Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Friday, July 29, 2011

[KPSI]–Doa Tambah Susu

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhaan…

Mari ibu-ibu gunakan pendekatan rohani untuk menambah pengeluaran susu ibu. Sesungguhnya pintu rezeki dipegang oleh Allah SWT dan Allah suka kepada hamba-Nya yang bergantung harap pada-Nya.

Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 

AMIN

*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

  • Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
  • Surah Yasin ayat 72-73
  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

INSYAALLAH....

Sharing is Caring!

IffaAnuar @SayaMahuSihat.com

Wednesday, July 27, 2011

Kenapa Saya Memilih Shaklee?

Ramai yang bertanya soalan ini kepada Iffah. Kenapa Iffah sanggup lepaskan jawatan Iffah sebagai seorang jurutera di Syarikat Minyak & Gas terkemuka di Malaysia dan kini bersama SHAKLEE? Jawapannya mudah…Sila Lihat Video Yang Sgt Mengujakan Ini!!

Jawapan kepada mereka yang bertanya: “Kenapa Saya Pilih Shaklee?”

Ramai di luar sana ingin mengubah nasib dan taraf hidup tetapi takut untuk mencuba. Ada yang telah bosan hidup makan gaji tetapi tidak tahu di mana mahu mulakan. Ada pula yang pasrah menerima hidup sebagai suri rumah tanpa mencari peluang menjana pendapat yang boleh membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga. Iffah tidak mahu membiarkan manusia memperlekeh kekurangan Iffah kerana menghidap SLE!

Inilah yang telah Iffah kecapi bersama Shaklee:

    • Masa BerKUALITI bersama SUAMI, ANAK dan KELUARGA
    • Masa BerKUALITI bersama ALLAH
    • Nikmat SIHAT setelah menderita menghidap SLE selama bertahun-tahun
    • PENGHARGAAN dari ANDA semua atas perkongsian yang Iffah berikan di SayaMahuSihat.Com juga di Shaklee One Stop Centre.
    • Financial Freedom
    • Time Freedom
    • dan banyaaaaaaaaaaak LAGI…

Hanya diri ini dan keluarga mengerti betapa bersyukurnya dapat mengecapi semua itu dan InsyaAllah lebih ramai lagi yang akan Iffah bantu untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan bersama Shaklee.

Adakah anda akan menjadi salah seorang dari mereka? Ingin mengetahui peluang-peluang hebat yang anda boleh perolehi bersama SHAKLEE? Mulakan langkah anda hari ini… TIGA(3) Cara Mudah Untuk Anda Mulakannya…

Email Iffah di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/CALL di 013-5810170

Terima kasih kepada MamaCery dan SHAKLEE .. I Love You laa..Red heartRed heart

 

Tuesday, July 26, 2011

Risau Susu Drop Pada Bulan Puasa?

Triple M_Breastfeeding_Set_Ramadhan_Special_SayaMahuSihat

Jangan risau, tanya lebih lanjut pada Iffah…bagaimana Set Idaman ramai ibu-ibu di atas boleh bantu anda semua menjalani ibadah puasa dengan tenang….TANPA perlu risau kekeringan susu..

Psssstttt.. Nak harga ISTIMEWA?? Email Iffah di faheem.wardrobe@gmail.com atau PM Iffah Anuar di FB atau tak sabar sangat nak order boleh SMS/CALL Iffah di 013-5810170.

Belum habis lagi…?? Memang belum pun..

Free_Gift_Pill_Box_Shaklee_Breastfeeding_Set_Triple M_3M_Full_PackSpecial_Gift_Shaklee_Triple M_3M_Shaklee_One_Stop_Centre

Ketahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan kedua-dua gift diatas!

 

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Pengisian Jiwa - Surah Al-Fajr

Malam ini rasa terpanggil untuk memperingati diri..

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) ...ayat 14

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! ...ayat 15

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! ...ayat 16

كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); ...ayat 17

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; ...ayat 18

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), ...ayat 19

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! ...ayat 20

كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, ...ayat 21

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Friday, July 22, 2011

What is a Die-Off Reaction or Healing Crisis?

Many people are telling me that they feel worse a few days or a week later after taking some medicines. Is this a side effect of the medicine or a “die-off reaction”? This feeling may just be normal. You can say that it is a side effect and a die-off reaction. For sure, many of you have experienced it before you got well.

Many believe that “healing crisis” occurs when the body is detoxifying and releasing stored toxins from the bloodstream through waste bowels. Yes, the lymph, liver, kidneys, and colons clean the toxins in normal speed of body cycle. However, when our body is controlled by other force of process such as drugs or modern medical technologies to detoxify, the speed of releasing toxins in the body will occur suddenly. Then, we feel sudden changes in our body, which appears to be a side effect or what we call a die-off reaction.

