasi baik dari segi pengambilan supplement mahupun berkait dengan penyusuan susu ibu kerana kejayaan anda adalah MATLAMAT kami.

 
Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya di 013-5810170 atau email: faheem.wardrobe@gmail.com

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik! Bersama menjaga amanah Allah SWT dengan memberikan bayi kita hanya yang TERBAIK!

Iffah Anuar
Shaklee ID: 846148

Thursday, December 22, 2011

Tips Lagi? Yes, Tis Nak Banyakkan Susu!

Dah lama share tips ni di SHAKLEE GBS.. today nak share with ibu2 diluar sana pula.. (rasanya macam pernah share dalam entry2 terdahulu…) kita refreshkan semula!

Ibu Mengandung_Edited Flyer

  1. # Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. # Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. # Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. # Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. # Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. # Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. # Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. # Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. # Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. # Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. # Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. # Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. # Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. # Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. # Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..

Banyakkan tips yang boleh bantu anda meningkatkan penghasilan susu… Antara Nak ke TAK bak kate buku Motivasi HM Tuah!

Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama Shaklee!

IffahAnuar

Oh Tidak! Pump Susu Bila Breast Penuh??

Saya suka bertanya kepada pelanggan shaklee saya sebelum mereka mendapatkan breastfeeding set mereka dari saya..

“Apakah pemahaman anda tentang KONSEP ASAS PENYUSUAN”

pelbagai jawapan yang saya dapat, ada yang kata saya ibu baru… tidak tahu, ada yang kata beri baby susu waktu baby nak, dan macam-macam jawapan lagi..ada yang betul, ada yang kurang tepat. Bukan nak tunjuk pandai, tetapi hanya berkongsi sebab saya pun ibu muda masih lagi dalam sesi mencari ilmu tentang dunia susu ibu yang unik ini!

Jadi hari ini saya nak berkongsi sedikit, pemahaman ringkas (kita bukan scientist utk fahami proses pengeluaran susu smp keperingkat sel..just tahu yg asas sudah memadai).

Apa yang SALAH?

"Susu semakin berkurang... dari 3 hours ke 6 hrs ke 8 hrs..now 10 hrs..utk pump"

"Now ni after 10 hrs baru susu berat(breast rase penuh)"


Ibu2, kita pump atau melakukan pengosongan breast bukan bila breast tu penuh dengan susu.. TETAPI

Apa Yang BETUL?

Kita perlu melakukan pengosongan breast setiap 2-3 jam (lebih kerap lebih bagus) untuk memastikan signal permintaan(DEMAND) yang berterusan dihantar ke otak bagi membolehkan otak menghantar signal bagi perembesan hormon OKSITOSIN berlaku..barulah penghasilan susu terjadi secara ringkasnya (SUPPLY)

OKSITOSIN adalah hormon penting utk stimulate milk ejection. Ia akan merangsang otot2 disekitar payudara untuk mengeluarkan susu...

Inilah yang dimaksudkan dengan KONSEP ASAS PENYUSUAN:


"SUPPLY Vs DEMAND"

Jika diibaratkan, seperti memandu kereta lumba F1, jika kita inginkan PECUTAN yang lebih(SUPPLY) kita haruslah menekan pedal minyak(DEMAND) dengan kerap utk memastikan PECUTAN yg konsisten...


Jadi apa pula fungsi SUPPLEMENT?

Jika kita memandu kereta lumba? adakah dengan hanya menekan pedal minyak....kita boleh menang sesuatu perlumbaan??

Kita mestilah memastikan, kereta berada dalam keadaan TIP TOP untuk high performance :) Jika kereta, kita service.. jika tubuh manusia.. SUPPLEMENT adalah jawapannya ...

Jika anda memerlukan KONSULTASI berhubung penyusuan SUSU IBU dan SUPPLEMENT, sila hubungi saya:


PM Iffah Anuar

atau
EMail: faheem.wardrobe@gmail.com atau
SMS/Whatsapp: 013-5810170

Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!

