Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Tuesday, June 7, 2011

EDISI KHAS LELAKI: 20 Petua Mengasihi Isteri

20 PETUA MENGASIHI ISTERI

Wah, menarik bukan topik hari ini... Wahai en. Suami tolongla ambil perhatian! Petua telah diberi, hanya untuk dituruti bagi membuahkan keluarga yang dilimpahi kasih sayang dan penuh dengan keharmononian. Isteri atau wanita, memang sentiasa mahu dikasihi, lebih-lebih lagi dari insan yang disayangi bernama suami..

Mari kita lihat apakah 20 Petua mengasihi Isteri:


  1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
  2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  3. Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
  7. Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
  8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
  10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
  11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
  14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
  15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
  16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
  17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
  19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
  20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.




Indahnya, kehidupan berumah tangga.. jika sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan saling memahami. Khas buat suami ku tercinta yang sedang bekerja, "I LOVE YOU" dear... terima kasih ya, kerana senantiasa mengasihi dinda.. chewwah..kanda dinda pula di sini..


Baiklah pembaca setia.. Iffa sekian dulu buat entry ini. Sayang uooolss..


Sharing is Caring!
IffaAnuar @SOSC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More