The process of cleansing and detoxifying is a process of elimination, but without medication, the body can eliminate toxins very slowly. Thus, without modern medication, we do not feel or we cannot determine whether we are getting well or worse in a short period time. Die-off reaction can also happen as the body replaces old, toxic tissues with new tissues. Die-off reaction may resemble flu symptoms like chills, fever, body aches, headaches, and rashes. As long as these symptoms are happening during a detox protocol, they are a natural part of the healing process and should be supported.

If you take something like herbal medicines or other medical treatments, and you experience no healing crisis, it does not mean that the dosage or the medical treatments you are taking are too small or the treatment is bunk. Most Chinese herbal treatments and some modern treatments are made to work without die-off reactions.

We just recommend that you drink plenty of water, vegetable juices, fruit juices, or mineral water. Also, regular light exercise is recommended. These will help minimize die-off reaction.

HOW MUCH WATER DO YOU NEED A DAY?

Water is an important structural component of skin cartilage, tissues and organs. Every part of our body is dependent on water.

Our body is comprised of around 75% water: the brain has 85%, blood is 90%, muscles are 75%, kidney is 82% and bones are 22% water. The functions of our glands and organs will eventually deteriorate without water.

An average adult loses about 2.5 liters of water a day through perspiration, breathing and elimination. Symptoms of the body's deterioration begin to appear when the body loses 5% of its total water volume. In a healthy adult, this is seen as fatigue and general discomfort, whereas for an infant, it can be dehydrating.

In an elderly person, 5% water loss causes the body's chemistry to become abnormal, especially if the percentage of electrolytes is overbalanced with sodium.

One can usually see symptoms of aging, such as wrinkles, lethargy, and even disorientation.

If your body is not sufficiently hydrated, the cells will draw water from your bloodstream, which will make your heart work harder. At the same time, the kidneys cannot purify the blood effectively. When this happens, some of the kidney's workload is passed on to the liver and other organs, which may cause them to be severely stressed and may develop health conditions such as constipation, dry and itchy skin, acne, nosebleeds, urinary tract infection, coughs, sneezing, sinus pressure, and headaches.

So, how much water is enough for you? The recommended amount of water you need to drink is an ounce of water for every two pounds of body weight.

 

Sharing is Caring!

IffaAnuar @SayaMahuSihat.Com

Shaklee & Healing Crisis : Pening, Sakit Kepala, Loya, Mengantuk Dll. Jangan Berhenti!

Salam buat pembaca SMS.Com yang budiman. Sudah tiba hari Mulia untuk minggu ini. Hari ini, Iffah ingin kongsikan entry yang dibuat oleh rakan Euphoria, MommyIcha dan MamaFaiz.

Shaklee & Healing Crisis

Wokeh! Entry kali ni saya nak cerita pasal HEALING CRISIS. Apa itu HEALING CRISIS? Sebab ada yang tanya, apa kesan makan ubat ni? Oh ye! Sebelum tu, meh saya betulkan term ubat kepada vitamin/suplemen. Shaklee adalah suplemen, bukan ubat. Ubat adalah sangat berbeza dengan suplemen. Suplemen adalah makanan kepada tubuh yang membantu memulihkan sistem tubuh secara perlahan, manakala ubat adalah untuk menghilangkan kesan penyakit, dan kesannya pantas.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.

  • penat melampau

  • mengantuk sokmo

  • cirit-birit

  • gatal-gatal

  • jerawat naik tiba-tiba

  • loya

  • sakit kepala

  • pening

HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

Bukan semua orang kena HEALING CRISIS ni. Bergantung pada tubuh seseorang.

Apa kata Kak Cery

Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punya perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang org menghantar perabot serta memenuhi ruang kosongdalamrumah..sure rumah tu “pening” terima perabot..hehe ). pastinya individu itu perlukan masa utk menyesuaikan diri.)

Hakikatnya keserasian memerlukan masa

Antara simptom2 dan punca2 HEALING CRISIS:

Healing Crisis Possible Reasons/Causes
Lethargy, sleepiness Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
Headache, heavy headed High blood pressure, sign of detoxification
Fever, slight fever, restlessness Increase metabolism, stimulate body immune function
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
Flatulence, gassy stomach Poor digestive system
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff Poor liver function, poor colon health and elimination system
Mucus production such as, phlegm, running nose Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
Nasal bleeding May be a sign of anaemia
Muscles and joints are aching and pain Acidic body, toxins accumulated at the affected area
Increased pain in affected part of body Speed up the healing process
Insomnia or hyperactive Poor nervous system
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
Bleeding with bowel movements May be haemorrhoid
Dizziness, hunger Hypoglycemia, anaemia
Nausea, constipation, hiccups Poor digestive system, liver problem
Slight edema (swelling) Kidney problem

Sebaiknya, rujuk kepada distributor anda untuk mendapatkan lebih pemahaman tentang supplemen dan perubahan atau ketidak selesaan yang anda alami. Sebagai pelanggan SOSC anda akan mendapat keistimewaan menyertai Group tertutup kami di FB “SHAKLEE GBS”, di mana group ini dipantau sepenuhnya oleh Euphoria Distributors. Khidmat nasihat kini anda boleh perolehi dengan mudah dan exclusive.

