TIPS: Mengatasi sakit kepada Salam semua, hari ini Iffa create satu lagi slot baru.. "TIPS". Untuk ruangan TIPS Iffa akan sharekan apa-apa sahaja tip-tip tentang kesihatan, gaya hidup sihat atau apa-apa sahaja tips yang best dan bermanfaat untuk kita semua amalkan... Memetik satu sisipan dari Berita Harian pada hari ini (22/01/2011), yang berkongsi dengan pembaca tentang TIPS "Mengatasi sakit kepala". Iffa dulu-dulu memang selalu sakit kepala, migrain ... memang sakit satu badan bila kita sakit kepala ni. Then, bila migrain ni nak datang dia akan datang and bila nak pergi dia akan pergi. Seboleh-bolehnya Iffa akan avoid pengambilan ubat kerana iffa ini ada alahan kepada ubat tahan sakit. Jadi, jika Iffa sakit kepala.. tandanya "I need to go Spa~".. massage my whole body and buat refleksiologi dan satu lagi yang suka Iffa buat ialah dengan berbekam, ikut sunnah Rasulullah S.A.W. dan yang penting, sekarang ini adalah menjaga pemakanan yang sihat~` dan semestinya bersama Shaklee. Kenapa kita boleh diserang sakit kepala ni? ![]() |
Pertama - Stress atau ketegangan dlm hidup or kerja Zaman sekarang, lelaki or perempuan stress lebih kurang sama saja(mungkin lelaki lebih sikitla kan sebab pikul tanggungjawab yg besar menjadi nakhoda bahtera rumah tangga). Jadi, jika kita gagal atasi stress atau ketegangan yang berlaku dlm kehidupan seharian kita, maka kita akan mulalah mengundang sakit kepala ke dalam tubuh badan kita dan seterusnya akan bermulalah episod kemurungan yang akan menjuruskan kita kepada kemorosotan dalam kualiti hidup dan kerja. Stress ini bukan sahaja menyebabkan sakit kepala, tetapi boleh merosakkan nutrient yang sangat fragile di dalam tubuh kita. |
Kedua - Pengambilan ubat-ubatan dan makanan yang tidak sihat Sesetengah ubatan yang kita ambil, boleh menyebabkan kita sakit kepala. Begitu juga dengan mengambil makanan yg banyak menggunakan additive seperti MSG atau name panjangnya Monosodium glutamate, pengambilan minuman bercaffein dan paling teruk sekali ialah pengambilan minuman beralkohol. Ia bukan sahaja menyebabkan kita sakit kepala tetapi berupaya mengurangkan kewarasan akal dan juga kemerosotan minda untuk berfikir. |
Ketiga - Penyakit Metabolik Kekurangan gula(Hypoglycemia), kegagalan fungsi buah pinggang dan hati(kidney and liver failure) juga boleh menyebabkan sakit kepala. |
Keempat - Kecederaan di kepala Bagi mereka yang pernah mengalami kecederaan di kepala, mereka haruslah membuat pemeriksaan rapi dengan membuat x-tray bagi memastikan tiada berlaku pendarahan dalaman. Pendarahan dalaman atau darah beku di dalam otak boleh mengakibat pening kepala malah jika tidak mendapat rawatan sewajarnya boleh mengancam nyawa. |
Kelima - Inflamasi(keradangan) salur darah di kepala dan otak Keadaan ini lebih terdedah kepada wanita yang berusia 50 tahun dan keatas. Antara gejalanya ialah, pesakit akan mengalami muntah-muntah, sakit kepala dan boleh mengakibat serangan strok dan pesakit berisiko untuk buta. Rawatan awal mungkin boleh menyelamatkan pesakit. |
Keenam - Infeksi(Jangkitan) di dalam tengkorak atau intrakarnium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik. |
Ketujuh - Pengambilan makanan mentah seperti sushi Rasanya, yang ini Iffa pernah cerita di entry Iffa sebelum ini.. baca lebih lanjut di sini yaa.. bagi mereka yang lemah semangat, silala jangan baca or lihat gambarnya. dan ada banyak lagi faktor yang boleh buat kita sakit kepala... (boleh korek kepala encik Wiki atau perut en google) |
![]() Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk meredakan masalah sakit kepala ini? |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Baiklah, lengkap sudah Tips yang ingin Iffa kongsi dengan anda semua pada hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. Sharing is Caring! Iffa @fw-shaklee2u |
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui: | |
![]() ![]() | E-store FW di My1Stop Virtual Mall, 3 Payment Method Available:
|
Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com | |
![]() | SMS Iffa di talian 013-5810170 |
![]() | PM Inbox IffaAnuar di Facebook |
0 comments:
Post a Comment