Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Thursday, March 17, 2011

INFO: 16 Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu - Part II

Mencari sambungan entry Part I? Jangan risau, Iffa tidak akan membiarkan anda semua menunggu lama. InsyaAllah all 4 entries akan Iffa sudahkan pada hari ini juga. Mari kita sambung di entry ini untuk soalan yang ke-5 hingga ke-8.


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?




Jawapan:
Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.


Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).


Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?


Jawapan:
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?




Jawapan:
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.


Soalan:
Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:


Jawapan:
Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:

  • Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
  • Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
  • Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
  • Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
Kenapa Iffa tidak sharekan kesemua soalan terus? Jika panjang-panjang Iffa tulis, nanti ada yang teertidur pula membacanya. Biarlah bersederhana dalam setiap perkara. Nantikan sambungan entry ini ya.

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More