Next entry akan Iffah Share tentang satu artikel berkait dengan Healing Crisis yang ditulis oleh Prof. Dr. Isao Kamae.

Berminat untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA dan produk SHAKLEE pada harga yang istimewa? Email kepada faheem.wardrobe@gmail.com atau PM Iffah Anuar di FB atau, SMS/CALL Iffah di 013-5810170.

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Wednesday, July 20, 2011

[KPSI]–Panduan Mencairkan Susu Ibu

Salam semua ibu-ibu! Sedang mencari info bagaimana mencairkan susu ibu yang telah dibekukan? Ini adalah kesinambungan entry Iffah yang terdahulu… Terima kasih Mommamia!

Cara-cara mencairkan susu ibu/Thawing Frozen Breast Milk

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....

3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.

4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam-bukan air mendidih tau!.

5. AMARAN KERAS !!!

  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.

TIPS:

  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.

INFO... INFO...

Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.

Rujukan :

  1. Gambar dari http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html
  2. http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/03/bagaimana-nak-cairkan-ebm/

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

[KPSI]–Bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?

Assalamualaikum buat Ibu-ibu yang menantikan entry Iffah ini. Telah selesai menonton Wanita Hari ini. Tetamu jemputan merupakan Dr Nur Ashikin, Gynae from Hospital Sg Buloh, Pn Kamariah dan Selebriti Dynas Mokhtar. Apakah intipati perbincangan hari ini? Penerangan yang diberikan terlalu basic (Jadi kecewa sedikit Iffah setelah seharian menunggu). InsyaAllah Iffah akan tambahkan Infonya..

Wanita Hari Ini

Jadi bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?

  1. Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
  2. Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
  3. Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin)

Jadi, secara rumusannya, bagaimana susu ibu boleh tercemar adalah berpunca dari cara kita mengendalikan susu ibu, baik dari mula menyediakan peralatan perahan susu sehingga ke simpanan susu.

Dynas pesan:

Pastikan kita sentiasa membersihkan tangan sebelum kita melakukan persediaan untuk sesi perahan. Berhati-hati menguruskan susu perahan, jangan sampai tercelup jari dalam susu, dikhuatiri ada bakteria. Namun, jika tercelup jangan dibuat kerana ada anti-bakteria dalam susu, masih selamat untuk digunakan. Jangan membazir…

Bagi Item No 3 - Ibu-ibu yang kurang sihat janganlah khuatir, ada ubat yang tidak memudaratkan. Berbincanglah dengan doktor anda dan pastikan anda beritahu doktor anda yang anda sedang menyusukan anak. Setiap cairan yang keluar dari tubuh akan ditapis oleh badan terlebih dahulu, jadi jumlah yang diexcrete ke susu ibu adalah dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak memudaratkan.

Apa pula yang dikatakan “Susu Basi"?

“Susu Basi” hanyalah satu mitos. Susu ibu ini adalah sesuatu yang hidup, diperkaya dengan pro-biotic dan lactobasilus ada anti-viral, anti-bakteria dan anti-fungus. Di sebabkan itu  jika di letakkan pada suhu bilik ia mampu bertahan sehingga 4-8 jam. – Dr Nur Ashikin

Susu ibu tidak akan bertukar menjadi keju walau berapa lama ia tersimpan dalam payudara. Apabila berlaku duktus tersumbat, susu yang dikeluarkan selepas itu selalunya lebih pekat namun ia tidak basi. – Tambah Pn Kamariah.

Macam editor majalah pula…namun penerangan tentang cara pengendalian susu ibu yang diperah tidaklah dibincangkan, cuma ada slot ringkas dari MLO tentang produk storage bag and bottle diselitkan sedikit bagaimana cara simpan susu dalam storage bag dan bagaimana kedudukan ice pack yang betul.

Bagi ibu-ibu yang bekerja jangan risau anda masih boleh tonton slot ini di TV3.com.my.

Jadi, untuk mendapatkan info lanjut,bagaimana mengendalikan susu ibu untuk mengurangkan risiko pencemaran, Iffah ambil entry from MommaMia.. teman seangkatan dari Euphoria GBS.


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.

  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?

  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

  • Peti Sejuk (2 pintu)
    - bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
    - pintu bawah (0- 4 °C)
      (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
      (selepas dibekukan) - 24 jam
  • Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
    Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:

  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Rujukan :

  1. http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
  2. http://www.momschoice.com.my/blog/
  3. http://mom2muzz.blogspot.com

Baiklah, next entry Iffah akan kongsikan pula “Bagaimana cara untuk cairkan susu ibu/Thawing Frozen breast milk?”

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Monday, July 18, 2011

[KPSI]–Kecairan Susu Ibu

Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).

Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.

Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.

Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.

Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:

  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan

(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).


Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.

  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.

Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!Red heart

Berminat untuk kongsikan artikel ini? Jangan lupa sertakan Pesanan Penaja di bawah:

Pesanan Penaja Medela Freestyle Percuma di Shaklee One Stop Centre

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Rahsia Nur Kumpul 600 Oz dalam Sebulan!!

Salam ibu-ibu, ada satu perkongsian hangat yang Iffa ingin share!

Rahsia Nur Kumpul 600 oz dalam masa sebulan Shaklee One Stop Centre

Gambar di atas KURANG JELAS?? Mari Lihat gambar berikut:

Rezeki buat anakku, Mohammad Syafiq bin Junaidi & inspirasi buat semua.. 600 oz jumlahnya sejak 17 jun 2011 - 14 julai 2011.. Selamat mengepam..

Rezeki buat anakku, Mohammad Syafiq bin Junaidi & inspirasi buat semua.. 600 oz jumlahnya sejak 17 jun 2011 - 14 julai 2011.. Selamat mengepam..

-Nur Suzana Laily-

Alhamdulillah, pertama sekali tahniah pada Adik Nur kerana telah berjaya mengumpulkan 600 OZ stock susu dalam masa sebulan! Syukur..Walaupun baby lahir pra-matang, tetapi Nur sangat tabah mengharunginya.. dan Iffah pasti Nur inginkan yang TERBAIK buat anak-anaknya. Apekah rahsia Adik Nur?

Nur telah mula mengambil Shaklee seawal dari pregnant lagi. Merupakan antara ibu yang terawal mendapatkan Shaklee dari Iffah.. Sudah semestinya Nur seorang yang sangat konsisten dalam mengikuti jadual pemakanan yang diberikan… TIPS EXCLUSIVE di print  dan ditampal, kata Nur ketika Iffa berikannya dulu.

Mari kita lihat apa lagi usaha Nur, yang belum anda lakukan untuk dapatkan hasil 600 Oz dalam sebulan:

  1. Nur menyusu sambil mengepam.. pastu,mlm bgn pukul 3am & 6am utk perah susu sebelum nyusukan baby lg.. kalau x,baby kuat tersedak.. kira,nur pam sehari 30oz..separuh utk stok,separuh utk ank yg 2nd & 3rd minum.. (Punyela meriah susu sampai dapat berkongsi kebaikan dengan anak-anak Nur!!)
  2. Utk supplement kesihatan nur mkn shaklee.. utk susu,nur minum air byk, susu anmum,kerapkn penyusuan & kerapkn mengepam.. tu jer..(Yes, Itu Sahaja..mudah bukan?)
  3. Makanan pn kene seimbang..tp, nur mmg kuat mkn.. kalau mkn keju,roti,lg byk blh dpt..sbb karbohidrat & protein dia lbh lg..(Jadi ibu-ibu, janganlah risau gemuk sebab, ibu-ibu yang BF exclusive rahim lebih cepat kecut dan lebih cepat pinggul mengecil!)

Apa yang dikongsi Nur adalah termasuk dalam 3 PERKARA UTAMA yang selalu Iffah tekankan kepada anda!

  1. Supply Vs Demand - Lebih kerap kita melakukan pengosongan susu, lebih banyak signal demand di hasilkan..lebih banyak susu akan diproduce. INI WAJIB DIPATUHI.
  2. Pemakanan Seimbang – Makan jangan di sekat-sekat, tetapi janganlah sampai melaupau pula kan.. ambil megikut piramid makanan dan memenuhi keperluan seorang ibu yang breastfeed. Pengambilan Suplemen SHAKLEE, membantu memperbaiki kesihatan ibu dari dalam. Tubuh yang sihat, pasti membantu melancarkan penghasilan susu.  AIR – Perlu minum banyak, tiada alasan dalam pantang tidak boleh minum banyak air!
  3. Doa, Doa dan Doa… Pintu Rezeki dipegang Allah SWT.. dan jangan lupa ISTIQAMAH..

Mudah bukan.. Hanya 3 PERKARA UTAMA.. Jika anda follow..InsyaAllah akan dapat hasil yang sama seperti Nur..

Buat Adik Nur Sayang,

Akak Iffah doakan, moga perjalanan penyusuan exclusive Nur buat anak-anak akan dipermudahkan Allah. Moga Allah lapangkan lagi pintu rezeki Nur..buat ibu-ibu diluar sana juga..InsyaAllah.

Baiklah… buat ibu-ibu, jika inginkan KONSULTASI PERCUMA, boleh PM FB Iffah Anuar atau boleh email kepada faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/CALL Iffah di 013-5810170. InsyaAllah , moga bertemu lagi di entry baru!

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Saturday, July 16, 2011

[KPSI] – Jamu & Susu Ibu

Ibu yang menyusukan anaknya  boleh mengurangkan berat badan apabila bayinya berusia tiga hingga enam bulan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusukan bayinya tetapi hanya mengurangkan kalori.