Iffah Anuar

Friday, December 2, 2011

Budayakan Penyusuan Bayi dengan Susu Badan


Berita Harian_Ratu_Budayakan Penyusuan Bayi dengan Susu Badan_Shaklee One Stop Centre_SayaMahuSihat
Semakin hari, kepentingan susu ibu mendapat perhatian ramai pihak. Semalam, Budaya Penyusuan Susu Ibu ditekankan di Media Cetak, Berita Harian. Terima Kasih buat Aidi dan Nurul, rakan FB yang berkongsi keratan akhbar di atas. Kecil bukan untuk dibaca. Jangan risau bagi anda yang terlepas untuk memiliki akhbar Berita Harian semalam, saya bawakan versi online di SayaMahuSihat.com.

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan
Oleh Hidayah Mohammad
hid@bharian.com.my
2011/12/01

Bilangan wanita susukan bayi meningkat
PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah 'tempoh kritikal' kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yang dihasilkan pada fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi baru dilahirkan.
Justeru, susu hendaklah dimulakan pada jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas enam bulan, penyusuan badan perlu diteruskan bersama makanan pelengkap yang sesuai sehingga anak berusia dua tahun.
Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan dan ia mempunyai bahan yang tidak ada dalam susu formula bagi membatu mencerna nutrien dengan lebih baik. Nutrien yang diperlukan dalam pemakanan lengkap untuk bayi ialah protin yang mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.
Susu yang mengandungi sejenis enzim sipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sungguhpun begitu banyak manfaatnya ketika rutin penyusuan si kecil. Namun, bilangan ibu di Malaysia yang melakukannya tidak begitu memuaskan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga, pada 2006 menunjukkan bilangan ibu yang memberi susu kepada anak mereka semakin meningkat.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.
Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.
Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.
Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.
“Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.
Program berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. Hadir sama. Timbalan Pengarah LPPKN; Dr Anji Doshi Gandhi; Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan; wakil NSM, Prof Dr Poh Bee Khoon dan wakil OGSM, Dr Kiren Sidhu.
Terdahulu, program MSC diperkenal selepas menyedari ramai ibu muda mengalami masalah menyusukan bayi dan kurang pengetahuan mengenainya.
MSC dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Paediatrik Malaysia (MPS), Persatuan Obstetrikal & Ginaekologikal Malaysia (OGSM) dan LPPKN, selain syarikat pemimpin global yang mengutamakan kesihatan ke arah memperbaiki kehidupan masyarakat, iaitu Philips AVENT.
Sementara itu Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan, berkata program MSC seiring dengan usaha kerajaan untuk menjana generasi Malaysia sihat bermula daripada peringkat awal usia.
Katanya, masyarakat perlu percaya memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalinkan ikatan antara ibu dan anak dan menyediakan asas yang kukuh bagi amalan pemakanan sihat.
“MSC menjadikan ibu di Malaysia sebagai kumpulan sasar dengan memperkasakan mereka menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada si kecil. Program itu dijalankan dalam beberapa peringkat dengan menjadikan fasa pertama penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap sebagai fokus utama. Fasa kedua, memberi tumpuan kepada penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak-kanak berusia enam hingga 12 bulan.
“Pada fasa ketiga pula, tumpuan diberikan terhadap pemakanan berkhasiat yang betul untuk anak berusia 13 bulan hingga 24 bulan. Ia meliputi penyusuan susu ibu, pilihan makanan pelengkap bayi serta makanan sihat yang disediakan,” katanya.
Sejajar dengan usaha membudayakan amalan pemberian susu ibu, MSC akan menerbitkan buku panduan percuma berjudul “Menyusu dengan Yakin”, di samping menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai penyusuan susu ibu secara percuma.
Buku panduan itu akan diedarkan kepada wanita hamil di rangkaian hospital dan klinik, manakala ceramah bertujuan melatih jururawat membantu ibu mengenai cara menyusu susu ibu pada peringkat awal selepas melahirkan bayi.
Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengenalan buku panduan itu, MSC akan mengedarkan poster mengandungi maklumat cara untuk mendapatkan buku panduan itu sebagai inisiatif untuk mendidik dan menggalakkan ibu Malaysia menyediakan nutrisi yang baik bagi bayi yang baru lahir.
INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit
  • Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.
  • Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.
  • Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu
    # Antibodi - bahan melawan jangkitan
    # Sel darah putih - membunuh kuman
  • Faktor bifidus - menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan
  • Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.
Pemakanan lengkap untuk bayi:
  • Protein - Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Lemak - Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik
  • Karbohidrat - Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.
  • Zat besi - Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Atau anda boleh berkunjung ke –> http://www.bharian.com.my/articles/Budayakanpenyusuanbayidengansusubadan/Article/
untuk membaca artikel tersebut. Semoga usaha murni kita untuk mengetengahkan kepentingan susu ibu ini akan terus mendapat perhatian masyarakat dan dunia… InsyaAllah!!
Jom, Selangkah Lebih Sihat Bersama SHAKLEE!!
IffahAnuar

