Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Monday, November 7, 2011

Perbandingan Susu Ibu dan Susu Yang Lain

Semua spesies mamalia termasuklah manusia, mamalia maging dan mamalia maun menghasilakan susu badan untuk dijadikan minuman buat bayi-bayi mereka. Tetapi, komposisi dalam susu bagi setiap spesies mamalia itu adalah berbeza dan lain-lain sumber susu yang diperbandingkan dengan susu keluaran manusia juga memang ternyata perbezaan kandungannya, walaupun rata-rata susu keluaran yang dihasilkan memang tampak keputihan. Sebagai suatu ketetapan, susu mamalia yang dijaga secara kerap (termasuk bayi manusia) adalah kurang nilai kekayaannya (kepekatannya). Ia bersifat kurang pekat, mempunyai kandungan air yang tinggi, berbanding dengan susu mamalia yang dari mudanya dijaga kurang. Susu keluaran manusia biasanya lebih halus akan teksturnya dan lebih manis berbanding susu keluaran lembu segar.

Secara amnya, susu lembu tidak mempunyai kandungan vitamin E, zat besi, atau asid lemak esential yang mencukupi, ini boleh menyebabkan bayi yang dibekalkan minuman susu lembu akan mudah mendapat penyakit anemia. Susu lembu juga mempunyai kandungan protein, natrium, dan kalium yang tinggi yang dapat menyebabkan peningkatan nilai bebenan kepada ginjal bayi yang seterusnya dapat menyebabkan kegagalan dan kerosakan ginjal bayi.

Perlu diketahui bahawa bayi manusia sebenarnya merupakan spesies bayi yang lemah berbanding dengan bayi keluaran haiwan mamalia, sistem pertahanan dan kematangan bayi manusia adalah terlalu lambat untuk mencapai tahap kematangan yang optima pada tempoh masa yang singkat. Tambahan itu, protein dan lemak dalam susu lembu sukar untuk dicerna oleh sistem intertestinal bayi manusia dan ia sukar untuk diserap kedalam pembuluh dan kapilari darah, berbeza dengan susu ibu, ianya lebih kurang kandungan protein dan lemak dan teksturnya yang lebih halus dan lembut serta mudah diserap. Susu sejat mungkin mudah untuk dicerna berikutan kaedah pemprosesan proteinnya, namun kandungan nutriennya masih lagi kurang mencukupi bagi bayi. Kesan ketara yang mungkin selalu dirasai oleh segelintir bayi apabila mengambil sekali atau lebih susu lembu adalah masalah alergi susu. Lebih ketara masalah ini didiagnosis berpunca kepada protein susu lembu itu sendiri.Masalah ini masih lagi berterusan sehingga hari ini walaupun bayi diberi minum susu formula, kerana rata-rata susu formula yang dibuat khas bagi bayi atau kanak-kanak masih menggunakan sumber asasnya dari susu lembu.

Pemilihan susu lembu sebagai bahan asas oleh para pengeluar dan penghasil susu formula kerana susu lembu dilihat sumber susu yang murah berbanding susu keluaran kambing dan lain-lain selain penghasilan susu lembu adalah banyak dan mudah diperolehi kerana ternakan industri lebih memberi fokus pengeluaran susu dari lembu berbanding haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Salam Aidiladha!

IffahAnuar

1 comments:

tq so much for the info =)
and Alhmdullillah, i breastfeed both of my son..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More