Jamu dan Susu IbuKajian lain menyatakan ibu yang menyusukan bayi selepas sebulan bersalin berupaya mengecilkan pinggul dan mengurangkan berat badan berbanding wanita yang memberi bayinya susu formula.

Menyentuh tentang penggunaan jamu, ada banyak pertikaian oleh pengamal perubatan. Menurut Dr. Ruth Lawrence(Professor of Pediattrics, Obstetrics & Gynecology, Univesity of Rochester School of Medicine & Dentistry), herba sama seperti ubat-ubatan yang perlu digunakan dengan berhati-hati.

Walaupun ia semulajadi, tidak semua herba selamat digunakan oleh ibu yang menyusukan badan. Kebanyakan herba mempunyai kandungan yang memberi kesan sama seperti ubat-ubatan lain yang boleh menyerap ke dalam susu dan boleh memudaratkan ibu dan bayi.

Memandangkan kandungan dalam setiap herba adalah berlainan antara satu sama lain, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Adalah penting untuk anda mengenalpasti herba yang baik untuk penyusuan dan sebaliknya. Laman ini mungkin dapat membantu: Kellymom.Com

Dalam pada itu, masih tidak diketahui kaitan di antara jaundis dan penggunaan jamu. Sebaik-baiknya anda perlu menangguhkan dulu pengambilan jamu sehinggalah bayi berumur dua bulan untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul akibat jamu yang diambil.

Adalah baik jika anda dan mana-mana ibu yang menyusukan badan tidak mengambil jamu sembarangan terutamanya jamu yang tidak dilabel dan tidak diketahui kesahihan kandungannya.


Pointing upINFO:

Walaupun herba/jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat, terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu yang melalui susu ibu dan berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusuinya.

Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui di dalam fenugreek boleh mempunyai kesan yang sangat kuat pada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.

Jika ibu mengambil fenugreek secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala ini. Ini kerana pengaruh dan konsentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil dan suplemen makanan dapat berubah-ubah. Oleh itu, ibu menyusui harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba ataupun jamu.


Sukakan artikel ini? Ingin kongsikannya? Boleh tapi jangan lupa di akhir entry anda sertakan Pesanan Penaja dibawah. Link: http://www.facebook.com/ShakleeOSC

Pesanan Penaja Medela Freestyle Percuma di Shaklee One Stop Centre

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Saturday, July 9, 2011

Testimonial: Wahida Kongsi Rahsia Milk Booster

Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat

Apekah perasaan ibu-ibu yang sedang melihat gambar hasil perahan susu Wahidah Zainal seorang ibu yang telah mula mengamalkan Shaklee Supplement seawal dari proses pantang lagi? Lihat betul-betul, JUMLAH PERAHAN ialah 21 Oz!! Cemburu? Sedih kerana anda tidak dapat hasil yang sama? Buangkan segala rasa sedih dan cemburu anda sebaliknya anda mulakan langkah untuk mendapatkan hasil yang sama! Bagaimana? Yes Itu persoalan yang sepatutnya berana di benak pemikiran anda.

Bagaimana saya boleh mendapatkan hasil yang sama?

Apa yang Wahidah lakukan untuk mendapatkan hasil yang sangat mengujakan?

Alhamdulillah, anda semua jangan risau Wahidah telah berkongsi rahsianya dengan Iffah. Mari kita lihat apakah rahsia yang ingin dikongsikan oleh kami, yang boleh membantu anda InsyaAllah.

Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_Email

Assalamualaikum Iffa,

First of all sorry sangat sbb x sempat nk share kemujaraban produk shaklee tu..suka ati je nk guna word 'kemujaraban' tu kn..actually nk show betapa baik n bagus nya produk shaklee.. 1st time ida jmpe produk yg dpt selesaikn masalah sy selama ni di samping membantu para ibu2 yg berpantang. ida akn story ape je yg shaklee ni dh bantu body ida:

Masa bpantang (BF Set) - Jaundice:

Shaklee produk yg best cz x perlu la ida nk telan produk2 bsalin tradisional cm ubat periuk or jamu..ida lak jenis yg mmg susah nk mkn ubat sket la. most important , ida dpt solution utk elak mkn jamu. my 1st baby dulu jaundice n sy x dbenarkn oleh pakar utk ambil jamu. Adam (1st baby) almost kne tukar darah n pecah rekod kt HSA (hospital sultanah aminah, JB) sbb reading jaundice plg tinggi..smpi doktor tny apa yg sy mkn msa preggy..sdih sgt ..so 4 my 2nd baby (Adeeb) , shaklee is alternative x pyh mkn jamu..Yg bestnya, even adeeb ade gak jaundice but only 1 week je..abg dia dulu 1mnth...superb kn? alhamdulillah..thx sgt Iffa sbb introduce this produk kt sy..