Saturday, February 5, 2011

Testimonial: Hidayah - after 4days consume set B shaklee ni i rs my pumping session jd mkn seronok..production susu melimpah ruah!

Nur Hidayah
to Iffa Anuar..after 4days consume set B shaklee ni i rs my pumping session jd mkn seronok..production susu melimpah ruah..Alhmdllah rezeki for my lil princess..
about an hour ago ·  ·  · Remove Tag 

  • Elina Anile likes this.

    • Nur Hidayah el..hg like eh?hehehe
      29 minutes ago · 

    • Iffa Anuar waahh...alhamdulillah, boleh Iffa share experience Hidayah dgn ibu2 lain? sronok kan bile susu melimpah ruah..Iffa tumpang gembira! suke sesangat~ Tahniah ye moga perjalan BF kali ini berjaya dgn jayanya.. teruskan usaha, istiqamah dan jgn lupe doa n tawakal pada Allah yg berikan rezeki susu buat lil princess..
      11 minutes ago · 

    • Nur Hidayah tula mmg syukur sgt2..mmg kepuasan buat seorg ibu bila dpt bg sepenuhnya breastmilk utk anknya...
      7 minutes ago · 

    • Iffa Anuar Alhamdulillah, insyaAllah. Iffa sentiasa doakan customer Iffa sukses dlm BF..Amiiin
      2 minutes ago · 

Alhamdulillah happy rasa hati bila Hidayah Tag Iffa di FB hari ini. Hidayah adalah  ibu yang telah bertekad untuk menyusukan anak keduanya secara esklusif. Alhamdulillah, Allah pertemukan jodoh Hidayah dengan Shaklee. Baru Iffa pos Trial Pack Set B pada Hidayah minggu lalu, alhamdulillah.. selepas hari ke-empat, Hidayah semakin jatuh cinta untuk mengepump susu.. katanya production susu melimpah ruah! Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan kepada Hidayah.


Iffa sedang sibuk, menyiapkan lauk pauk untuk kenduri aqiqah malam ini. Aqiqah buat anak kakak yg pertama. Lauk yang special mak buat, nak tau apa? kenela datang ke rumah.. yang pasti salah satu menunya ialah "Masak Lemak Cili Padi" specially cook minang style~ pastu ada Gulai "L****K..oops, rahsia, laparnya perut tapi lauk belum siap lagi. Iffa pun baru je selesai basuh ayam untuk buat ayam goreng berempah ala-ala goreng ayam nasi kukus tu. Berkeroncongnya perut ni.


Berbalik kepada cerita Hidayah, apakah set yang Hidayah ambil? Untuk permulaan, Hidayah mahu mencuba Set B (Breastfeeding Basic). Essential Vitamins yang ada di dalam set ini ialah, Vita-Lea(Multivit) - 30 tabs, Vita-C - 30 tabs, B-Complex -30 tabs untuk memulihkan tubuh badan ibu agar menjadi lebih bertenaga, sihat dan segar serta Alfalfa sebagai Milk Booster sebanyak 60 tabs. Set permulaan ini boleh dimiliki dengan harga RM 80 sahaja dan penghantaran adalah percuma. Iffa juga memberikan Free Gift untuk setiap pembelian Trial Pack (Nnt Iffa akan beritahu ya, belum sempat nak update). 


Konsep berjaya BF dengan Shaklee amat mudah, Ingat 3 perkara yang selalu Iffa pesan ya.. InsyaAllah, penyusuan dengan ilmu yang penuh di dada pasti berjaya.. Oklah, masa untuk makan tengah hari!


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Testimonial: Puan Ayul - Before & After Shaklee!