Migrain / Sembelit :

Ida ni mmg pesakit Migrain yg tegar since form 3 lg..this produk really help me especially msa dlm pantang..even x ckup tdo, migrain x dtg menyerang pon..alhamdulillah...body x rsa letih spnjng pantang, luka jahitan pon cepat sgt baik..tu plg best..
lagi 1 psl sembelit or buasir..mmg ida ade sakit gak..so far alfalfa sgt membantu..smooth je aktiviti kt tandas..syukur sgt..klu x mmg perit n menyakitkan..

Milk Booster:
Shaklee is one of the best product yg i jmpe as milk bosster.. Alfalfa n ESP sgt best..susu makin meriah je..plg menakjubkn is sekali perah dpt 14oz..ida pon cm x caya..within 30 minit je tau, pkai manual pam (avent) jek..caya x?

so kt cni ade skit tips yg ida nk share bout my schedule pumping session..klu rsa sesuai leh la follow..pemakanan pon kne gak jga ..cam ida mmg x mkn ikan..so khasiat protein mmg dah ilang..so ESP help me gak to cover back my protein..
- 3 or 4 sesi pumping/day (ni kt opis je tau) ..balik umah kne pump gak + df
- consume 3M set (jgn skip makan yek)
- mkn 2 biji alfalfa every time lps sesi pumping
- mnum Susu Anmum (apa2 brand pon x pe) yg dicampur ESP : 2x/day (pagi/mlm)
- Mnum fresh soya + tempe (ari2 sy makan..sy suke sgt tempe..:) = as protein sbb sy x mkn ikn..

So Iffa, ni sedikit sebanyak tips yg dpt ida share utk all mommies ...once again tq dh perkenalkan SHAKLEE kt sy...wassalam

Jadi, apakah perkara utama yang harus anda lakukan? Dapatkan cukup stimulasi dari direct feeding dan breastpumping. Masih ingat 3 Perkara Utama yang Iffah selalu tekankan? Yang Pertama yang wajib anda patuhi ialah “Supply Vs Demand” konsep. Minimum 8-12 kali sesi perahan/direct feeding dalam masa 24 jam adalah wajib untuk anda lakukan dengan istiqamah.

Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:

  1. Tubuh yang sihat
  2. Supply Vs Demand
  3. Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
  4. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  5. Istiqamah iaitu konsisten.

Apa yang Iffah suka tentang Shaklee Supplement ialah “Ia bukan sekadar Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Terasa rugi bukan kerana anda masih belum mencubanya?

Mari Iffah kongsikan, gambar hasil perahan Wahidah yang di kongsikan bersama Iffah di FB. Moga ia memberi semangat buat anda untuk meneruskan perjuangan penyusuan secara esklusif.

Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 28Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 27

Wahidah juga turut berkongsi pengalaman beliau di blog peribadi beliau. Anda bolehlah membaca kisah beliau di link berikut:

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat atau konsultasi secara percuma dan juga ingin mendapatkan shaklee product pada harga istimewa, sila emailkan kepada Iffah di faheem.wardrobe@gmail.com atau anda boleh SMS/Call Iffah di 013-5810170 atau PM Iffah Anuar di FB.

Sebelum terlupa, bagi yang masih belum mendapat “Tips Penyusuan Esklusif” bagi Ibu-ibu yang mengambil supplement Shaklee. Jangan berlengah lagi. Email kepada Iffah sekarang!

Sharing is Caring!

IffahAnuar @SayaMahuSihat.Com

Friday, July 8, 2011

[KPSI]–Jaundis Susu Ibu Jadi Penawar

Bayi_Jaundis_Menimbulkan_Kebimbangan_Ibu_Bapa_SayaMahuSihat_ShakleeHampir semua bayi baru lahir pada masa kini akan mengalami jaundis. Dalam kebanyakan kes, jaundis di kalangan bayi baru lahir dianggap proses yang normal. Kebanyakan penyelidik melalui kajian masing-masing merumuskan ia merupakan pelindung bayi daripada kesan radikal bebas oksigen.

Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai physiological jaundice. Ia bukannya penyakit! Selagi paras bilirubin tidak mencecah paras berbahaya, ia tidak memudaratkan.

Bayi pramatang atau kurang berat badan amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutamanya diawal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis.

Kolostrum dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran bilirubin dari sistem tubuh bayi.

Ambil Masa

Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen dari udara.

Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem bayi.

Bilirubin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi.

Walau bagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya memproses dan membuang bilirubin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi.

Kebiasannya, hati bayi baru lahir mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu untuk menjadi matang bagi menangani pertumbuhan bilirubin dalam darah.

Secara puratanya bayi baru lahir yang normal akan mengalami paras tertinggi iaitu 6mg/dl sekitar hari ketiga hingga kelima. Namun ia akan turun kira-kira 2-3 mg/dl di akhir minggu pertama dan beransur menjadi1 mg/dl di akhir minggu kedua selepas tarikh kelahiran.

Bagi mengatasi masalah peningkatan paras jaundis, rawatan terapi poto akan disaran oleh kebanyakan doktor. Rawatan ini memerlukan kulit bayi didedahkan kepada lampu biru yang berupaya memecahkan bilirubin sekaligus memudahkan penyingkirannya dari sistem tubuh bayi. Ia sangat efektif kerana terapi ini boleh menurunkan paras bilirubin dengan pantas.

Panduan Mengelak dan/atau Merawat Jaundis

  1. Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Kolostrum bertindak sebagai laksatif dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.
  2. Elakkan memberi bayi air! Perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.
  3. Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap dua jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.
  4. Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payu dara dan membuang najis kurang dari tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan.
  5. Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Dengan hanya memakai lampin dan dedahkan dia dikawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti anjung di luar rumah.
  6. Anda perlu mengelakkan dari mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.

Jenis-Jenis_Jaundis_SayaMahuSihat_Shaklee_One_Stop_Centre

Suka artikel ini, ingin kongsi artikel ini kepada rakan-rakan? Kecil tapak tangan nyiru Iffa tadahkan tetapi jangan lupa di akhir entry letakkan pesanan penaja:

PESANAN PENAJA: Give Away Terulung dari SayaMahuSihat.Com! Dapatkan Info lanjut bagaimana anda boleh menangi sebuah Medela Freestyle Breastpump, Klik Di Sini.

Sharing is Caring!

IffaAnuar @SayaMahuSihat.Com

[KPSI] - Susu Ibu Bantu Perkembangan Bayi Pramatang

Susu ibu diakui terbaik untuk bayi. Begitu juga untuk si kecil pramatang. Biarpun sukar untuk menyusukannya, kesungguhan ibu dapat memastikan bayi terus membesar dengan sihat.

Lazimnya, ibu yang melahirkan bayi pramatang mengalami konflik emosi. Perasaannya berbelah-bahagi sama ada mahu menyusukan bayi ataupun tidak lantaran terlalu memikirkan nasib anak yang mempunyai 50-50 peluang untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun tidak berupaya untuk menyusukan bayi secara terus, ibu tetap perlu memerah payu dara sebaik melahirkan. Hal ini kerana susu perahan itulah yang akan membantu bayi meneruskan kehidupannya.

Sebagai permulaan, ibu perlu memberi kolostrum kepada bayi. Bayi pramatang secara umumnya menghadapi kesukaran untuk menyusu terus dari ibunya. Ini kerana otak bayi masih belum matang untuk mengendalikan keupayaan menghisap dan menelan. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Oleh itu, teknik gavage feeding biasanya digunakan, di mana tiub akan dipasang dari hidung terus ke perut bayi. Biarpun kolostrum pekat, ia berupaya untuk dialirkan ke perut bayi dengan bantuan graviti.

Pemberian kolostrum sangat penting bagi bayi pramatang kerana selain memberi perlindungan pertama dari jangkitan penyakit, ia turut mengandungi modular tumbesaran yang membantu sistem penghadaman bayo untuk bersedia menerima pemakanan melalui mulut dengan lebih cepat.

Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diberi susu formula akan muntah dengan lebih kerap dan terpaksa meneruskan pengambilan makanan melalui tiub lebih lama. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.

Ketika memerah susu, ibu digalakkan melakukannya berhampiran bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi boleh membantu ibu dalam proses memerah susu. Apabila ibu memerah susu dan pada masa yang sama melihat bayi, pasti akan terbit rasa keibuan sekali gus menjadikan proses mengepam menjadi lancar. Sebaliknya, jika berasingan daripada bayi, susu sukar keluar akibat ibu stress dan asyik memikirkan keadaan bayi.

Setelah ibu dibenarkan keluar hospital, ibu masih perlu terus mengepam di rumah. Di rumah ibu perlu mengepam 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Kesan ransangan yang kerap, pengeluaran susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.

Menyentuh tentang pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang, aspek kebersihan perlu diutamakan. Untuk itu, setiap kali sebelum mengepam, tangan perlu dicuci. Selesai mengepam, susu perlu disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.

Susu perahan yang hendak dibekalkan kepada bayi setiap hari perlulah segar. Oleh kerana itulah lebih baik jika jarak hospital dan rumah berdekatan. Jadi mudahlah urusan penghantaran susu dibuat.

Tidak Cukup Berat
Namun, ada kajian di luar negara menyatakan penggunaan susu perahan susu akhir ibu(hindmilk) boleh membantu bayi pramatang yang amat kurang berat lahirnya. Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu memerah keluar susu awalnye(foremilk) terlebih dahulu dan disimpan secara berasingan untuk kegunaan akan datang. Kemudian susu akhirnya dikumpul dalam bekas yang akan dihantar ke hospital.

Kandungan susu akhir didapati mengandungi lemak, vitamin, protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding susu awal. Jadi, penggunaan susu akhir ini dapat mempercepatkan pertambahan berat bayi.