Source: Shaklee for breastfeeding mommies


Salam, lama rasanya Iffa tidak berkongsi Testimonial dari pengguna-pengguna Shaklee baik dari customer Iffa, mahupun customer GBS yang lain. Pagi-pagi ini, Iffa tertarik dengan apa yang di share oleh seorang blogger, Puan Ayul. Jom kita ikuti cerita yang di share sendiri oleh beliau.

I was introduced to the trial pack for breasfeeding mommies by my good friend Puan Nurul Aula the first day i started working. I am always fascinated in being healthy and trying out new things, so why not? It doesn't hurt trying right? Plus i am passionate in breastfeeding and always strive to give the best to my daughter insyaAllah..

Before Shaklee

I used to be very exhausted and drained due to my baby constantly wakes up at night for feeding. As I mentioned before she's quite a drinker! So i'll wake up around 10am the earliest everyday during confinement. Apart from that, i pumped whenever i'm free to keep stocks, however the volume is standard, not too low not too high, because i am using a good pump which suits me. I ended up feeling tired and cranky at the end of the day. So i wonder, how would it be when i start working..i bet it would be worse. and i dread the thought about it!

After Shaklee

After 2 weeks of consuming the trial pack which includes Vitamin C, B complex, Vitalea and Alfalfa, i started to see the result. My volume of milk increases and it maintains even though i pumped 3 times a day. Even after my daughter's Subuh feeding i would get at least 7oz and could reach to 10 oz during the morning pumping session + 5 oz each at least during session #2 and #3. My milk colour is yellower compared to the previous ones and to my friends' due to the vitamins. Apart from that, i am very energetic during working hours and i don't feel sleepy or fatigue. My friends are my witness hehehe. As for my daughter she'll only wake up once for feeding or if she breastfeeds right before bedtime, she'll sleep all the way to the morning. It's also easier for me to put her to sleep. She's a happy baby now! She is also developing really well but not to the extend of obesity.


I know every baby has their own pace of development and everybody has different reactions towards vitamins. As for me alhamdulillah, Shaklee vitamins works excellent! Though i wasn't a keen vitamins consumer, the result of consuming these vitamins makes me an avid vitamin consumer hehehehe. Thanks to Aula for introducing me to Shaklee!!


Rezeki Iris this morning, alhamdulillah...

Alhamdulillah, mudah-mudahan rezeki susu Puan Ayul akan bertambah meriah lagi. Happynya Iffa bila makin ramai ibu-ibu yang berjaya BF dengan Shaklee. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kemuruduman susu, jangan berputus asa. Masih ada usaha yang kita boleh lakukan, InsyaAllah, kata orang "Usaha Tangga Kejayaan".


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Thursday, January 13, 2011

Testimonial: Puan Suryati - Dulu 1 oz pun Susah Nak Dapat

Salam semua, ini email dari pelanggan setia Alfalfa.. Semalam kan sesi follow-up Iffa bersama ibu-ibu yang telah mengambil supplement Shaklee. Puan Suryati, telah mencuba Trial Pack Shaklee Set B dan kerana suka dengan hasil yang diperolehi, beliau telah repeat order dengan menambah Alfalfa..


Mari baca reply email beliau~`(Tiada yang diedit ya kerana Iffa post entry ini direct from GMAIL faheem.wardrobe).


---------- Forwarded message ----------
From:Suryati
Date: 2011/1/13
Subject: Re: Alfalfa
To: Faheem Wardrobe <faheem.wardrobe@gmail.com>


wslm..


khabar baik.. alhamdulillah.. susu sy ada la peningkatan.. kalo dulu nak dapat 1 auns pon susah.. skang ni 2-3 auns.. cukup bersyukur walaupun tak byk mane.. baby pon jarang mengamuk kalo tgh breastfeed. :).tp sy still bg FM.. sbb dari pantang dia dah dapat FM kan.. 
btw, thanks. nanti kalo dah abis stok saye order lg :D



On Wed, Jan 12, 2011 at 4:34 PM, Faheem Wardrobe <faheem.wardrobe@gmail.com> wrote:

Salam Suryati,

Apa khabar? lama tak dengar cerita? Baby sehat? Production susu macam mana? hope to hear great news from you. Iffa dah buat blog khas untuk Shaklee & breastfeeding..bile2 free bolahla visit


Rgds,
Iffa @fw-shaklee2u




Iffa harap Puan Suryati akan teruskan usaha murni beliau untuk menigkatkan produktiviti susu beliau sehingga tidak lagi memerlukan FM di topup kepada baby. Ingin Iffa ingatkan sekali lagi, faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan penyusuan ialah:
  1. Kekerapan stimulasi yang dilakukan kepada breast sama ada direct feeding atau breastpumping (Konsep Supply on Demand)  
  2. Pengambilan diet harian yg seimbang (Memahami konsep penghasilan susu ibu dan nutrient yg menyumbang kepada penghasilan susu ibu)
  3. Doa 3x!, Tawakkal setalah berusaha.. dan seharusnya istiqamah dalam apa jua tindakan kita
Baiklah, setakat ini dulu.. Ibu-ibu di luar sana, sekiranya anda mempunyai masalah kemuruduman susu, jangan sedih atau berputus asa. Pasti masih ada lagi usaha yang mampu untuk kita lakukan untuk meningkatkan kembali produktiviti susu kita disamping tidak putus-putus berdoa agar Allah mencurahkan lebih banyak rezeki susu untuk anak kita tersayang... InsyaAllah. Usaha Itu Tangga Kejayaan.

Wallahualam...

Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Wednesday, January 12, 2011

Testimonial: Puan Fira, Puan Azah, Puan Alira - Berterima Kasih kerana Bertemu Shaklee

Special Entry lagi untuk Set C or Confinement Set Shaklee dan juga Set B or Breastfeeding Set Shaklee. Hari ini Iffa buat follow-up pada customer yg consume Shaklee Trial/Full Pack baru-baru ni. Iffa suka follow-up customer-customer Iffa, bertanya khabar dan perkembangan mereka bersama Shaklee. Bukan semua yang berjaya dalam mencapai matlamat masing-masing. Ada yang memberi seribu satu alasan seperti sibuk bekerja, tiada masa dan sebagainya untuk memulakan bekalan FM kepada baby, walaupun terasa sedih tapi Iffa telah sedaya usaha untuk membantu, yang lain terserah kepada anda semua di luar sana.


Ibu-ibu yang sukses dalam penyusuan esklusif, merupakan ibu2 yang memenuhi 3 pra-syarat utama yang digariskan dalam kejayaan breasfeeding bersama Shaklee (Boleh refer entry Iffa sebelum ini). Secara ringkasnya:
  1. SYARAT PERTAMA : Memahami Konsep "Supply On Demand" , Lebih byk stimulasi, lebih banyak ransangan akan dihantar ke otak untuk memberi signal kepada kelenjar susu menghasilkan lebih byk susu. Pastikan, perahan susu dibuat sehingga breast dikosongkan - baby kita minum sehingga perutnya kenyang, bukan sehingga breast kita dikosongkan.
  2. SYARAT KEDUA : Pemakanan yang seimbang. Fahami konsep penghasilan susu badan dan nutrient yang diperlukan dalam penghasilan susu badan (Untuk lebih memahami, bolehla rujuk kepada konsultan laktasi kerana mereka merupakan pakar yang arif di dalam bidang penyusuan). Sekiranya, kita dapat memenuhi diet yang seimbang ini, pengambilan supplement adakalanya tidak perlu, tetapi bergantung kepada individu kerana setiap individu itu unik. Sesetengah individu, mempunyai kebolehan tubuh badan untuk menyerap nutrient-nutrient yang diambil dengan sempurna, manakala ada sesetengah individu tidak. Bagi mereka yang tidak mempunyai gaya hidup sihat atau terlalu sibuk untuk memerhatikan diet harian, pengambilan supplement adalah perlu untuk menampung kekurangan nutrient dalam tubuh badan.
  3. SYARAT KETIGA : Doa, Doa, Doa .. Disusuli Tawakkal kepada Allah dan sentiasa Istiqamah untuk melengkapkan ketiga-tiga syarat yang dinyatakan.
Berbalik kepada follow-up Iffa dengan customer-customer Iffa.. marilah baca pengakuan mereka..