Dalam beberapa kajian didapati bayi berumur seawal 32 minggu (usia kandungan) dengan berat 1100g sudah boleh menyusu terus ke payu dara. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi pramatang memulakan penyusuan pertamanya secara efektif pada umut dan berat yang lebih sedikit daripada ini.

Anda dapati artikel ini sangat informatif dan bagus untuk dikongsikan? Ya, sila kongsikan tetapi jangan lupa, diakhir entry anda untuk meletakkan pesanan penaja ini:

Pesanan Penaja: Ingin berikan yang TERBAIK kepada anak anda? Impikan memiliki sebuah Medela Freestyle tetapi mempunyai kekangan? Dapatkan ia secara PERCUMA. Klik Di Sini untuk mengetahui Lebih Lanjut!

Sharing is Caring!
IffahAnuar @SOSC

Sunday, July 3, 2011

[KPSI] - Penyusuan Bayi Baru Lahir


Selepas 4 hari kelahiran, susu matang akan mula terhasil. Kekerapan menyusukan bayi dapat memacu anda kearah kejayaan penyusuan susu ibu secara esklusif.


Mencari Puting
  1. Bayi anda mempunyai naluri semulajadi bagi membolehkannya mencari puting payudara ketika dia kelaparan. Keadaan ini dikenali sebagai rooting reflect. Dalam tempoh beberapa hari pertama kelahirannya, anda perlu meransang refleks ini dengan kerap mengusap pipinya. Kesannya, bayi pasti segera berpaling ke arah payu dara anda dan mula mencari puting untuk menyusu susu ibu.
  2. Sekiranya bayi anda tidak memusingkan kepalanya, picit perlahan-lahan kawasan belakang aerola anda sehingga beberapa titisan susu ibu terbentuk. Sentuh bibirnya menggunakan puting. Dengan cara sedemikian, ia berupaya menggalakkan bayi untuk membuka mulutnya.
  3. Angkat kepala bayi berhampiran payu dara supaya dagunya menyentuh payu dara. Dalam pada itu, pastikan lidahnya berada di bawah bahagian puting. "Pandu" payu dara anda masuk ke dalam mulutnya.
Melekap
  1. Sebaik sahaja melekap pada payu dara, dia akan mula menghisap payu dara anda menggunakan rahangnya. Ini dapat dilakukan dengan menekan takungan susu pada dasar aerola. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan mengalami kesakitan di bahagian tersebut dan pada masa yang sama bayi tidak mendapat bekalan susu ibu sperti yang sepatutnya.
  2. Dari pandangan hadapan, rahang bayi yang melekap dengan baik akan kelihatan terbuka luas dan mulutnya penuh dengan payu dara. Anda turut dapat mengenal pasti bayi menyusu dengan betul atau sebaliknya dengan melihat bagaimana pelipis dan telinganya bergerak. Keadaan ini sebenarnya membuktikan bahawa otot rahangnya sedang bekerja keras memperoleh susu ibu mencukupi.
Pisahkan Dari Payu Dara
  1. Biarkan bayi anda menyusu seberapa lama yang dikehendakinya. Payu dara anda akan kelihatan lebih kecil dan ringan apabila susu telah habis dihisap oleh bayi. Apabila bayi tidak lagi mahu menyusu, alihkannya dari payu dara untuk menyendawakannya. Jangan tarik puting anda! Sebaliknya sisipkan jari kelengkeng anda di antara rahangnya bagi membolehkan dia berhenti daripada terus menghisap.
  2. Lekapkan pelapik payu dara pada bahagian payu dara yang telah dikeringkan. Selepas selesai menyusu, dukung bayi dengan kedudukan kepalanya di atas bahu bagi membolehkan anda menyendawakannya agar tidak berlaku masalah muntah susu pula.
Semoga perkongsian hari ini, memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda. InsyaAllah dengan teknik yang betul, penyusuan susu ibu akan menjadi lebih mudah dan membahagiakan.
    Jika anda berminat dengan artikel ini, sila kongsikan ia bersama-sama rakan anda, namun jasa baik anda untuk backlink adalah amat dihargai. Sila letakkan link dibawah ini di akhir entry yang anda copy:

    Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com

    Sharing is Caring!

    Iffah Anuar @SMS.Com

    Saturday, July 2, 2011

    [KPSI] - Kenali Cecair Emas Berharga

    Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


    Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

    Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

    Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

    Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


    Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

    Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

    Ransang Sejak Hamil

    Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

    Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

    Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

    Keistimewaan tiada tandingan

    Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

    Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

    Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

    Jika anda berminat dengan artikel ini, sila kongsikan ia bersama-sama rakan anda, namun jasa baik anda untuk backlink adalah amat dihargai. Sila letakkan link dibawah ini di akhir entry yang anda copy:

    Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com

    Sharing is Caring!

    IffahAnuar @SMS.Com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    DISCLAIMER

    Disclaimer at SOSC

    DISCLAIMER #1

    SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


    DISCLAIMER #2

    SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


    DISCLAIMER #3

    SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


    Warning - Do Not Copy

    AMARAN KERAS:

    PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More