Puan Alira, Gombak - Set C: Confinement Set/ Set Berpantang
"Alhamdulillah kami chat :), akk wat stok susu sampai x muat peti dh, peti 1 pn2 n thn 2 mggu je kn, bebi pn akk bg skali je btl susu (bukan FM yaa), akk pam 2x je, ok x?"
"...tp mkn shaklee memg byk susu, nnt akk order lagi kalu dh abis"
Puan Alira, merupakan customer Medela Freestyle FW, selain beli Freestyle, beliau juga beli Confinement Set Shaklee. (Shaklee Vita-Lea (40 tabs); Shaklee Sustained Release Vita-C (40 tabs); Shaklee Zinc Complex (40 tabs), Shaklee B-Complex (40 tabs) dan Add On Shaklee Alfalfa Complex (80 tabs) dengan hanya RM 10) jadi semuanya RM 110 - tidak perlu lagi, untuk consume jamu-jamu yang mungkin memudaratkan baby. Beliau telah mempunyai 2/3 orang anak, dan ini merupakan kali pertama beliau berpantang menggunakan Shaklee Confinement Set. 


Alhamdulillah, Iffa tumpang gembira dengan limpahan rezeki susu beliau. Iffa sentiasa ready kak bila-bila je akak nak order lagi.. memang special price pun, terutama yang beli full pack (dapat 15% less, ikot harga member Shaklee)


Puan Fira, Bangi - Customized Set + ESP
"Alhamdulillah susu smkin byk..nanti fira tinggalkan komen di blog Iffah"
Happynya hari ini, bila dapat berkongsi kegembiraan ibu-ibu bersama Shaklee. Apa yang beliau consumed? Puan Fira sms Iffa, katenye beliau hanya mahu Shaklee Vita-Lea, Shaklee Alfalfa Complex dan Shaklee Energizing Soy Protein (Shaklee ESP). Bagi Iffa, cukuplah  dengan berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua, tiada sebarang penjelasan lagi kerana berkat usaha ibu-ibu, mereka dilimpahkan dengan rezeki susu yang melimpah ruah, Alhamdulillah.


Puan Azah, Kangar - Set B: Breastfeeding Set
"... so far akak rs ok.bdn rs bertenaga, selera mkn dah btambah, susu produce makin byk dan berkaler susu lah.dulu susu x byk smpai kdg2 ada air jernih je.tensen je rasa.kalo pump dptla 1oz. ni 1st week dpt 3 oz sekali pump.hrp bertambah lg lah. skrg ni bb minum pun cpt kenyang. poo poo die pun kaler kuning. Puas ht tgk wajah bb yg seng nk tdo. Tgk dulu sebulan ni mcm mane.pas2 akak citer lain kt Iffa :)"
"Alhamdulillah. tima ksh gak kt Iffa sbb intro produk tu :)"
Puan Azah atau Iffa terbiasa dgn panggilan Kak Azah juge merupakan customer Medela Freestyle di FW, antara customer terawal FW. Seorang ibu yang sgt tabah dan tidak mudah berputus asa. Kak azah ni, alergic to herba jadi beliau takut nk makan fenugreek atau herba-herba lain. Terbuka hati untuk mencuba Trial Pack Set B, dan alhamdulillah, baru minggu pertama sudah menunjukkan perubahan yang sangat positif. Alhamdulillah. Kenapa kak Azah mentioned kale poo poo baby beliau? Nak tahu, tunggu next entry Iffa on POO POO Diaper Decoder. 


Iffa sentiasa mendoakan semua Ibu-ibu diluar sana tidak kiralah customer Iffa atau bukan, yang sedang berjuang menyusukan anak secara esklusif, semoga Allah membuka pintu rezeki kalian dengan nikmat sihat agar kalian semua dapat teruskan usaha murni kalian menghasilkan lebih banyak susu ibu buat baby tersayang.

Faheem Wardrobe's Profile

Iffa, saje C&P post from customer Iffa di FB.. Beliau consumed Set C- Confinement Set dan juga merupakan customer Medela Freestyle di FW. Baru-baru ini, beliau sms Iffa untuk order Shaklee ESP dan Shaklee Lecithin pula... untuk membantu masalah eczema anak beliau dan untuk brain power sbb nak exam katenye. Good Luck to you yaa Dr. Sarah! All da best!


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More